Mengupas Petai 101: Jadilah Sifu Mengupas Petai dengan Beberapa Langkah Sahaja

mengupas petai 101
Kacang “wangi” kegemaran rakyat Malaysia!

Tidak boleh dinafi bahawa petai mempunyai tempat yang istimewa di hati rakyat Malaysia. Baik dimasak, mentah atau dijerukkan, apabila hidangan petai disediakan, pasti kami akan terus bergegas ke meja makan. Tak kisahlah kalau rasanya semacam dan baunya cukup menyengat hidung, dengan akibat yang akan anda tanggung bila ke tandas nanti, masakan berpetai memang sedap hingga menjilat siku.

Lenggai petai tumbuh dalam gugusan di atas pokok setinggi 30 meter. Kulitnya agak tebal dan biasanya tidak dimakan. Kebanyakan pokok petai tumbuh secara liar dan mengutip lenggainya adalah satu aktiviti yang berisiko tinggi. Anda perlu memanjat pokok yang tinggi dan memotong gugusan yang tumbuh dengan sebilah pisau. Oleh sebab itulah petai segar biasanya dijumpai di gerai tepi lebuh raya atau jalan kampung.

Petai sudah dibeli? Apa pula langkah seterusnya? Sama ada anda bercadang makan sebagai ulam atau masak bersama sambal dan nasi goreng, anda perlu mengupasnya terlebih dahulu. Makcik yang berbeza mempunyai teknik berlainan, tetapi di Butterkicap, kami ada cara yang berkesan dan cekap yang kami akan kongsi bersama anda.

 

Mengupas petai 101

  1. Letakkan lenggai di permukaan yang rata.

  1. Gunakan pisau kecil. Letakkan hulu pisau pada sudut 15° hingga 20° terhadap lenggai.
  2. Buat potongan dengan menarik pisau dari hulu ke bilah merentasi lenggai dalam satu gerakan. Jangan risau jika anda terpotong bijinya.

  1. Keluarkan petai.

  1. Petai dilitupi lapisan kulit nipis. Ada kalanya, kulit tersebut terlekat pada lenggai tetapi kebanyakan masa anda perlu mengupas kulit tersebut. Lapisan ini boleh dimakan tetapi kelihatan lebih cantik jika dibuang. Jika tidak, ibu mertua angkat kening nanti.

  1. Untuk mengupas kulit tersebut, cari tempat kulit yang terkoyak atau dipotong (atau buat hirisan kecil jika tiada potongan) dan kupas.

  1. Langkah ini opsyenal tetapi dicadangkan. Belah dua. Jika anda mahu langkau langkah ini kerana petai mentah anda kelihatan cantik, anda perlu tahu bahawa ulat beluncas suka jugak pada kacang ini sehingga menjadi gemuk gebu. Belah dua dan pastikan tiada ulat beluncas sebelum memasukkannya dalam masakan anda atau dihidang. Buang yang berulat.

 

Tip tambahan

  1. Selalu dapatkan lenggai lebihan kerana kebanyakannya mempunyai lima hingga enam belas kacang sahaja bergantung pada panjang dan jenis.
  2. Daripada mengupas dan mengeluarkan petai satu per satu, mudahkan proses anda dengan melengkapkan tugas satu demi satu. Sebagai contoh, hiris semua lenggai dahulu, kemudian keluarkan semua biji-bijinya. Kupas semua lapisan kulit nipis dan akhirnya, belah dua. Anda boleh menggunakan proses ini untuk lakukan tugas lain supaya anda lebih bersih dan cekap di dapur. 
Kumpulkan…
…dan kupas!

Apakah anda akan masak sekarang? Kami ada beberapa cadangan resipi petai yang enak di pautan di bawah. Jangan lupa kongsi gambar anda bersama kami dengan hashtag #butterkicap!

 


Artikel lain:

Nasi Goreng Kampung dengan Telur Goreng

Resepi Ikan Cili Padi: Hidangan Ikan Pedas Bukan Untuk Yang Lemah Jantung!

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Access Token is invalid, please get it again