10 Resepi Nasi Paling Senang, Cepat dan Sedap

Nasi merupakan sumber tenaga utama bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Oleh itu, anda sentiasa memilih nasi sebagai hidangan utama untuk sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dan makan lewat malam.

Nasi boleh dikatakan sebagai makanan asas kepada rakyat Malaysia kerana tidak kira anda kaum apa sekali pun, nasi pasti menjadi bahan makanan utama anda. Nasi ialah seperti spaghetti kepada orang itali kerana kemana-mana sahaja anda pergi, pasti pasti menjadi menu utama kedai tersebut.

Oleh sebab kami faham rasa cinta anda yang mendalam terhadap nasi, kami sediakan 5 resepi nasi yang paling senang, cepat dan sedap yang boleh anda cubai pada kala anda sibuk berkerja.

 

1. Nasi Goreng Cina

Kredit: redcookingmonster.blogspot.my

Mereka yang inginkan sesuatu yang masin manis, resepi ini untuk anda. Gabungan mentega serta kicap masin pasti membuat anda bergembira kerana rasa yang sedap serta masa yang pendek untuk membuatnya.

Bahan-Bahan:

  1. 1 1/3 cawan air
  2. 1 1/3 cawan nasi
  3. 3 sudu besar mentega
  4. 1 biji telur ( dipukul )
  5. 1/3 cawan bawang ( Dicincang )
  6. 3 sudu besar kicap masin

Langkah-langkah:

  1. Rebus 1 cawan dan nasi, kacau dan tutup serta biarkannya selama 5 minit
  2. Sementara itu, cairkan mentega dalam kuali yang lain.
  3. Kemudian pecahkan telur dan masak.
  4. Selepas itu, masukkan bawang serta beras dan kacau hingga ia bertukar warna coklat.
  5. Campurkan 1/3 cawan air dan kicap masin ke bahan tadi
  6. Gaul bahan tadi lagi 5 minit dan kemudian sajinya.

 

2. Nasi Minyak

nasi minyak

Anda inginkan sesuatu yang berlainan dan boleh tunggu lama sikit? Nasi minyak antara nasi yang boleh anda cuba. Nasi minyak boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan lauk dan antara lauk yang kami cadnagkan ialah Ayam masak merah.

Bahan-bahan:

  1. 3 cawan beras basmathi
  2. 3 cawan air
  3. 1 cawan susu sejat
  4. 1/2  cawan kismis
  5. 2 helai daun pandan, siat 2 dan simpul
  6. 1 batang serai
  7. 1 inci halia di hiris kasar
  8. 4 ulas bawang merah di hiris
  9. 2 ulas bawang putih di hiris
  10. 2 sudu besar minyak sapi
  11. 1 sudu besar minyak jagung
  12. 1/2 sudu teh garam
  13. Biji Gajus (goreng dahulu)
  14. Pewarna kuning telur
  15. 2 batang kulit kayu manis
  16. 3 kuntum bunga lawang
  17. 5 kuntum cengkit
  18. 3 biji pelaga

Langkah-langkah:

  1. Masukkan minyak sapi dan minyak jangung dalam periuk
  2. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, daun serai dan daun pandan hingga harum
  3. Kemudian masukkan bawang hiris, bawang putih dan halia. Masak hingga naik aromanya.
  4. Selepas itu, masukkan susu cair dan kemudian masukkan air yang secukupnya
  5. Masukkan kismis serta 1 sudu kecil garam ke dalam bahan tadi dan kemudian kacau rata
  6. Beras kemudian dimasukkan ke dalam campuran tersebut dan kemudian nasi dibiarkan untuk ditanak
  7. Selepas nasi sudah masak, letakkan 3-4 titik pewarna kuning telur dan gaul nasi tersebut.
  8. Tutup semula dan selepas 5 minit, alihkan ke dulang nasi dan taburkan biji gajus di atasnya.

 

3. Bubur Ayam

Kredit: fero-ch.blogspot.my

Resepi ini ialah untuk mereka yang ingin makan sesuatu yang ringkas dan yang tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk mengunyah. Bubur merupakan nasi dan ianya sedap dimakan dikala sakit.

Bahan-bahan:

  1. 2 cawan beras
  2. 18 cawan air
  3. 3 sudu besar pati ayam
  4. 1 sudu besar Maggi cukup rasa
  5. 1 sudu besar garam
  6. 1/2  inci halia dihiris
  7. Ayam (dicarik kecil)
  8. sup bunjut

Langkah-langkah:

  1. Masukan ayam, sup bunjut, garam secukup rasa dan air untuk dapatkan air rebusan ayam. Air rebusan ini kemudian diletakan di tepi dahulu
  2. Dalam periuk yang lain, masukan 2 cawan beras yang telah dibasuh dengan 18 cawan air dan tanak beras tersebut.
  3. Selepas 18 minit, masukan hirisan halia bersama garam, pati ayam dan maggi cukup rasa. Tutup periuk dan sambung tanak beras untuk 1 minit.
  4. Kemudian, buka penutup dan masukan air rebusan ayam pula secukup rasa.
  5. Hiris daging ayam, taburkan sedikit daun bawah dan hidangkannya.

