Resepi Abakus Keladi Hakka

Terdapat pelbagai jenis masakan tradisional Cina vegetarian anda boleh pelajari. Malangnya, tidak ramai yang berkongsi masakan-masakan ini dalam bahasa Melayu. Oleh sebab itulah, hanya makanan-makanan tradisional Cina yang popular seperti Char Koey Teow, Mi Tarik, Chee Cheong Fun dan sebagainya yang diketahui umum.

Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mendedahkan resepi-resepi masakan Cina lain, khususnya daripada suku keturunan berbeza seperti masakan Hakka yang kebanyakkannya cukup berkahsiat dan mudah untuk disediakan.

Pernah Dengar Pasal Hidangan Keladi Abakus?

Masyarakat Hakka mempunyai gaya masakan yang cukup unik berbanding suku kaum Cina yang lain. Gaya masakan Hakka menumpukan pada penyerlahan tekstur bahan makanan yang digunakan berbanding gabungan rasa. Bagi mereka, tekstur makanan itu merupakan penyumbang kepada keenakan makanan itu sendiri. Oleh itu, kebanyakan makanan hakka melibatkan proses masakan merebus dan memanggang.

Resepi Keledek abakus yang saya ingin kongsikan kali ini dirasa sangat sesuai untuk memperkenalkan kepada anda gaya masakan Hakka. Resepi ini menonjolkan perisa semula jadi dan tekstur keladi dalam cara yang terbaik. Saya janji, lepas anda cuba masakan ini, anda pasti nak cuba lagi masakan lain!

Bahan-Bahan:

a) Bahan Perapan Ubi Keladi

  • 600g ubi keladi, dipotong menjadi ketulan kecil
  • 200g tepung ubi
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 2 sudu besar minyak masak sayuran
  • 1/2 cawan air panas

b) Bahan Tumis

  • Biji keladi abacus
  • 4 ulas bawang putih, dicincang
  • 8 biji bawang merah, dihiris nipis
  • 80g udang kering, direndam dalam air selama 5 minit dan dihiris
  • 30g sotong kering, direndam dalam air dan dipotong dadu
  • 40g cendawan shiitake kering, direndam dan dipotong dadu
  • 40g kulat hitam, dihiris nipis
  • 30g jeruk lobak putih manis, dihiris nipis
  • 30g jeruk lobak putih asin, dihiris nipis

c) Bahan Perasa

  • 3 sudu besar kicap masin
  • 3 sudu besar serbuk stok ayam
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar cuka ptih
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 2 sudu besar epingan cili kering

d) Bahan Hiasan

  • 2 batang daun bawang, dihiris
  • 2 sudu besar bawang goreng rangup
  • 1 batang cili merah, dihiris nipis

Cara-Cara:

a) Menyediakan Keladi Abakus

  1. Kupas kulit keladi dan potong menjadi hirisan tebal.
  2. Kukus keladi selama 30 minit hingga empuk atas api sederhana besar. Gunakan garfu untuk memeriksa tekstur ubi selepas 30 minit.
  3. Masukkan keladi yang siap dikukus ke dalam pemproses atau pengisar makanan sementara masih panas.
  4. Kisar hingga keladi halus dan lenyek sepenuhnya.
  5. Masukkan keladi yang sudah dikisar ke dalam mangkuk besar.
  6. Masukkan tepung ubi, garam dan lada sulah. Gaul rata menggunakan tangan.
  7. Masukkan minyak masak sayuran.
  8. Tambahkan air panas-panas dengan hati-hati dan sedikit demi sedikit. Gunakan sudu kayu untuk meratakan air panas. Apabila doh sudah sejuk, anda boleh terus menggaul menggunakan tangan hingga doh menjadi halus dan digaul sebati.
  9. Apabila sudah siap, bahagikan doh kepada ketulan kecil. Letakkan doh atas dulang yang dilapik kertas bakar untuk mengelakkan doh melekat pada dulang.
  10. Bulatkan setiap doh menjadi bebola. Gunakan jari telunjuk dan tekan perlahan-lahan untuk membentuk lubang di tengah-tengah doh atau gunakan penyepit kayu.
  11. Didihkan satu periuk air. Masukkan biji keladi abakus sedikit demi sedikit semasa air sedang mendidih. Biji keladi akan terapung apabila sudah masak.
  12. Dengan penapis, keluarkan biji keladi dan terus cuci di bawah air sejuk selama beberapa saat. Proses ini akan menghentikan biji keladi daripada terus masak.
  13. Anda boleh simpan biji keladi di dalam peti sejuk selama 1 minggu atau di peti beku selama 1 bulan dalam bekas kedap udara. Pastikan biji keladi sudah sejuk sebelum menyimpan.

b) Menggoreng Keladi Abakus

  1. Rendam semua bahan kering selama 5 minit secara berasingan. Kemudian, hiris udang menjadi ketulan kecil, hiris nipis-nipis cendawan shiitake kering, kulat hitam dan sotong kering.
  2. Rendam dan bilas jeruk lobak putih asin dan manis.
  3. Cincang bawang putih dan bawang merah.
  4. Campurkan kesemua bahan perasa bersama.
  5. Panaskan minyak dalam kuali atas api api kecil. Goreng bawang merah hingga perang keemasan. Keluarkan bawang goreng dan letakkan dalam mangkuk.
  6. Dalam kuali yang sama, goreng udang kering dan sotong kering hingga keemasan.
  7. Masukkan bawang putih, cendawan dan kulat hitam. Terus menggoreng dan gaul rata.
  8. Masukkan semua bahan perasa dan empingan cili kering.
  9. Akhirnya, masukkan biji keladi dan goreng hingga semua bahan digaul rata. Rasa dan boleh tambah diperasakan jika perlu.
  10. Hidangkan masakan keladi ini dalam pinggan bujur dan hias dengan bawang goreng, hirisan cili merah dan daun bawang.

Nota:

  1. Jika anda sukakan keladi abakus dengan tekstur yang lebih lembut, tambahkan 100g keladi lagi.
  2. Jika anda suka keladi yang mempunyai tekstur gebu, tambah 30g tepung ubi.
  3. Untuk Biji Keladi beku, biar mencair di dalam peti sejuk selama 1 hari sebelum menggireng. Goreng Biji Keladi dengan lebih lama kerana biji ini dibekukan terlebih dahulu. Biji keladi sudah siap dimasak apabila teksturnya lembut.

Rangup, Lembut, Puas!

Wah, dari sini saya boleh bau dan bayangkan bebola keladi yang rangup di luar dan lembut di dalam. Memang syok makan pada waktu minum petang sambil dicicah sos. Itupun, kalau anda rasa kekok makan dengan nasilah seperti saya.

Jangan lupa untuk kongsi gambar bersama saya dan Butterkicap di laman media sosial. Kita sama-sama membuat kuih, takkanlah tak nak berkongsi kejayaan juga, kan?

Jangan lupa untuk letakkan #butterkicap dan @#justinescakesandkueh pada gambar anda. Tak sabarnya nak tengok!

print
Justine Lim
Justine Lim

With love for the freshest and natural ingredients, Justine Lim aspires to recreate heritage Malaysian recipes into modern, elegant-looking delicacies. Catch more of her delicious creations on her Instagram profile, @justinescakesnkueh

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More