12 Resepi Mudah Salad untuk Kanak-kanak

Bagi membuka selera kanak-kanak, ibu bapa perlu bijak dalam mencari idea dan penyediaan makanan yang kreatif dan menarik minat anak-anak supaya mahu mencuba makanan yang lebih sihat dan memberi manfaat yang baik kepada tubuh badan mereka.

Kesihatan yang baik bermula dari pemakanan yang sihat, namun begitu, kanak-kanak lebih mengemari makanan yang ringan dan tidak menyihatkan seperti makanan segera.

Bagi memastikan kesihatan mereka terjaga, ibu bapa perlu memantau menu pemakanan anak-anak supaya tubuh badan mereka dibekalkan dengan khasiat dan nutrient yang lengkap bagi tumbesaran yang baik dan sempurna.

Pelbagai resepi mudah salad yang sedap, berkhasiat dan nampak menarik

Salad adalah salah satu menu yang boleh diberikan kepada anak-anak kerana dalam satu sajian salad mengandungi pelbagai vitamin dan nutrient yang boleh diperolehi.

Seharusnya ibu bapa perlu tahu taktik yang sesuai untuk memikat kanak-kanak untuk makan sayuran dan buahan. Selain itu, pengambilan pelbagai jenis buah dan sayuran yang kaya dengan vitamin, mineral serta antioksida sangat bagus untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Dalam resepi mudah salad kami, penggunaan buah-buahan kering, kekacang, bijian, herba dan sos salad akan menjadikan sajian ini lebih lazat, berkhasiat serta boleh menggantikan sajian makanan utama.

Jadi, disini Butterkicap ingin berkongsi idea dengan anda semua resepi mudah salad bagi diberikan untuk anak-anak yang bakal membekalkan semua khasiat yang mereka perlukan setiap hari dalam satu sajian.

Salad buah berkrim

Resepi mudah salad

Resepi mudah salad kami yang pertama ialah salad buah berkrim. Salad ini menggunakan yogurt ‘Greek’, ini kerana yogurt ini manis dan berkrim tanpa kalori! Hidangan mudah dan ringkas sangat sesuai disediakan untuk kanak-kanak. Warna yang menarik boleh membuatkan kanak-kanak berselera. Selamat mencuba!

Bahan utama

  • 10 oz buah nenas dalam tin (dikeringkan)
  • 10 oz jeruk limau mandarin (dikeringkan)
  • 1 epal sederhana (kacau & cincang)
  • 1 sudu teh jus lemon
  •  1 cawan anggur (separuh)
  •  ½ cawan yogurt Greek
  •  ½ cawan isi kelapa (dicincang)
  •  ½ cawan mashmallow mini

Cara penyediaan:

  1. Masukkan epal ke dalam mangkuk besar dan campurkan bersama jus lemon untuk mengekalkan warna asal epal supaya tidak menjadi perang.
  2. Kemudian, tambahkan nenas, limau mandarin, anggur, kelapa dan mashmallow. Gaulkan bersama menjadi serata.
  3. Gaulkan semua bahan bersama dengan yogurt Greek. Setelah siap menggaul, sejukkan selama 4 jam supaya rasa semua bahan sebati. Sangat sesuai dihidangkan sejuk-sejuk. Yummy!

Salad pita rangup

Resepi mudah salad

Resepi mudah salad pita ranggup ini sesuai disediakan untuk kanak-kanak pada waktu pagi dan boleh dijadikan bekalan mereka ke sekolah setiap hari. Boleh pelbagaikan dengan mencampurkan lada benggala yang berbeza warna. Nak mudahkan mereka mengunyah, potong semua bahan dalam bentuk yang kecil-kecil.

Bahan utama

  • 1 ½ cawan tomato ceri
  •  2 biji timun
  • 1 biji lada benggala: oren
  • 1 batang saderi
  • 2 sudu bawang merah (dicincang)
  • 2 sudu minyak zaitun
  •  1 biji lemon kecil (ambil jus sahaja)
  •  Garam dan lada (secukup rasa)
  •  1 cawan Kerepek Pita

Arahan penyediaan:

  1. Potong separuh dari tomato ceri, timun, lada benggala dan bawang merah. Masukkan sayuran yang telah dipotong ke dalam mangkuk besar bersama minyak zaitun dan jus lemon. Perasakan dengan sedikit garam dan lada.
  2. Hancurkan pita tersebut bersama salad tadi dan siap untuk dimakan.

