7 Resepi Murah dan Mudah dengan Kos Kurang RM10 Sepinggan

Resepi murah tidak semestinya anda perlu menggunakan bahan masakan yang tidak berkhasiat dan berkualiti. Semuanya bergantung pada perancangan dan cara anda mencari bahan-bahan masakan.

Sebagai orang bujang dan pelajar, anda pasti sedang mencari cara untuk masak makanan sendiri tanpa menghabiskan wang yang banyak dan membeli makanan di luar. Jadi, pastikan anda baca rencana ini kerana kami pasti, anda perlukannya!

Anda juga perlu mengguna bahan masakan tersebut dengan sepenuhnya dalam masakan supaya mendapat kuantiti makanan yang maksimum.

Lihatlah 7 resepi mudah dan murah di bawah.

 

Resepi Murah #1: Nasi Goreng Kampung

Resepi murah

Nasi goreng ialah masakan yang takkan pernah membuatkan anda berasa lapar atau memerlukan peruntukan belanjawan yang tinggi. Hidangan ini juga merupakan salah satu resepi murah yang paling senang dimasak!

Dengan sedikit nasik, ikan bilis goreng, cili, bawang merah dan bawang putih, anda pasti akan menghasilkan satu hidangan yang mengenyangkan. Dapatkan resepinya di sini.

 

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan (170g) ikan bilis (RM0.34)
  • 2 cawan (680g) nasi sejuk (RM1.76)
  • 1 cawan (170g) sayuran campur (RM1.00)
  • 3 ulas bawang merah (RM0.48)
  • 2 ulas bawang putih (RM0.03)
  • 1 biji cili merah (RM0.10)
  • 10 biji cili padi (RM0.10)
  • Garam secukup rasa

Jumlah: RM 3.81

 

Resepi Murah #2: Lemak Masak Labu

Resepi murah
Kredit: resepisedap-nennie.blogspot.sg

Apabila kita fikir tentang resepi murah dan mudah, tiada yang memenuhi kedua-dua kriteria itu dengan baik seperti resepi-resepi lauk kampung. Dengan sedikit labu dan belacan, anda akan kenyang seharian.

 

Bahan-Bahan:

  • 500g labu kuning, dipotong dadu (RM1.74)
  • 200g santan (RM1.67)
  • 1 cawan air
  • 1 bawang besar, dihiris (RM0.16)
  • 2 biji cili merah, dihiris  (RM0.20)
  • 2 sudu besar (12.5g) ikan bilis (RM0.03)
  • Garam secukup rasa
  • Daun kunyit, dicarik (RM1.29)
  • 1 sudu kecil (4.2g) serbuk kunyit (RM0.08)
  • 2 batang serai – dititik (RM0.33)
  • 1 sudu kecil (4.2g) lada hitam (RM0.07)

 

Cara-Cara:

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali santan, cili merah dan daun kunyit dalam periuk.
  2. Rebus labu sehingga empuk.
  3. Apabila labu empuk, masukkan santan, cili merah, daun kunyit dan lada hitam.
  4. Masak sehingga mendidih. Padamkan api dan hidang.

Jumlah: RM 5.57

Resepi Murah #3: Ayam Masak Kicap

Resepi murah
Kredit: kipassiling.blogspot.sg

Rakyat Malaysia cintakan daging. Kita tak dapat bertahan lama tanpa makan daging dan masalah kewangan pun tidak dapat membuatkan anda fikir dua kali untuk membeli daging demi kepuasan anda. Resepi mudah dan termudah untuk masakan berdaging semestinyalah resepi Ayam Masak Kicap. Jadi, apa tunggu lagi? Lekaslah memasak!

 

Bahan-Bahan:

  • 1 potong dada ayam, potong pada ketulan besar, perap dan goreng (RM3.00)
  • ½ cawan kicap manis (RM1.06)
  • ½ bawang Holland, dipotong dadu (RM0.67)
  • 1 biji cili merah (RM0.10)
  • 1 biji cili padi (RM0.01)
  • Daun kari (RM0.10)

Bahan kisar:

  • 3 ulas bawang merah (RM0.48)
  • 2 ulas bawang putih (RM0.03)

 

Cara-Cara:

  1. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Goreng bahan kisar hingga wangi. Masukkan ketulan ayam.
  2. Masukkan kicap, bawang Holland dan cili merah. Perasakannya dan padamkan api.

 

Jumlah: RM 5.45

 

Resepi Murah #4: Cendawan Masak Lemak Cili Api

Resepi murah
Kredit: himpunanresepibonda.blogspot.sg

Jika anda seorang yang kaki makan sayur atau sukakan makanan pedas, inilah hidangan yang anda patut cuba. Kami yakin, sekali anda cubanya, anda mahu makannya berkali-kali. Lazimnya, masak lemak dimasak menggunakan daging lembu, ayam atau ikan.

Namun begitu, masak lemak juga boleh dimasak menggunakan sayuran juga. Anda mungkin berasa ragu-ragu tapi resepi masak lemak sayur ini pasti membuatkan anda terfikir untuk jadi vegetarian nanti.

