5 Cara Kreatif Masak Menggunakan Buah-Buahan

Buah-buahan berlambak dan akan rosak tidak lama lagi? Apa nak buat dengan saki baki yang tak termakan ini?

Di rumah anda semua mungkin ada buah-buahan yang masih tidak dimakan dan hampir busuk. Jadi nak buat apa sebelum buah semua jadi busuk? Mari baca idea-idea dibawah untuk dapatkan inspirasi apa nak dibuat dengan lebihan buah yang dibeli.

 

1. Penaik aroma kari

Kepada pembaca yang mempunyai kuantiti buah pic di rumah dengan banyak, jangan gentar dan terus buangnya di tong sampah tetapi gunakannya. Bagaimana menggunakannya?

Letakkan buah nenas pada 5 minit terakhir masakan kari anda dan keluarkannya hiris pic tersebut. Buah nenas yang dimasukkan ke dalam kari anda pasti membawa rasa yang lain dan lebih pekat. Untuk rasa yang lebih lembut, cuba dengan buah pic.

 

2. Dijadikan sup

Anda pasti pernah mendengar akan sup tomato (yang sebenarnya merupakan sebahagian daripada keluarga buah-buahan). Kepada yang tidak mengemari tomato, apa kata anda menukarkannya kepada tembikai.

Cara untuk menjadikannya sup adalah sama seperti sup tomato. Salah satu kebaikan sup tembikai ini selain menggunakan balik bahan-bahan yang sudah ada di rumah ialah ia mempunyai lebih banyak kebaikkan kerana ianya mempunyai lycopene yang baik untuk tumbesaran kanak-kanak.

 

3. Bahan gorengan

Kredit: thisisyourcookbook.com

Selain dari membuat pisang goreng, anda pernah cuba goreng buah-buahan yang lain? Kalau tidak, inilah masa terbaik untuk mencuba goreng buah yang akan busuk agar ia tidak dibuang begitu sahaja. Dalam hidangan orang Jepun, terdapat bahan-bahan gorengan daripada buah dan sayuran yang dikenali sebagai tempura moriawase.

Adunan tempura perlu ringan dan digunakan sebaik sahaja ia dibuat tanpa melengahkan masa. Air sejuk juga perlu digunakan, atau air mineral berkarbonat jika ada, dan pastikan jangan memasak terlalu banyak buah-buahan sekaligus. Ini untuk mengelak dari adunan menjadi basah.

Antara jenis buah yang boleh digunakan untuk tempura mirawase versi buahan ialah pic, aprikot, pisang, plum, ceri, dan nenas.

 

4. Sebagai jem

Saya pasti semua orang suka jem. Ianya boleh digunakan pada pelbagai bahan; sebagai sapuan roti malahan sebagai pencicah kepada suatu hidangan ataupun gorengan yang diatas (baca balik nombor 3). Jikalau anda mempunyai bilangan buah nenas yang banyak, jadikanlah jem nenas untuk kegunaan masa hadapan.

Cara membuatnya sebenarnya sangat senang. Letak hirisan nenas dan air dalam satu periuk kecil. Kemudian tunggu hingga nenas tersebut sudah lembut dan masukkan gula serta air limau. Masak bahan-bahan tersebut sehingga menebal dan letakkan jem tersebut dalam jar yang kecil.

 

5. Pai buah-buahan

Buahan-buahan yang lebih boleh gunakan untuk menjadi inti untuk pai. Saya mencadangkan agar anda mengisar sebahagian daripadanya dan campurkan inti tersebut dalam kerak pai. Bagi bahan-bahan yang lain seperti hirisan epal ataupun pisang, letakkan di permukaan atas pie tersebut. Mudah kan?

 

 

Jadi itulah idea dan cadangan bagi menggunakan balik buah-buahan sebelum jadi busuk. Zaman sekarang ini kita haruslah bijak menggunakan balik bahan yang telah kita beli dan mengelak dari pembaziran makanan. Jadi seorang yang kreatif dan inovatif melakukan perkara yang lain daripada lain.

Kepada yang bakal mencubanya, saya ingin mengucapkan semoga berjaya! Kalau dah berjaya itu, hashtaglah kami di #butterkicap supaya kami pun boleh tengok juga hasil kerjaya kreatif anda semua.

 


Artikel Lain

Kitar Semula Makanan Dengan 5 Cara Kreatif Ini

Cutni Boleh Dikitar Semulakah?

Kitar Semula Makanan Raya dengan 5 Cara Ini

print
Y. Helmy
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More