Salad ayam strawberi keju panggang

Resepi mudah salad
Kredit: Youtube.com

Untuk resepi mudah salad ayam strawberi kayu panggang ini, anda boleh gunakan apa sahaja sayur-sayuran dan buah-buahan yang digemari oleh anak anda. Boleh juga gunakan sayur salad dan buah-buahan selain strawberi.

Jika anda tidak suka masakan berpanggang, anda boleh ubah cara menyediakan dengan cara membakar roti tersebut dengan apa jua jenis roti yang anda gemari.

Bahan utama

  •  1 ½ cawan bayam segar
  •  1 cawan ayam separa masak (potong dadu)
  •  1 cawan strawberi segar (dipotong)
  • 1/3 kacang walnut (dicincang)
  • 1/3 bawang merah (belah dan hiris
  •  ¼ cawan minyak zaitun
  • 1 ½ sudu cuka epal
  • 1 sudu Dijon Mustard
  • 1/8 sudu garam
  • 1/8 sudu lada hitam
  •  8 keping roti
  •  ¼ cawan mentega tanpa garam (dicairkan)
  •  8 keping keju (Apa-apa jenama)

Arahan penyediaan:

  1. Gabungkan bersama bayam, ayam,strawberi, walnut dan bawang merah dalam mangkuk besar.
  2. Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan minyak zaitun, cuka, mustard, garam dan lada. Gaul sehingga semua bahan sekata menjadi kuah. Tuangkan ke dalam mangkuk salad dan gaul supaya semua bahan sebati bersama.
  3. Sapu mentega ke atas roti. Lapiskan setiap 4 keping roti dengan sekeping keju dan salad secara selang-seli. Tutup dengan roti yang sedia ada dan sapukan mentega di atasnya.
  4. Panaskan kuali di atas api yang sederhana. Letakkan 2 sandwic dan biarkan sehingga masak. Alihkan supaya kedua-dua bahagian masak dengan sempurna. Biarkan sehingga warna keemasan atau sehingga keju mencair. Ulang langkah sehingga sandwich habis.

Salad tembikai bersama tomato dan timun

Resepi mudah salad
Kredit: shinytomato.wordpress.com

Bagi yang kurang menggemari buah tembikai, anda juga boleh mencuba resepi mudah salad dengan buahan yang berbeza mengikut citarasa anda. Nak lebih menarik gunakan buahan yang berbeza bagi mendapatkan variasi warna yang menarik supaya dapat menarik minat kanak-kanak untuk menjamah salad ini.

Bahan utama

  • Separuh tembikai (dipotong dadu)
  •  Segenggam tomato ceri
  • 1 timun (dipotong dadu)
  •  1-2 sudu minyak zaitun
  • Garam dan lada
  •  5-10 Daun Basil segar (dihiris halus)
  •  Keju asli

Arahan penyediaan:
Campurkan tembikai, tomato dan timun ke dalam mangkuk yang besar. Curahkan sedikit minyak zaitun ke atasnya. Taburkan hirisan daun basil, lebih kurang ½ sudu teh garam dan lada secukup rasa. Gaul sehingga rata dan hidangkan. Salad dah siap!

Salad pasta mesra kanak-kanak

Resepi mudah salad

Untuk menyediakan resepi mudah salad ini, anda boleh campurkan isi ayam, sosej yang dipotong kecil da nisi ketam untuk menjadikan salad ini lebih menarik dan menyelerakan. Anda boleh gunakan apa jua pasta mengikut citarasa anda dan pilihan keju juga boleh ditukar mengikut selera masing-masing.

Janji ia sedap dan menarik untuk disediakan kepada kanak-kanak pada apa jua masa tak kira sebagai sarapan, minum petang atau sebagai sajian snek mereka. Ia mudah dihidangkan jika mahu dijadikan sajian ketika sambutan hari jadi.

Bahan utama

  • 12 oz pasta bentuk menarik (pasta rotini/ farfalle)
  • 1 keping isi ayam (potong dadu)
  •  ½ cawan mayonis
  • ½ cawan susu
  • 4 sudu the cuka
  •  ½ sudu teh garam
  •  1 sudu gula (ikut citarasa)
  •  10 oz tomato ceri (kuning & merah), belah dua
  • ½ g Keju cheddar (potong dadu)
  • 3 batang daun bawang (hiris halus)
  • Serbuk Lada hitam
  • Daun selasih (potong halus)

Arahan penyediaan:

  1. Masak pasta mengikut arahan yang ada pada paket. Tapis dan bilas menggunkan air sejuk. Biarkan seketika.
  2. Potong ayam dalam bentuk dadu dan masukkan kedalam kuali leper. Masak sehingga sedikit rangup and biarkan seketika.
  3. Untuk bancuhan sos salad, campurkan mayonis, susu, cuka, dan gula (jika mahu) di dalam mangkuk kecil. Kemudian, gaul sos dengan pasta bersama tomato, ayam, keju dan daun bawang di dalam mangkuk besar. Tambahkan garam dan lada secukup rasa supaya salad tersebut rata. Taburkan daun selasih selepas siap. Sedia untuk dimakan!

