5 Resepi Bertemakan Durian yang Disukai Pencinta Durian

Resepi bertemakan durian?! Itulah perkara yang dinanti-nantikan oleh semua pencinta durian yang ingin mempelbagaikan lagi cara mereka menghidangkan atau menikmati buah kegemaran penduduk di Asia.

Pasti semua orang boleh membayangkan buah berduri berwarna hijau kecoklatan dan isi buah yang kuning keemasan. Apabila dimakan isi buah tersebut, rasa lemak berkrim isi yang manis membuatkan sesiapa sahaja naik sawan kerana tiada siapa yang dapat menyangka buah yang dipanggil sebagai ‘raja’ segala buah mempunyai sisi ‘lembut’ seperti itu.

Untuk semua peminat buah istimewa ini, kami mempunyai 5 resepi terperinci bertemakan durian yang pasti membuatkan anda puas!

 

1. Pengat Durian

Kredit: mamamiasanasini.blogspot.my

Kalau anda mahu satu resepi yang akan betul-betul menonjolkan rasanya, tiada yang lebih baik daripada pengat durian. Pengat merupakan satu hidangan yang betul-betul memerlukan kemahiran untuk menyediakannya. Pengat melibatkan proses memasak buah-buahan atau sayur-sayuran berakar dalam kuah santan dan gula.

Hidangan pencuci mulut ini  sangat popular di kawasan Nusantara dan setiap negara di kawasan tersebut mempunyai gaya dan cara penyediaan pengat yang tersendiri. Di Malaysia, pengat durian yang paling enak disediakan ialah pengat Peranakan. Lihat resepi di bawah untuk mencuba!


Bahan-Bahan:

  • 500g isi durian
  • 125g  gula melaka
  • 100g air
  • 100g ubi kayu
  • 100g ubi keledek
  • 8 helai daun pandan leaves (cuci dan disimpul)
  • 100 ml santan pekan
  • 150 ml krim putar (whip cream)
  • Secubit garam
  • Isi durian untuk hiasan: Satu sudu besar untuk setiap hidangan

Cara-Cara:

  1. Kupas dan potong ubi keledek dan ubi kayu pada kiub 1cm. Rendam dalam air untuk keluarkan kanji berlebihan.
  2. Susun kiub-kiub ubi dalam bekas besi dan kukus pada suhu sederhana panas sehingga empuk. Tempoh kukusan selama 10-15 minit.
  3. Sementara kiub ubi dikukus, sediakan sirap gula melakan dengan meletakkan gula melaka dan daun pandan yang disipul ke dalam air di bawah suhu rendah. Biarkan gula larut sepenuhnya dengan kacau perlahan.
  4. Apabila gula melaka larut sepenuhnya, tapis sirap untuk asingkan bendasing. Tuang sirap ke dalam mangkuk.
  5. Masukkan santan dan krim ke dalam periuk. Panaskan sehingga mendidih. Kecilkan api dan masukkan sirap gula melaka. Masukkan isi durian dan garam.
  6. Kacau perlahan sehingga sebati dan memekat. Padam api.
  7. Hidangkan pengat bersama kiub ubi yang dikukus dan sedikit isi durian.

 

2. Tempoyak

Kredit: fruitofmylabour.blogspot.my

Tempoyak yang juga dikenali sebagai asam durian atau pekasam ialah hidangan penambah rasa yang diperbuat daripada isi buah ini yang diperam. Hidangan ini lazimnya dimakan oleh masyarakat Melayu di Malaysian dan Indonesia.

Tempoyak biasanya dibuat dengan memerap isi durian yang dicampur dengan sedikit garam selama tiga hingga lima hari pada suhu bilik. Tempoyak selalunya dimakan sebagai penambah rasa atau bahan masakan seperti dalam penyediaan gulai tempoyak ikan pantin atau dijadikan sambal.

Nak tahu resepinya gulai tempoyak yang sedap? Lihat di bawah:

 

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor patin saiz sederhana
  • 2 senduk tempoyak
  • 4 cawan air (boleh ditambah jika mahu kuah sedikit cair)
  • 1 biji cili merah (jika mahu kuah menjadi merah)
  • Segenggam cili padi merah – ikut tahap kepedasan diingini
  • 1 inci kunyit hidup
  • Secekak daun kesum
  • Sedikit garam

Cara-Cara:

  1. Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
  2. Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga merenih dan menggelegak.
  3. Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.

Tip Tempoyak:

  • Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.
  • Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
  • Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.

3. Pulut Durian

Kredit: jaakechik.com

Resepi seterusnya ialah resepi yang tidak asing lagi bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Setiap kali musim durian, hidangan ini ialah hidangan wajib yang perlu dihidang sebagai tanda menyambut kedatangan musim raja buah ini.

Membuat pulut ini tidaklah sesukar yang disangka. Hidangan ini sering kali dijadikan sebagai  hidangan pencuci mulut atau minum petang. Namun begitu, dalam banyak-banyak versi hidangan pulut durian yang ada.

Nak tahu apa yang enak sangat pasal resepi ini? Cubalah sediakannya di rumah!

 

Bahan-Bahan:
  • Durian secukupnya
  • Pulut kukus
  • 2 cawan beras pulut – rendam semalaman atau 4 jam
  • 1/2 cawan santan pekat + air secukupnya + secubit garam
  • 2 helai daun pandan – carikkan
Cara-Cara:
  1. Tos pulut dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
  2. Tuang santan yang disebati bersama garam. Gaul bersama santan hingga rata. Tuang santan sedikit sedikit sehingga pulut lembut.  Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kukus semula selama 20 minit atau hingga masak.
Sos Santan
Bahan-Bahan:
  • 1/2 cawan santan kotak
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil tepung jagung – larutkan dgn sedikit air
Cara-Cara:
  1. Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan tepung jagung. Terus dikacau supaya tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung.

