Frosting Krim Keju Sugarlou: Sangat Enak!

Individu yang mempunyai idea dan mencipta krim frosting sangat bijak!

Mereka yang mencipta frosting krim keju harus diagungkan kerana tanpa beliau, kehidupan kita pada masa kini akan kelam tanpa sebarang warna pelangi.

Frosting krim merupakan salah satu bahan yang boleh mengubah hari-hari yang sedih menjadi gembira dan ia merupakan bahan yang bukan sahaja mudah dibuat tetapi apabila ia digabungkan dengan kek yang betul akan mencipta sesuatu kek yang sangat sedap.

Selain berupaya membuat kek tersebut lagi sedap dimakan, krim frosting juga boleh membuat kek tersebut kelihatan lagi cantik dan menarik.

Saya mahu berkongsi dengan anda cara membuat krim frosting dengan harapan hari-hari anda juga bertukar daripada hari yang menyedihkan kepada hari yang mengembirakan.

Saya pasti anda sudah terliur membaca mengenai krim frosting dan tanpa melengahkan masa lagi, telitilah cara saya membuat krim frosting agar anda boleh gunakannya untuk membuat frosting bagi kek cawan atau kek lain yang boleh gunakan krim frosting.

 

Bahan-bahan

  • 250 gram mentega (dilembutkan)
  • 250 gram krim keju
  • 1 cawan icing gula
  • 1 sudu kecil estrak vanila

 

Langkah-langkah

  1. Dalam satu mangkuk, pukul mentega dan krim keju pada kelajuan yang sederhana selama 2 minit, kikis bahagian tepi mangkuk tersebut agar ia sebati sehingga menjadi berkrim.
  2. Tambah vanila dan sambung mengaul selama satu minit
  3. Ayakkan icing gula dan sambung memukul hingga ia sebati. (Tip: Tambah icing gula satu sudu kecil demi satu sudu kecil jika anda sukarkan manis. Rasa setiap penambahan hingga anda puas dengan rasanya)
  4. Siap dan ianya boleh dihiaskan ke atas kek cawan anda.

 

Maka cara membuat itu sudah selesai, langkah kedua ialah mempaip krim tersebut dia atas permukaan kek anda.

Saya gemari bentuk bunga kerana ia bukan cantik untuk dilihat tetapi ia akan menggunakan krim frosting yang banyak dan saya akan dapat rasai dengan banyak frosting tersebut.

Berseronoklah mempaip frosting krim keju ke atas kek anda. Jika anda suka akan kek yang cantik, ikuti saya di Instagram saya atau facebook. Jangan lupa untuk kongsi bersama saya dengan hastag #butterkicap jika anda membuatnya.

print
Write Your Comment
Yasmin Hasan
Yasmin Hasan

Guest Baker

Being a former news anchor, student of architecture and self-professed beauty addict, Yasmin Hasan prefers her cakes sky high and pretty as a picture. She first fell in love with cakes due to pregnancy cravings and has never recovered. From baking for her family to now having her own home cake business called SugarLou, named after her daughter who started it all; every cake she creates is made from scratch, with only the best ingredients and always a healthy serving of love.

Spoon with us. Get bite-sized recipes, stories and favorite Malaysian childhood food memories delivered right to your inbox.

Sign up for HERE'S Salon & Spa Giveaway

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Load More
Something is wrong. Response takes too long or there is JS error. Press Ctrl+Shift+J or Cmd+Shift+J on a Mac.