Salad waldorf epal kayu manis

Resepi mudah salad
Kredit: Pinterest.com

Untuk sajian salad ini, serbuk kayu manis perlu diletakkan secukup rasa, jika tidak selera anda akan hilang. Jangan terlalu kuat rasanya, sekadar menambahkan rasa manis pada salad ini bagi menggantikan penggunaan gula dalam masakan.

Jika tidak gemar makanan yang terlalu manis, anda tak perlu letakkan madu terlalu banyak. Boleh sertakan sekali apa jua sayuran salad mengikut citarasa anda. Walaupun rasanya memang mengamit rasa, tapi resepi mudah salad ini sebenarnya senang saja.

Bahan utama:

  • 3 biji epal (sederhana)
  • 1 biiji buah pir (sederhana)
  • 1 batang daun saderi
  • 1 cawan anggur
  •  1 cawan kranberi kering
  • 1/2 cawan- kacang badam (hiris)
  • 1 cawan yogurt kosong greek
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu teh gula perang
  • ½ sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu mayonis

Arahan penyediaan:

  1. Potong epal, pir dan saderi dalam potongan dadu. Belah anggur menjadi dua bahagian. Campurkan epal, pir, saderi, anggur, badam, kranberi kering dalam satu mangkuk besar.
  2. Dalam mangkuk yang berasingan, sediakan sos salad. Campurkan yogurt, madu, gula perang, kayu manis dan mayonis. Tuangkan sos di atas salad. Sejukkan sehingga siap untuk dimakan.

Salad pasta sayuran panggang

Resepi mudah salad
Kredit: Youtube.com

Bagi penggunaan zucchini, anda boleh gantikan dengan terung untuk resepi mudah salad ini. Ia lebih mudah didapati di pasar raya tempatan. Pelbagaikan warna dengan lada benggala yang berbeza warna dan campurkan sayur-sayuran mengikut citarasa anda. Pasta juga anda boleh gunakan mengikut selera dan kesukaan anak anda. Jangan masak pasta terlalu lama kerana ia akan menyebabkan ia terlalu kembang dan tidak enak.

Bahan utama:

  • 1 biji bawang merah
  • 1 lada benggala (merah, kuning)
  • 1 zucchin
  • 7 oz asparagus
  • 7 oz brokoli
  • 5 oz tomato ceri
  • 2 sudu minyak zaitun
  • 2 sudu teh oregano kering
  • 14 oz pasta kering

Arahan penyediaan:

  1. Potong sayuran tadi dan masukkan ke dalam mangkuk bersama minyak zaitun dan oregano. Gaulkan serata sehingga semua sayur disaluti minyak.
  2. Asingkan sayuran kepada dua bahagian. Satu bahagian dipanggang dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 200 c. Biarkan seketika.
  3. Sementara itu, masakkan pasta mengikut arahan pada bungkusan. Toskan pasta dan biarkan ia sejuk seketika.
  4. Apabila sayur tadi sudah masak, sejukkan dan campurkan bersama pasta. Sedia untuk dihidangkan dan makan begitu sahaja. Boleh disimpan dalam peti sejuk dan bertahan selama 2 hari.

Salad ayam pelangi

Resepi mudah salad
Kredit: Pinterest.com

Resepi mudah salad kami yang seteresnya memang menarik! Resepi ini lebih menyelerakan jika ada menggunakan campuran sosej, isi ketam dan potongan isi ayam bersama. Bancuhan sos salad jangan terlalu pekat dan likat, bahan yang dimasukkan akan kurang sebati dan tidak sekata dengan salad. Jika anda tidak menggemari mentega kacang, anda boleh menukarkan dengan mentega yang lain atau tidak meletakkannya.