4. Nasi Ayam

Kredit: zulfadreamland.blogspot.my

Seterusnya ialah resepi nasi ayam yang ingin kami kongsikan kepada pembaca kami. Seperti yang anda ketahui bahawa nasi ayam enak dimakan dengan ayam tetapi aroma serta stok ayam yang digunakan untuk membuat nasi ayam sudah membolehkan anda makan nasi tanpa kehadiran ayam. cubalah resepi nasi ayam dibawah.

Bahan-bahan:

  1. 1 cawan beras
  2. 2 cawan sup stok ayam
  3. 1-2 titis pewarna kuning

Langkah-langkah:

  1. Basuh beras, titiskan pewarna kuning dan rendam selama 5-10 minit.
  2. Toskan beras dan masukkan 2 cawan sup ke dalam periuk nasi. Kurangkan sedikit ukuran air agar ianya tidak menjadi lembik sebab nasi sudah menyerap air ketika membasuhnya.
  3. Biarkan nasi masak selama 15 minit
  4. Selepas itu, anda turut boleh meletak daun pandan dan serai bagi menaikkan aroma nasi ayam.

 

5. Nasi Goreng Planta

Kredit: dapurmerahibuku.blogspot.my

Resepi nasi seterusnya yang ingin kami kongsi bersama pembaca kami ialah nasi goreng planta. Nasi goreng planta ini merupakan salah satu resepi yang paling mudah dan ringkas untuk dibuat. Kami pasti jika anda kesuntukkan masa dan ingin memberi anak anda makan, resepi ini amat sesuai untuk anda.

Bahan-bahan:

  1. 1 sudu besar Planta
  2. 2 sudu besar minyak masak
  3. 1 sudu kecil garam
  4. 2 Telur sebijik
  5. 1 cawan sayur campur
  6. 1 cawan aasi putih
  7. 1 ulas bawang merah (ditumbuk)
  8. 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  9. 2 tangkai cili (ditumbuk)
  10. 2 biji sosej (dipotong)

Langkah-langkah:

  1. Panaskan minyak. Masukkan planta. (Anda dinasihati agar menuang sedikit sahaja minyak kerana planta akan turut berminyak nanti)
  2. Kemudian, masukkan bahan yang di tumbuk dan tumis sehingga naik bau
  3. Selepas itu, masukkan potongan sosej dan sayur campur serta kacau sehingga sebati
  4. Telur dipecahkan beserta dengan campuran dan digaul. Garam kemudian dimasukkan dan dikacau.
  5. Terakhir sekali masukkan nasi dan gaul hingga sebati.

 

6. Nasi Dagang Terengganu

Kredit: jetunnel.blogspot.my

Kami pasti anda ketahui akan nasi dagang terengganu kerana ianya bukan sahaja merupakan antara juadah yang popular di seluruh Malaysia malahan sedap dimakan. Nasi dagang terengganu lebih enak dimakan dengan gulai ikan tongkol yang penuh dengan aroma yang mengharumkan.

Bahan-bahan:

  1. 2 cawan beras (mengikut beras kesukaan anda)
  2. 1 cawan beras pulut
  3. 5 ulas bawang merah (dihiris nipis)
  4. 1 inci halia (dihiris mipis)
  5. 1 sudu besar halba
  6. 2 cawan santan
  7. 1 cawan air
  8. 1 sudu kecil garam

Langkah-langkah:

  1. Basuh dan rendam beras pulut selama 90 minit. Selepas itu, tambah beras biasa dan rendam lagi kedua-dua beras tersebut selama 30 minit.
  2. Selepas itu, tapiskan beras tersebut dan letakkanya di tepi dahulu.
  3. Kemudian, masukan beras, air dan santan ke dalam satu periuk nasi dan kacau sehingga di bahagian permukaan periuk. Setkan kepada mod memasak nasi
  4. Setelah beras dimasak, tambahkan halba, halia, bawang merah dan kacau sehingga sebati
  5. Akhir sekali panaskan nasi selama 30 minit dan hidang apabila anda mahu makannya

 

7. Nasi Lemak

Kredit: bakecookeat.blogspot.my

Senarai resepi nasi ini bersambung dengan nasi lemak. Nasi lemak merupakan salah satu nasi yang anda boleh makan pada waktu pagi, petang malahan malam. Nasi lemak secara tradisionalnya dimakan dengan telur rebus, sambal, ikan bilis dan kacang. Namun begitu, nasi lemak juga boleh dimakan dengan daging rendang.

