10 Jenis Resepi Bubur Bagi Peminat Bubur

Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai jenis bubur yang terdapat di sekitar Malaysia?

Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai pelbagai jenis bubur dari bubur sebagai pembuka selera, sajian utama dan pencuci mulut.

Bubur juga merupakan salah satu hidangan yang sedap dimakan ditatkala musim sejuk yang kian melanda bumi Malaysia. Jadi, tanpa melengahkan masa lagi, terimalah 10 jenis resepi bubur bagi peminat bubur.

1. Bubur Sumsum

Credit: noble-house.tk

Antara resepi yang ingin kami ketengahkan ialah bubur sumsum yang pasti membangkitkan selera anda. Bubur sumsum antara resepi yang sedap dimakan sebagai pencuci mulut dan cara membuatnya yang ringkas pasti mengembirakan anda.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 4 1/2 cawan santan
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil sedikit pewarna hijau

Cara-cara sediakan:

  1. Campurkan semua bahan-bahan di atas kecuali pewarna dalam periuk. Masakkan dengan api sederhana.
  2. Kacau berterusan untuk mengelakkan adunan jadi berketul-ketul di dasar periuk. Apabila mendidih teruskan mengacau dalam 15 minit untuk memastikan tepung sudah masak dan menghasilkan tekstur yang lembut dan boleh dipotong dengan cantik.
  3. Apabila dah puas hati, tutup api dan ambil 1/3 adunan untuk dicampur dengan warna hijau. Kacau cepat-cepagt dan tuangkan dalam bekas.
  4. Biarkan 2-3 minit dan kacau baki adunan agar tidak memekat.
  5. Tuangkan baki adunan pada lapisan hijau tadi dan biarkan sejuk.
  6. Dah sejuk, boleh potong atau keluarkan dari bekas, masukkan dalam mangkuk. Tuangkan sedikit kuah gula merah dan sedia untuk dinikmati.

Cara buat kuah gula merah ala Jordan:

  1. 1 cawan gula dimasak dan dijadikan gula hangus.
  2. Bila sudah keperangan masukkan 1 cawan air dan 1/2 cawan madu kurma.
  3. Kemudian, kacau sehingga larut dan setelah mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

2. Bubur Jagung

Credit: pinterest.com

Bubur jagung adalah antara hidangan pencuci mulut yang digemari ramai. Sama seperti bubur kacang hijau, bubur jagung juga tidak sukar untuk disediakan.

Bersama ramuan utama iaitu jagung, anda cuma perlu menyediakan bahan lain seperti santan, daun pandan dan gula melaka.

Bahan-bahan:

  • 2 batang jagung, hiris isinya
  • 1/4 -1/2 cawan gula pasir
  • 1 keping gula melaka
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 3 sudu besar biji sagu
  • 2 helai daun pandan, carik dan simpul

Cara-cara sediakan:

  1. Masukkan santan cair, daun pandan dan isi jagung ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula pasir, gula melaka, garam, sagu dan santan pekat. Kacau perlahan-lahan sehingga bubur mendidih. Kadar manis adalah mengikut citarasa anda. Jika rasa kurang manis boleh tambah lagi sedikit guka.

3. Bubur Pulut Hitam

Credit: langsungenak.com

Penyediaan bubur Pulut Hitam juga tidaklah begitu sukar tetapi ia memerlukan masa yang agak panjang untuk menyediakan pulut hitam tersebut.

Pulut perlu direndam semalaman sehingga lembut kemudian perlu dimasak sehingga ia menjadi pekat. Barulah dicampur bahan-bahan lain seperti santan dan gula melaka.

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan pulut hitam
  • 6 cawan air, untuk merebus pulut
  • 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
  • 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
  • 3/4 cawan gula putih
  • 1/2 ketul gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara sediakan:

Cara untuk masak bubur pulut hitam:

  1. Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
  2. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.

Cara untuk kuah santan:

  1. Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.
  2. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.

4. Bubur Tepung pulut

Credit: citarasawan.com

Bubur Tepung Pulut ini juga dikenali dengan nama bubur candil dan ia menggunakan tepung pulut dan santan sebagai bahan utama. Tepung pulut diuli dan dicampurkan pewarna mengikut warna kesukaan untuk menampakan ia menarik.