Bahan utama:

Salad:

  • ¼ kg ayam (bahagian dada)
  • 2 cawan kobis ungu (cincang)
  •  1 cawan kobis
  •  1 batang lobak merah (sederhana)
  • 2 biji lada benggala sederhana (merah, oren)
  • 1 biji avocado (sederhana)
  • 1 cawan ketumbar
  • 2 batang daun bawang
  • ¼ cawan kacang

Sos:

  • ½ cawan mentega kacang
  • 2 sudu air
  • 2 sudu cuka
  •  2 sudu sos soya
  • 2 sudu madu
  • ¼ sudu teh minyak bijan
  • 1 biji limau (sederhana)

Arahan penyediaan:

  1. Masakkan ayam dan potong dadu. (asingkan 3 cawan)
  2. Cincang kobis, parut lobak merah, potong dadu lada benggala, avocado dan hiris daun ketumbar, daun bawang dan kacang.
  3. Campurkan semua bahan dalam satu mangkuk yang besar, gaul sebati supaya semua bahan bercampur dengan sempurna.
  4. Gaul bersama bahan-bahan sos. Kalau sos terlalu pekat, campurkan 1 sudu teh air panas sehingga mendapat satu bancuhan yang sebati.
  5. Curahkan sos ke atas salad dan gaul bersama supaya ianya serata antara sos dengan salad. Siap untuk disediakan!

Salad nachos taco

Resepi mudah salad
Kredit: Pinterest.com

Resepi mudah salad ini anda boleh ubah penggunaan daging kepada ayam, jika anak anda tidak menggemarinya. Kerepek tortilla boleh didapati dalam pelbagai jenama di pasar raya dan boleh mencari di bahagian snek-snek ringan. Untuk bahan hiasan, anda boleh meletakkan apa jua sayuran dan buahan mengikut selera anda dan anak anda.

Bahan utama:

  • ½ gram daging
  • ½ bawang Holland (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 ½ cawan jus sayuran asli
  • 2 sudu teh jintan
  • 2 sudu teh serbuk cili
  • 1 garam bawang putih
  • 1 sudu teh lada
  • ½ cawan tepung jagung
  •  1 tin kacang hitam
  • Sepaket kerepek tortilla/ kerepek jagung
  • Perisa tambahan: keju dicincang, salad dihiris, tomato, zaitun hitam, Lada jalapeno, avocado, bawang, daun ketumbar, krim Mexican, Limau.

Arahan penyediaan:

  1. Gorengkan daging menjadi keperangan bersama bawang di atas api yang sederhana sehingga daging menjadi kenyal dan bawang garing. Tambahkan rempah bersama dan masak selama 10 minit lagi.
  2. Masukkan jus sayuran dan tepung jagung dengan campuran daging. Renehkan selama 15 minit atau sehingga jus masak, kacau secara perlahan. Sementara daging masak, panaskan kacang dalam kuali kecil atas api yang kecil.
  3.  Untuk sediakan salad, lapiskan kacang, daging, keju, salad dan bahan-bahan yang lain ke atas kerepek tortilla ikut citarasa anda. Selamat mencuba!

Salad kale cincang

Resepi mudah salad
Kredit: Youtube.com

Resepi mudah salad ini digantikan dengan penggunaan salad atau sayuran lain yang digemari oleh anak anda. Bawang merah boleh ditukarkan kepada bawang Holland, nakkan warna yang menarik, gunakan lada benggala berbeza warna untuk menaikkan warna yang pelbagai pada masakan.

Jadikan sebagai bekalan dan sajian sarapan pagi untuk anak anda. Masukkan juga daging atau ayam bagi menambahkan kandungan nutrient supaya lebih seimbang dan menyihatkan anak anda.

Bahan utama:

  • 2 cawan kale (dicincang)
  • 1 cawan tomato ceri
  • 1 cawan timun (dihiris)
  • 1 cawan keju mozzarella
  • 1 avocado (sederhana)
  • ¼ cawan bawang merah (dicincang)
  • 1 ½ sudu minyak zaitun
  • 1 sudu jus lemon
  • 1 sudu teh serbuk bawang putih

Arahan penyediaan:

  1. Potong semua sayuran dan keju mengikut saiz yang diingini.
  2. Campurkan semua sayuran bersama keju dalam mangkuk besar.
  3. Tambahkan minyak zaitun, jus lemon, dan serbuk bawang putih (tambahkan perasa seperti garam dan lada ikut citarasa anda). Gaul salad sehingga rata. Perbaiki rasa dengan menambahkan serbuk bawang putih, jus lemon, garam dan lada secukup rasa sehingga sebati. Kemudian, anda boleh terus hidangkan dan makan bersama anak-anak!

Salad ayam bijan

Resepi mudah salad
Kredit: Pinterest.com

Sajian ini mudah dilakukan dan lebih menarik jika anda sediakan bersama dengan anak-anak anda. Ia akan menjadi moment yang indah untuk anak anda apabila dapat menyediakan sendiri menu makanan mereka. Jika tidak menggemari pasta Fusilli, anda boleh menggantikan dengan pasta lain. Ikut citarasa dan selera pemilihan dalam sediakan bahan untuk resepi mudah salad ini.