Bahan-bahan:

  1. 2 cawan beras
  2. 3 cawan air
  3. 20 ml santan
  4. 1 daun pandan (disiat dan disimpul)
  5. 1 serai (dihancurkan)
  6. 1 halia (dihancurkan)
  7. 1 sudu kecil gula
  8. 1 sudu kecil garam

Langkah-langkah:

  1. Pertama, basuh beras dan bilas beras
  2. Letakkan beras tersebut dalam periuk nasi
  3. Tuang 5ml santan ke dalam cawan dan cairkan dengan air
  4. Kemudian campurkan garam, gula dan kacau sehingga sebati
  5. Selepas itu, tuangkan campuran kelapa ke dalam nasu yang dikeringkan dalam periuk nasi
  6. Tambah halia yang dihancurkan serta serai dan hidupkan periuk nasi untuk masaknya.
  7. Apabila beras sudah capai tahap pemanasan, tambahkan baki santan dan kacau beras.
  8. Akhir sekali, kacau beras dan teruskan masak sehingga selesai.
  9. Alihkan beras ke dalam mangkuk nasi dan hidangkan.

 

8. Nasi Tomato

Kredit: dapour.wordpress.com

Nasi tomato merupakan salah satu nasi yang mudah dibuat walaupun mempunyai pelbagai bahan. Hidangan ini yang betul ialah apabila nasi tersebut berwarna merah tomato dan penuh beraroma. Cubalah resepi nasi ini dibawah.

Bahan-bahan:

  1. 4 cawan beras
  2. 3 sm halia*
  3. bawang merah*
  4. bawang putih*
  5. 6 cawan air
  6. 3 tangkai bunga cengkih
  7. 3 kuntum Bunga lawang
  8. 5 biji buah pelaga
  9. 2 batang kulit kayu manis
  10. 1 helai daun pandan
  11. 1/2 cawan kismis
  12. 1/2 cawan susu cair
  13. 2 cawan tomato sup
  14. 1 senduk minyak sapi

Langkah-langkah:

  1. Potong halus bahan bertanda *
  2. Panaskan minya sapi, masukkan bahan yang dipotong halus bersama bunga lawang, bunga cengkih, daun pandan, buah pelaga dan kayu manis. Goreng sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan beras kacau seketika selama 1-2 minit. Kemudian Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan tomato sup, susu cair, kismis dan garam secukup rasa. Apabila hampir kering pertahankan api, tutup tudung periuk dan tunggu hingga masak.

 

9. Nasi Kunyit

Kredit: homecookedbest.blogspot.my

Kunyit merupakan salah satu bahan yang sering kali digunakan dalam masakan melayu. Selain memberikan warna kepada makanan ianya juga memberikan bau serta rasa yang enak kepada makanan tersebut. Nasi kunyit atau pulut kuning dibuat bagi menyambut kejayaan.

Bahan-bahan:

  1. 4 cawan beras pulut 
  2. 2 sudu besar kunyit serbuk/pewarna kuning
  3. 2 sudu kecil besar garam.
  4. 500 ml santan pekat

Langkah-langkah:

  1. Beras pulut direndam 2 jam dengan serbuk kunyit sehingga kuning
  2. Basuh dan toskan beras pulut
  3. Kukus dalam pengukus selama 20 minit
  4. Gaul dengan santan yg telah dicampurkan dengan serbuk kunyit
  5. Letakkan pewarna kuning jika beras tidak berwarna kuning dan Kukus lagi 10 minit
  6. Selepas 10 minit hidangkan.

 

10. Nasi Butterkicap

Kredit: resepisedap-nennie.blogspot.my

Ramai antara kita yang membesar dengan makan nasi, butter dan kicap. Nasi butterkicap merupakan salah satu resepi nasi yang paling ringkas dan cepat untuk dimasak. Tanpa melengahkan masa, bahan-bahan serta langkah-langkah untuk masak nasi butterkicap.

Bahan-bahan:

  1. 2 cawan nasi
  2. 2 cawan mentega
  3. 1/2 cawan kicap manis

Langkah-langkah :

  1. Nasi yang telah dibasuh, ditanak menggunakan periuk nasi
  2. Selepas itu, nasi yang panas-panas dicampurkan dengan mentega dan kicap manis serta digaulkan.
  3. Nasi yang digaul tadi ditukarkan ke mangkuk nasi dan makan begitu sahaja.

 

Dan itulah merupakan 10 resepi nasi yang senang, cepat dan sedap yang boleh anda cuba dirumah dikala anda sibuk pada hari bekerja. Semoga senarai ini dapat membantu anda!

print
Y. Helmy
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.