5 Kedai Murah untuk Anda Lengkapkan Dapur Anda

Kredit: HGTV.com

Sejak belakangan ini, ruangan berita semakin hangat dengan perubahan iklim. Hal ini menyebabkan ramai orang  berkempen untuk mengurangkan penggunaan plastik.

Dengan itu, sesetengah restoran segera membantah penggunaan penyedut minuman. Pengguna juga mula menggantikan penyedut minuman guna semula.

 

Jangan Buang, Kitar Semula

Tetapi, kenapa berhenti di situ sahaja? Bagaimana pula dengan bekas-bekas makanan plastik dan kotak yang tidak dibuang dengan baik dan dikitar semula?

Alternatif yang baik untuk masalah ini adalah dengan menggunakan semula bekas-bekas ini menyimpan makanan.

Bukan sahaja mudah, malah penggunaan bekas-bekas makanan ini boleh mengurangkan pembuangan bekas-bekas bungkusan makanan yang hanya digunakan sekali dan akan menjejaskan bumi.

Bekas-bekas menyimpan makanan tidak semestinya mahal, ada sahaja yang berharga murah tetapi terdapat juga yang sedikit mahal. Walau bagaimanapun, semua bekas tidak kira harganya pasti berbaloi! Jangan risau, kami sudah siasat kedai-kedai mana yang anda patut pergi. Anda hanya perlu menjejakkan kaki anda ke kedai-kedai ini bersama duit anda. Selamat membeli-belah!

 

1. Daiso

Kredit: aeonretail.com.my

Apa sahaja barang yang anda perlukan sekalipun, Daisolah rakan anda yang boleh dipercayai. Anda memang tak perlu risau lagi-lagi apabila kesemua barang di Daiso berharga RM5.57 sahaja. Sememangnya kedai yang berasal dari Jepun ini adalah kedai kegemaran kami untuk membeli bekas menyimpan makanan.

Bukan sahaja murah, malah kedai Jepun ini jugalah di mana kita boleh mendapatkan barangan yang berkualiti tinggi dan juga inovatif dan kreatif ciptaannya.

Sama ada anda ingin menjimatkan duit ataupun berbelanja sakan, Daiso lah destinasi anda! Tetapi berhati-hati, anda mungkin akan meninggalkan kedai ini lebih daripada apa yang anda perlukan.

 

2. Mr. DIY

Kredit: dpulze.com

Lagi satu pilihan kedai murah untuk keperluan dapur anda ialah Mr. DIY. Bukan sahaja kedai ini mudah didapati di seluruh pelusuk negara, malah anda juga boleh memberikan kepercayaan anda kepada kedai ini untuk menyediakan anda dengan bekas menyimpan makanan yang berkualiti dan murah!

Dari botol air hingga ke bekas menyimpan makanan, apa sahaja yang tidak dijual di Mr. DIY? Yang paling menguntungkan, bekas-bekas juga dijual di dalam set pada harga yang sangat murah. Paling menarik sekali, Mr. DIY kebanyakkannya terdapat di pusat membeli-belah berdekatan rumah anda!

Jika anda malas untuk ke kedai, anda juga boleh membeli belah secara dalam talian di laman sesawang MR. DIY.

 

 

3. The Kitchen Shop

Kredit: esg.com.my

Jika anda mahukan bekas menyimpan makanan yang berjenama pada harga yang berpatutan, kunjungilah The Kitchen Shop.

Kedai ini menawarkan barangan dapur yang sedikit mahal berbanding pilihan kedai yang lain. Walau bagaimanapun, semua barangan dijamin berkualiti tinggi dan juga merupakan barangan import. Sesuai sekali jika anda ingin melabur sedikit untuk bekas menyimpan makanan yang bukan sahaja mesra alam tetapi juga bebas BPA dan kimia-kimia berbahaya.

Oleh itu, kebanyakkan bekas makanan yang dijual juga boleh digunakan di dalam ketuhar gelombang tanpa mengkhuatiri kesihatan anda akan terjejas akibat kimia-kimia berbahaya. Apa salahnya jika kita melabur sekali sekala untuk bekas-bekas menyimpan makanan yang pasti akan tahan lama?

 

4. Ikea

Kredit: Lipstiq.com

Walaupun kebanyakan orang mengunjungi IKEA untuk membeli perabot rumah, IKEA juga menjual bekas menyimpan makanan yang berkualiti tinggi. Di samping itu, bekas menyimpan makanan yang dijual terletak pada harga yang berpatutan.

Kenapa IKEA menjimatkan? Bekas-bekas yang dijual selalunya dijual di dalam set. Oleh itu, anda bukan sahaja boleh membeli bekas untuk diri anda seorang, malah untuk ahli keluarga anda juga! Sangat berbaloi, bukan?

Jika anda mahukan bekas-bekas yang mempunyai reka bentuk yang menarik dan mempunyai fungsi, jadikan lah IKEA sebagai pilihan anda.

 

 

5. Spotlight

Kredit: Evergreen Love

Spotlight juga merupakan salah satu pilihan yang terbaik untuk anda membeli bekas-bekas menyimpan makanan. Ini kerana Spotlight mempunyai pelbagai jenis bekas-bekas dan alatan perkakas dapur yang anda boleh pilih. Anda pasti tidak akan kekurangan pilihan di kedai ini. Bukan itu sahaja, Spotlight juga menawarkan promosi yang murah kepada ahli kelab Spotlight.

Masuk sahaja Spotlight, anda pasti akan terkesima dengan kepelbagaian barangan di kedai ini. Apa anda tunggu lagi? Pergilah bershopping di Spotlight!

 

Kepentingan Bekas-Bekas Menyimpan Makanan

Setiap rumah wajib sekali mempunyai bekas-bekas makanan yang berfungsi dan boleh digunakan acap kali. Mahupun untuk menyimpan lebihan masakan ataupun membekalkan makanan untuk ke tempat kerja, tidak boleh dinafikan bekas-bekas ini penting dalam seharian hidup kita.

Oleh itu, tidak salah jika kita melaburkan sedikit duit untuk membeli bekas-bekas yang berkualiti tinggi. Walau bagaimanapun, jika anda ingin berjimat, terdapat juga bekas-bekas yang murah dan berkualiti. Yang penting, kita mempunyai bekas-bekas menyimpan makanan yang mampu mengurangkan sisa-sisa plastik dan kotak makanan. Belilah bekas-bekas menyimpan makanan untuk memudahkan kerja kita dan juga untuk menyelamatkan bumi.

print
Aisya Khairain
Aisya Khairain

Aisyatul is an adventurous eater who eats pretty much anything and everything except for nasi lemak burger. With that said, she is a nasi lemak purist but feel free to change her mind. If she goes missing, she's probably hiding out in a mamak with a plate of maggi goreng and a glass of teh o ais. When she's not busy eating food, she writes about them.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More