Tepung pulut tersebut hendaklah direbus dahulu secara berasingan kemudian barulah dimasak bersama bahan-bahan bubur yang lain.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil pewarna jika suka
  • 2 liter air untuk merebus
  • 1 1/2  liter air sejuk untuk merendam (Masukkan dalam bekas)Bahan Kuah
  • 800ml santan
  • 100gm gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan – simpul
  • 2 sudu kecil tepung ubikayu / jagung – larutkan dengan sedikit air

Cara-cara sediakan:

  1. Satukan tepung pulut dan garam.  Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh, jika keras tambah 2-3 sudu kecil air.
  2. Bahagikan kepada 4 bahagian dan masukkan pewarna mengikut suka.
  3. Gentel bulat-bulat buat hingga habis.
  4. Didihkan air hingga mengelegak di dalam periuk.  Masukkan bebola pulut dan masak hingga timbul di permukaan air.  Angkat dengan penapis dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  5. Kuah :  Masak santan, gula, garam dan daun pandan hingga mendidih.  Kemudian masukkan larutan tepung ubikayu untuk memekatkan kuah.
  6. Toskan bebola pulut dan masukkan ke dalam kuah dan hidangkan.

5. Bubur durian

Credit: sawanila.com

Selalunya durian hanya dijadikan sebagai bahan tambahan didalam resipi bubur lain seperti bubur kacang, bubur jagung dan bubur kacang merah.

Tetapi durian juga boleh dimasak begitu sahaja tanpa bahan lain dan kebiasaannya akan dimakan bersama roti atau pulut.

Bahan-bahan:

  • Berulas durian
  • Air secukupnya
  • 200 ml santan pekat
  • 30 ke 50 gram gula (rasa dulu durian tu, kalau dah manis, kurangkan la kuantiti gula)
  • Secubit garam
  • Daun pandan sehelai

Cara-cara sediakan:

  1. Masukkan durian dalam periuk. Lenyek-lenyek sikit bagi tanggal isi durian dari bijinya.
  2. Buka api dan Masukkan air, santan, gula dan garam
  3. Masukkan simpulan daun pandan sebagai penambah wangi.
  4. Kacau bagi larut dan sebati.
  5. Apabila sudah mendidih, boleh tutup api.

6. Bubur labu

Credit: delimazamrud.com

Bubur Labu ni mempunyai peminatnya tersendiri. Sebelum mula memasak bubur ini, sebaiknya anda memilih labu yang tidak terlalu masak bagi mengelakkan labu menjadi lembik dan hancur apabila dimasak.

Bubur labu ini juga dikenali dengan nama bubur pengat labu dan boleh dicampurkan bahan lain seperti sagu dan keledek.

Bahan-bahan:

  • 1/4 biji labu ( saiz sederhana) – potong kiub
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan biji sagu – basuh dan toskan
  • sehelai daun pandan – disimpul
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula – dihancurkan

Cara-cara sediakan:

  1. Masukkan gula melaka yang telah dicincang ke dalam periuk beserta daun pandan, air, garam dan gula.
  2. Setelah gula melaka larut, masukkan pula labu dan santan dan kacau sebati.
  3. Kemudian,setelah labu separuh masak, masukkan biji sagu, masak sehingga labu empuk dan biji sagu menjadi jernih.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

7. Bubur Ubi Keledek

Credit: anisdiary.blogspot.com

Satu lagi jenis bubur manis iaitu bubur ubi keledek. Ubi keledek dipotong dadu dan boleh terus dimasak bersama bahan bubur yang lain.

Bubur ini tidak perlu direbus atau direndam terlebih dahulu. Bubur ubi keledek boleh juga dimasak bersama labu, tepung pulut sagu atau cha cha.

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg ubi keledek oren
  • 3 sudu besar sagu mata ikan
  • 1 cawan santan pekat (atau susu cair)
  • 1 keping gula melaka
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • Secubit garam

Cara-cara sediakan:

  1. Kupas ubi keledek, potong dadu kemudian bilas.
  2. Siat dan simpul daun pandan

Cara Memasak Pengat Keledek Sagu

  1. Masukkan ubi keledek, air, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana.
  2. Bila mendidih, masukkan sagu. Kacau sekali sekala supaya sagu tidak bergumpal.
  3. Bila keledek empuk dan sagu masak (bertukar warna dari putih ke jernih), masukkan santan, secubit garam dan kacau perlahan-lahan.
  4. Biarkan santan mendidih seketika, kemudian angkat.

8. Bubur Pengat Pisang

Credit: aynorablogs.com

Bubur Pengat Pisang ini menggunakan pisang sebagai bahan utama. Sangat mudah untuk disediakan. Jika ada lebihan pisang boleh dibuat bubur pengat pisang ini. Boleh dicampur bersama sagu, tepung pulut mahupun cha cha.

