Duit Raya dah Habis! Jangan Risau, Ganti Saja dengan Ini

Duit raya, oh, duit raya, kenapalah susah sangat nak bajet cukup?

Kredit: cloudymonday

Hari Raya ialah hari keriangan dan keseronokan bagi kanak-kanak dan hari yang membuatkan orang dewasa, khususnya yang baru bekerja menangis. Pada hari Rayalah, kanak-kanak akan mendapat duit percuma dengan duduk dan bersabar beraya di rumah-rumah rakan ibu bapa mereka. Bagi kebanyakan daripada kita, khasnya yang baru bekerja, mereka bersiap sedia berpisah dengan wang mereka dengan membuat bajet supaya duit raya yang mencukupi untuk diberi tetapi bagaimana pula kalau tiba-tiba ada tetamu lain pula yang datang membawa anak? Apa yang anda nak beri?

Berikan ganti dengan coklatlah sebab tiada yang boleh membuatkan kanak-kanak lupakan tentang duit kecuali coklat. Jadi, inilah antara pengganti duit raya yang anda boleh beri nanti.

 

1. Coklat Duit Emas

Kredit: pinterest

Secara teknikalnya, anda tidak menipu kanak-kanak dengan memberi makanan yang kelihatan seperti duit. Anda tolong membantu menguatkan lagi ilusi kepada kanak-kanak bahawa mereka sebenarnya mendapat wang. Bayangkan perasaan mereka mengetahui bahawa duit mereka itu adalah coklat. Pastinya mereka berasa gembira kerana mana nak jumpa duit yang boleh dimakan sekarang?

 

2. Choki-Choki

Kredit: amazon.com

Kalau anda jenis yang tidak mahu menipu kanak-kanak tidak berdosa ini dengan coklat duit emas, anda berilah choki-choki kepada mereka. Mereka pastinya akan berasa marah kerana realiti kanak-kanak zaman sekarang ialah mereka sukakan wang. Tetapi, sekali mereka makan coklat ini, mereka pasti akan datang minta lagi. Jaga-jaga, jangan sampai anda kehabisan choki-choki pula.

 

3. Biskut Apollo

Kalau anda kanak-kanak cepat rasa muak makan coklat sahaja, inilah satu lagi pengganti duit raya yang kanak-kanak pasti suka dan tak kisah nak dapat/makan banyak-banyak sekalipun. Rasa biskut wafer yang rangup dengan lapisan coklat yang pekat membuatkan pengalaman beraya kanak-kanak lebih menarik dan menyeronokkan. Tak percaya? Cubalah.

 

4. Gula-Gula Arnab

Kredit: The Boy Lost in the City

Ini ialah gula-gula lejen (legend) yang bukan sahaja kanak-kanak malah ibu bapa mereka juga akan gilakan nanti. Gula-gula arnab ini ialah gula-gula manis yang diperbuat daripada susu. Apa yang menarik tentang gula-gula ini? Bukan saja gula-gula itu sahaja anda boleh makan, malah pembalut lutsinar yang membalut gula-gula tersebut juga boleh dimakan! Memang susah nak jumpa gula-gula ini sekarang. Seba itulah, nilai gula-gula ini sama sahaja seperti nilai duit raya yang anda nak beri.

 

5. Lolipop Kaki

Kredit: melvillecandy.com

Anda mahu mengurangkan bajet membeli gula-gula, inilah gula-gula untuk anda. Lolipop ialah gula-gula yang dapat bertahan lama dan satu sahaja sudah cukup untuk membuatkan anda berasa jelak (sebab manis sangat). Jadi, anda boleh berikan lolipop klasik zaman kanak-kanak anda seperti lolipop kaki dengan serbuk masam berperisa untuk kanak-kanak milenium ini mencubanya. Kalau anda ada bajet lebih, bolehlah belikan untuk mereka lolipop kaki dengan serbuk pop rocks. Bukan sahaja sedap, malah meletup nanti dalam kalangan kanak-kanak.

 

6. Ice Gem

Kredit: karton.PH

Kalau anda perlukan pengganti duit raya ‘last minute’, anda boleh bergantung harap pada biskut istimewa ini untuk dijadikan sebagai duit raya anda. Aising di atas biskut tersebut yang berwarna-warni ini cukup sesuai untuk menarik perhatian kanak-kanak yang sukakan makanan manis berwarna-warni. Seuncang sudah cukup untuk membuatkan anak-anak buah anda terdiam sebentar.

 

7. Kandi Asam/Haw Flakes

Kredit; Discover SG

Jika ada kanak-kanak yang sudah malas nak makan jajan manis, inilah gula-gula untuknya. Kepingan-kepingan asam ini penuh dengan rasa manis dan masam yang pasti membuatkan satu keping tidak cukup untuk memuaskan hati mereka. Sekali dapat, pasti terdiam!

 

Itulah dia tujuh pengganti duit raya yang memuaskan hati dan mulut kanak-kanak yang datang beraya apabila bajet duit raya anda sudah habis. Jika mereka masih bertanya tentang duit raya dan anda tidak dapat menepis soalan tersebut dengan jajan di atas, berikan saja kuih raya kepada mereka.

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.