Beras-Beras yang Biasa Ditanak di Malaysia

Beras ialah makanan ruji bagi masyarakat Malaysia. Dalam segala masakan yang ada di sini, baik masakan ala Cina, India mahupun Melayu, beras masih lagi dipilih sebagai makan utama untuk menikmati hidangan yang disediakan.

Bulan Ramadhan ialah bulan yang sangat sesuai bagi mereka yang mahu mencuba mempelajari cara memasak dan resepi baru untuk dinikmati ketika sahur dan berbuka. Makanan sihat amat disarankan bagi umat Islam bagi mempermudahkan melakukan ibadah dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Di Malaysia, nasi dimakan bersama pelbagai lauk sudah menjadi makanan ruji harian bagi memberikan tenaga dan yang paling penting sekali, memberikan nikmat makanan yang mempunyai rasa yang berbeza. Nasi mempunyai pelbagai khasiat yang boleh membantu tumbesaran manusia, mencegah kanser dan dijadikan sebagai sumber tenaga manusia untuk melakukan kerja seharian. Jika anda sudah bosan dan ingin mencuba menghidangkan nasi yang lebih berbeza berbanding pada kebiasannya, ini adalah jenis jenis beras yang boleh dimasak dan dihidangkan pada waktu berbuka dan juga sahur!

 

Credit: wonderlandrecipes.com
  1. Beras Jepun

Beras Jepun yang sememangnya berasal daripada Jepun ini berbentuk pendek dan bulat. Ia mempunyai khasiat yang membantu dalam segi kesihatan iaitu mengurangkan kalori dan tidak mengandungi kolestrol. Beras ini juga memberi kebaikan di dalam aspek kecantikan seperti mencerahkan kulit, mengurangkan jerawat dan melembutkan kulit. Bagi mereka yang mahu kelainan dalam menyediakan makanan ringan atau boleh juga dimakan sebagai menu utama bagi berbuka puasa atau sahur. Resepi yang boleh di cuba semestinya, sushi. Sushi ialah makanan yang kian popular di kalangan rakyat Malaysia dan percaya atau tidak ia amat mudah di sediakan di rumah. Sushi yang diperbuat menggunakan nasi bercuka dan dibubuh inti yang mengandungi campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur. Terdapat banyak jenis sushi yang boleh dicuba untuk mempelbagaikan lagi hidangan berbuka puasa dan sahur anda seperti ura maki, nigiri sushi dan gunkan sushi.

 

 

Credit: reddit.com
  1. Beras Merah

Bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan pada bulan Ramadhan ini, beras merah amat sesuai untuk disediakan bersama lauk pauk sebagai  hidangan utama ketika bersahur atau berbuka puasa. Selain itu, beras merah mengandungi antioksidan yang mencegah penyakit diabetes yang disebabkan oleh pengambilan gula di dalam badan yang banyak. Beras ini berwarna merah kerana aleuronnya mengandungi gen yang merupakan sumber warna merah atau ungu. Cara masakan beras merah ini tidak sama seperti memasak beras putih, ini kerana ia menggunakan kandungan air yang banyak untuk di masak dan ia haruslah tidak terlalu banyak tetapi lebih daripada air yang digunakan untuk memasak beras putih. Beras merah dimakan bersama lauk yang juga boleh digoreng dan dijadikan bubur.

 

 

Credit: pepper.ph
  1. Beras Paella

Beras paella ialah makanan utama dari Valencia,Sepanyol. Beras ini berwarna kuning yang lebih unik berbanding beras biasa yang berwarna putih. Warna kuning pada beras paella ini disebabkan oleh saffron yang berasal dari benang bunga/tangkai sari crocus. Saffron yang terkandung di dalam beras ini bukan sahaja menjadikan beras ini berwarna kuning, tetapi ia juga menambah rasa dan aroma . Perbezaan beras paella dengan beras beras yang lain ialah ia mempunyai kandungan lemak yang tinggi dan semestinya tidak sesuai kepada sesiapa yang mahu menurunkan berat badan. Bagaimanapun, beras paella membekalkan tenaga yang banyak dan cukup untuk menjalani kehidupan seharian anda pada bulan Ramadhan ini. Beras paella ini boleh di masak bersama pelbagai jenis makanan seperti sayur sayuran dan makanan laut.

 

 

Credit: ohthegoodies.com
  1. Beras Risotto

Beras risotto yang berasal daripada utara Itali ini berbentuk pendek dan lebar yang berwarna putih. Nasi risotto selalunya disajikan debagai hidangan pembuka,iaitu sebelum hidangan utama di utara Itali. Beras risotto juga dikenali sebagai beras Arborio ini juga mengandungi kandungan protein yang tinggi sesuai bagi sesiapa yang mahu membina otot tanpa melakukan senaman yang berlebihan pada bulan Ramadhan ini. Selain itu, beras ini mudah untuk dihadam di dalam sistem pencernaan anda yang memudahkan anda melakukan aktiviti seharian dan ibadah puasa dengan lebih selesa. Beras ini amat mudah untuk disediakan dengan hanya memasak ia bersama bahan bahan asas dan tambahkan keju parmesan,ikan ayam atau daging dan juga sayur sayuran.

 

Credit: mayihavethatrecipe.com
  1. Beras Basmati

Beras basmati ialah beras panjang yang mempunyai aroma yang wangi dan menyelerakan. Beras ini namanya berasal dari perkataan hindi yang bermaksud harum. Beras basmati sangat bagus untuk kesihatan berbanding beras putih ini kerana ia sangat sesuai untuk pesakit pesakit diabetes dan kepada siapa yang mahu menurunkan berat badan(sama seperti beras merah). Beras yang banyak dikeluarkan daripada India ini boleh di masak dengan pelbagai jenis cara untuk berbuka dan sahur seperti nasi beriyani, nasi minyak dan paling digemari masyarakat Malaysia, nasi beriyani gam.

Beras beras ini boleh didapati di Malaysia dan perbezaannya dengan beras putih ialah harga dan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Beras beras yang datang daripada pelbagai negara ini boleh dimasak dengan pelbagai cara mengikut kreativiti dan rasa anda sendiri!

 

Anda suka makanan organik dan mahu beras anda jugak organik? Bolehlah anda lihat vendor cadangan Butterkicap, Planet Organics dan Kahang Organic Rice Eco Farm untuk membeli beras organik pada harga berpatutan.

print
Ili Sakinah
Ili Sakinah

Ili Sakinah loves to lepak at mamak and definitely go with teh anytime, anywhere!

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Access Token is invalid, please get it again