Bahan-bahan:

  • 3-4 biji pisang (dipotong-potong)
  • 4 sudu besar sagu biji (direndam sekejap dengan air)
  • 500ml santan
  • 1/2 ketul gula melaka (dipotong kecil supaya senang larut)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 helai daun pandan (diikat simpul)

Cara-cara sediakan:

  1. Dalam satu periuk, masukkan santan, gula, gula melaka dan daun pandan. Masakkan dengan api sederhana. Kacau selalu hingga mendidih.
  2. Biji sagu yang direndam, dicuci dan toskan. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk. Kacau selalu hingga sagu masak (sagu menjadi biji jernih).
  3. Akhir sekali masukkan pisang. Kacau seketika hingga pisang masak. Padamkan api dan hidangkan.

9. Bubur Ayam

Credit: aynorablogs.com

Antara bubur yang kami ingin ketengahkan  ialah bubur ayam. Bubur ayam merupakan salah satu hidangan yang sedap dimakan dikala sejuk dan demam. Ia bukan sahaja mudah untuk dibuat tetapi hasilnya sangat sedap.

Kami di butterkicap suka makan bubur ayam dengan sambal kicap. Tambahan sambal kicap memberikan sedikit kepedasan kepada bubur ayam.

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan beras
  • 3 ketul isi ayam
  • 2 sudu makan ikan bilis
  • 1 batang akar daun ketumbar
  • 1 biji bawang merah saiz besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm halia muda
  • Daun bawang
  • Daun ketumbar
  • Lada merah
  • Serbuk lada putih , serbuk perasa dan garam

Cara-cara sediakan:

  1. Masakkan beras dalam periuk bersama 4 cawan air . Biarkan mendidih dan sehingga air kering barulah kecilkan api Tambahkan air jika perlu. Kacau supaya mudah hancur sedikit dan jadi bubur nasi yang sedap. Perasakan dengan garam sedikit.
  2. Rebus isi ayam dengan 4 cawan air sehingga masak. Simpan air rebusan untuk dijadikan sup bubur. Racik ayam guna garpu untuk lagi mudah.
  3. Panaskan minyak pada api api sederhana . Masukkan ikan bilis dan goreng pada api kecil untuk elak hangit. Bila dah kekuningkan , toskan. Masukkan hirisan halus bawang merah dan goreng kekuningan. Guna minyak yang sama tau. Untuk resepi bubur ayam ni saya tak guna minyak bijan , tapi simpan sedikit minyak goreng untuk letak sikit dalam bubur ayam.
  4. Cincang halus bawang putih, halia muda bersama potongan lada merah, daun ketumbar, daun bawang dan letak dalam bekas.
  5. Untuk sup bubur ayam pula , tapis dulu air rebusan ayam tadi , panaskan dan masukkan akar batang ketumbar. Bila dah mendidih, tambah serbuk perasa, garam,serbuk lada putih.

10. Bubur lambuk

Credit: spicejourney.blogspot.com

Bubur terakhir yang ingin kami kongsikan bersama anda ialah bubur lambuk. Bubur lambuk merupakan salah satu hidangan yang enak dimakan kerana ia sangat berlemak dan berkrim.

Mereka yang gemari bubur lambuk bolehlah mengikuti resepi ini dan cuba jikalau anda suka akanya.

Bahan-bahan:

  • 200gram Daging (potong kecil2)
  • Sedikit Udang Kering (ditumbuk sehingga hancur)
  • Segenggam Lobak Masin (hiris nipis2)
  • 3 ulas Bawang Merah (hiris)
  • 2 ulas Bawang Putih (hiris)
  • 2cm Halia (hiris)
  • 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 1/2 sudu teh Lada Hitam
  • Sedikit Halba
  • 1/2 cawan Santan
  •  Garam secukup rasa. 1
  • Segenggam beras

Cara-cara sediakan:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Lepas tu masukkan pula lada hitan, halba dan 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga).
  2. Bila dah garing sikit, tumis pula udang kering dan daging. Kacau dan masukkan lobak manis.
  3. Bila semua dah sebati dan dah masak, periuk tersebut bolehlah di penuhkan dengan air. Letak air 1/2 periuk dulu. dan kemudian masukkan selebihnya apabila di mula mendidih
  4. Bila bubur dah hampir masak,  masukkan santan dan garam. Biar seketika dalam 5 minit dan tutup api.

Maka itulah merupakan 10 jenis resepi bubur bagi peminat bubur sekalian. Mereka yang meminati bubur bukan sahaja boleh mengenali jenis-jenis bubur yang terdapat di pasaran malahan boleh cuba membuatnya dirumah.

Kami dengan itu menjemput semua pembaca mencubanya dirumah . Selamat mencuba.

 

print
Write Your Comment
Y. Helmy
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Spoon with us. Get bite-sized recipes, stories and favorite Malaysian childhood food memories delivered right to your inbox.

Sign up for HERE'S Salon & Spa Giveaway

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Load More
Something is wrong. Response takes too long or there is JS error. Press Ctrl+Shift+J or Cmd+Shift+J on a Mac.