Bahan utama:

Salad:

  • Sepaket pasta Fusilli
  • 1 cawan kacang buncis
  • 1 cawan ayam dimasak (dicincang)
  • ½ cawan lobak merah (dicincang)
  • 1 sudu biji bijan
  • 1 daun bawang – dihiris halus (pilihan)

Sos:

  • ¼ cawan mentega kacang berkrim
  • 2 sudu teh gula perang
  • 2 sudu sos soya
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh cuka epal

Arahan penyediaan:

  1. Masak pasta mengikut arahan pada bungkusan; tambahkan kacang buncis ke dalam air yang sedang mendidih selama seminit sebelum pasta siap. Buang air dan toskan kemudian siramkan dengan air sejuk.
  2. Campurkan bersama mentega kacang, gula perang, sos soya, minyak bijan, dan cuka epal dalam satu mangkuk besar. Tambahkan pasta dan kacang buncis, gaul sehingga sebati.
  3. Selepas itu, masukkan ayam dan lobak merak, gaul serata sehingga semua rasa serata. Taburkan daun bawang jika suka.

Salad brokoli halus

Resepi mudah salad
Kredit: Pinterest.com

Salad ini sangat mudah disediakan dan sangat berkhasiat untuk anak anda. Boleh campurkan juga isi ayam yang telah dimasak terlebih dahulu. Sajian ini akan lebih enak jika dihidangkan dalam keadaan sejuk dan makan begitu sahaja. Anda boleh menggantikan keju mengikut citarasa anda. Hidangan ini seeloknya disediakan pada waktu malam sebelum anda tidur dan simpankan dalam peti sejuk, keesokan harinya anda boleh hidangkan sebagai sarapan pagi kepada keluarga anda.

Bahan utama:

  • 2 bunga brokoli, potong menjadi kelopak kecil
  • 1 kubis bunga, potong menjadi kelopak kecil
  • 2 biji lada benggala – merah & hijau (potong dadu)
  •  ½ bawang kecil (potong dadu)
  • 3/4 cawan tomato ceri (belah dua)
  • 1 cawan keju cheddar (dicincang)
  • 1 cawan yogurt asli

Arahan penyediaan:
Dalam mangkuk besar, campurkan brokoli, kobis bunga, lada benggala, bawang, zaitun, tomato, keju cheddar bersama sehingga sebati. Kemudian, sejukkan dalam peti. Siap untuk dimakan!

 

 

Bagi ibu-ibu yang ingin kelihatan kreatif dalam penyediaan makanan supaya diterima kanak-kanak. Tips ini sebenarnya sangat berguna untuk anda menarik minat mereka. Anda hanya perlu menghidangkan makanan dalam bentuk-betuk yang menarik seperti bentuk haiwan yang comel, bentuk-bentuk seperti bulan dan bintang serta lain-lain bentuk yang kanak-kanak sangat gemari.

Selain itu, pelbagaikan penggunaan warna dalam pemilihan sayuran dan buahan seperti lobak merah, brokoli dan beberapa sayuran serta buahan digabungkan dalam satu sajian supaya lebih meriah dan warna-warni. Alatan hidangan juga memainkan peranan seperti pinggan, sudu garfu yang bercorak dan mempunyai rekaan kegemaran kanak-kanak.

Masa untuk cuba resepi mudah salad yang menarik untuk kebaikan anak anda

Cara penyediaan perlu pelbagai untuk setiap hari supaya anak anda tidak jemu ketika makan dan menolak makanan begitu sahaja seperti proses memanggang, menumis, membakar dan merebus patut dicuba untuk menyediakan makanan setiap hari.

Jika buahan itu kurang digemari oleh kanak-kanak dalam bentuk asli, anda boleh jadikan buahan dalam bentuk jus atau direbus menjadi lembut dan lain-lain cara yang mudah mereka terima.

Jika anda ada sebarang idea dan cadangan menarik untuk dikongsikan bersama Butterkicap, anda boleh berkongsi resepi mudah salad yang menarik disediakan bersama kanak-kanak dengan menggunakan hashtag kami #butterkicap. Jom cuba sekarang!

print
Sakinah Ahmad

Everyday we start a day with positive minds and ends it in peaceful. Just be yourself and treat people good if we want people treat us well. Just love yourself and care the others and also love fooooooddddddd! Chill yo! ;)

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.