 

Bahan-Bahan:

  • 400g cendawan tiram (potong kecil) (RM4.80)
  • 3 ulas bawang merah, dicincang (RM1.69)
  • 2 ulas bawang putih (RM0.03)
  • ½  sudu besar udang kering (direndam & ditapis) (RM0.50)
  • 1 cawan (170g) air
  • 200g santan (RM1.67)
  • ½ sudu kecil kunyit (RM0.08)
  • Seinci batang serai (RM0.11)
  • Seinci halia (RM0.50)
  • 10 biji cili padi (RM0.10)
  • 1 biji cili merah (RM0.10)

 

Cara-Cara:

  1. Letakkan sedikit minyak. Apabila minyak sudah panas, goreng ikan bilis, bawang besar, bawang putuh, cili padi, kunyit dan serai.
  2. Masukkan cendawan dan goreng kilas.
  3. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Masak pada api perlahan dan kacau.
  4. Apabila mendidih, padamkan api dan hidang.

Jumlah anda? RM 9.58

 

 

Resepi Murah #5: Ikan Bilis Tempe Goreng

Resepi murah
Kredit: aziejaya.blogspot.com

Jika anda mahu berdiet dan tak mahu berkompromi dengan rasa dan kekenyangan anda, inilah resepi paling sesuai untuk dicuba. Sama ada dimakan dengan nasi atau ini, inilah resepi murah yang tidak akan basi jika disimpan dengan bail.

Anda hanya perlukan kacang tanah, cili, kicap manis, tempe dan ikan bilis. Dengan bajet sebanyak RM10, tiada masalah untuk anda dapatkan bahan-bahan tersebut.

 

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan ikan bilis, digoreng (RM0.34)
  • 200g tempe, dihiris nipis dan digoreng rangup (RM0.50)
  • 3 sudu besar (37.5g) cili boh (RM0.08)
  • 5 ulas bawang merah, dikisar (RM2.80)
  • Garam dan gula secukup rasa

 

Cara-Cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis cili boh sehingga wangi serta masak.
  2. Masukkan bawang merak dikisar. Tumis hingga wangi dan masukkan sedikit gula serta garam.
  3. Masukkan tempe dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan padamkan api untuk kekalkan kerangupannya.

Jumlah: RM 3.72

 

Resepi Murah #6: Sup Bebola Ikan dan Cendawan

Resepi murah
Kredit: craftbnb.com

Jika anda tak lalu untuk makan banyak atau tidak berselera untuk makan dek kerana melihat duit anda yang semakin berkurangan,resepi ini pasti mengubatkan hati anda yang lara.

 

Bahan-Bahan:

  • 400g cendawan tiram (dipotong kecil-kecil) (RM4.80)
  • 10 bebola ikan (dibelah dua) (RM0.60)
  • 3 ulas bawang merah, dicincang (RM1.69)
  • 2 ulas bawang putih (RM0.03)
  • 1/2 sudu udang kering (rendam & ditapis) (RM1.50)
  • 1 cawan air
  • ¼ lad sulah
  • ¼ garam

 

Cara-Cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan udang kering. Tumis hingga udang rangup.
  2. Tambahkan air dan lada hitam. Cincang cendawan halus, cuci dan tos. Masukkan bebola ikan.
  3. Kacau hingga cendawan dimasak. Rasa dan perisakan dengan garam.
  4. Padamkan api.

Jumlah: RM 8.62

 

Resepi Murah #7: Cucur Ikan Bilis

Resepi murah
Kredit: darahatiku.blogspot.sg

Ada kalanya, pada waktu petang, anda ingin makan sesuatu yang mewah tapi tidak mempunyai bajet yang mencukupi. Jangan biarkan hal itu menghalang anda! Nikmatilah cucur ikan bilis ringkas dengan sedikit sos cili.

 

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan (680g) tepung gandum (RM1.69)
  • 1 cawan (170g) ikan bilis (RM0.34)
  • Kucai, dicincang (RM0.80)
  • ¾ bawang Holland – dipotong dadu (RM0.80)
  • 1 biji cili merah – dihiris (0.10)
  • ¼ sudu teh soda bikarbonat (RM 0.15)
  • 1 sudu besar gula (RM0.04)
  • 1  sudu kecil garam (RM0.006)
  • ½ sudu teh kunyit (RM0.008)
  • ½ cawan air panas
  • 1 ½ cawan air

Cara-Cara:

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali air. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung sehingga mencapai konsistensi yang tepat.
  3. Jika terlalu cair, masukkan ½ cawan tepung gandum sedikit demi sedikit.Masukkan air panas. Biarkan rehat untuk soda bikarbonat mengembang.
  4. Cedok adunan dengan sudu dan goreng hingga keemasan.

Jumlah: RM 3.93

 

 

Nota: Jika tak nak buat dari awal, dengan RM 10, anda boleh beli dua paket campuran segera cucur Adabi (RM3 – 4 satu paket) yang bukan saja enak malah murah juga.

Pasti ada resepi murah yang lebih mudah untuk anda lakukan tapi tidak semua resepi itu boleh dimasak dengan bajet RM10. Selain itu, resepi murah ini sesuai untuk dimasak oleh para pelajar dan golongan bujang seperti anda kerana boleh disediakan untuk dua orang.

Adakah anda bersetuju dengan resepi murah ini? Cubalah sendiri dan tengoklah jika anda dapat sediakan semua resepi ini pada harga yang lebih murah.

print
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More