 

Tip Pulut Durian:
– Pastikan sos santan mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis isi durian dan pulut.

 

4. Seri Muka Durian

Kredit: hanizahomerecipes.blogspot.my

Siapa yang tak sukakan pencuci mulut, lagi-lagi kalau yang manis. Bagi mereka yang sukakan kuih tradisional untuk dinikmati dengan secangkir teh panas pada waktu petang, tiada yang lebih memuaskan perut dan selera anda berbanding kuih seri muka.

Keunikan kuih seri muka ialah kuih ini begitu ‘versatil’ sehingga boleh dimasak menggunakan pelbagai perisa yang lain selain daripada pandan dan kaya. Oleh itu, resepi ini disenarai sebagai resepi bertemakan durian yang keempat.

Bahan-Bahan

  • Lapisan Bawah
    • 2 cawan pulut
    • 2 1/2 cawan santan cair (1 santan kotak & 1 1/2 cawan air)
    • 1 sudu teh garam (dan tambah secubit lagi)
    • Sedikit minyak masak (kalau gunakan santan kotak)
  • Lapisan Atas
    • 4 cawan santan pekat (2 santan kotak & 2 cawan air)
    • 1 cawan gula tebu/perang/ gula kastor
    • 1 cawan isi durian
    • 1/2 cawan tepung gandum
    • 1/2 cawan  tepung jagung atau tepung kastard
    • 1 sudu besar gula pasir
    • 1 sudu kecil  garam
    • Pewarna kuning (jika suka)
Cara-Cara
  • Lapisan Atas
    1. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan dalam 20 minit atau sehingga masak.
    2. Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi. Atau boleh juga menggunakan loyang yang sama.
    3. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Nota: Santan perlu dikurangkan supaya pulut tidak terlalu lembut.

 

  • Lapisan Bawah
    1. Masukkan santan, gula, garam dan durian dalam blender dan kisarkan.
    2. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk.
    3. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung atau tepung kastad kedalam mangkuk santan.
    4. Masukkan pewarna. Kacau rata.
    5. Panaskan bahan lapisan bawah dalam kuali non-stik [jika ada] sebentar. Saya terus tuang atas lapisan pulut tanpa dipanaskan terlebih dahulu
    6. Tuangkan adunan ke atas pulut dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana.
    7. Bila telah masak, sejukkan betul betul [dalam 4 -5 jam] baru dipotong menggunakan pisau plastik dan dihidangkan.

5. Paf Durian

Kredit: Youtube.com

Resepi disini yang terakhir ialah resepi paf durian. Resepi ini merupakan hidangan pencuci mulut yang menggabungkan cara masakan Barat dengan menggunakan bahan-bahan masakan bercirikan Asia.

Pastri paf yang lembut dan gebu menjadikan rasa durian tersebut menyerlah tanpa perlu meletakkan terlalu banyak isi.

 

Bahan-Bahan

  • Paf
    • 160ml air
    • 80g mentega
    • 100g tepung gandum
    • 4 biji telur B

 

  • Krim Durian
    • 250ml krim putar bukan susu
    • 3-4 ulas isi durian
    • 10g gelatin halagel
    • 1 1/2 sudu besar air panas (untuk larut gelatin)

 

  • Krim Kastard Durian
    • 1 sudu besar tepung gandum
    • 1 sudu besar tepung kastard/tepung jagung
    • 4 sudu besar gula
    • 200ml susu segar
    • 3 biji kuning telur
    • 1/2 sudu besar mentega
    • 3-4 ulas isi durian

 

Cara-Cara

  • Paf
    1. Panaskan Oven pada suhu 195 celcius.
    2. Didihkan air dan mentega hingga cair. Tutup api, masukkan tepung gandum dan kacau hingga doh terbentuk dan tidak melekat. Masak di atas api sebentar sehingga nampak lapisan tipis putih di tepi periuk.
    3. Sejukkan doh.
    4. Masukkan sebiji telur dan kacau hingga rata. Masukkan baki telur satu per satu dan kacau hingga menjadi adunan boleh dipaip.
    5. Masukkan doh dalam beg paip dengan muncung nozzle bulat. Paip doh secara berjarak di atas kertas bakar.
    6. Bakar di rak tengah selama 15 minit pada suhu 195 celcius dan turun ke suhu 170 celcius sebelum bakar selama 15 minit lagi.
    7. Sejukkan dahulu sebelum paip masukkan krim.

 

  • Krim Durian
    1. Pukul krim putar sehingga hampir pekat.
    2. Masukkan isi durian dan gelatin cair. Gaul rata.
    3. Simpan sebentar dalam peti sejuk sebelum dipaip ke dalam paf.

 

  • Krim Kastard Durian
    1. Satukan semua bahan kecuali mentega dan isi durian.
    2. Kisar hingga rata dan tapis.
    3. Masak di atas api perlahan hingga pekat, masukkan mentega, kacau hinga licin dan masukkan ke dalam peti sejuk sehingga sedia untuk dipaip.

 

Nota Paf Durian:

  • Untuk membuat kulit paf, potong mentega kecil-kecil supaua cepat cair untuk mengelakkan jumlah air dari berkurang.
  • Tepung mesti dimasuk sekaligus supaya masak sekata. Gaul dengan cepat supaya doh licin dan tidak berketul.
  • Biar adunan sejuk dulu sebelum masukkan telur supaya telur tidak masak semasa mengadun.
  • Masukkan telur satu per satu. Gaul sehingga sebati sebelum masuk telur lain.

 

Jadi, pencinta durian di luar sana, jangan lupa untuk cuba semua resepi di atas untuk menjadikan musim durian kali ini lebih menarik daripada sebelum ini!

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.