Rasa Utara Membawa Anda Kembali Pulang ke Kampung Halaman

Rasa Utara mungkin sekadar satu lagi restoran yang menyajikan masakan-masakan terkenal negeri-negeri di utara tanah air tetapi keunikan restoran ini bukanlah pada nama tetapi pada rasa dan pilihan menu disajikan yang pasti membuatkan anda terkenang kembali zaman anda membesar di kampung halaman anda di utara.

Terletak di Midvalley Megamall, Rasa Utara merupakan satu-satunya restoran yang mengetengahkan makanan kegemaran penduduk di ketiga-tiga negeri di utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Masakan yang disaji merupakan hidangan masakan Melayu yang dipengaruhi dengan unsur-unsur India Muslim dan Siam yang pasti membuatkan sesiapa sahaja yang mencuba hidangan tersebut merasai kelainan yang ingin diketengahkan.

 

Kredit: Twitter.com

Sejarah Penubuhan Rasa Utara

Rasa Utara ditubuhkan sebagai penzahiran aspirasi mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ingin mengetengahkan keunikan dan kenakan masakan Utara. Oleh itu, Rasa Utara ditubuhkan. Beliau melihat potensi dan keunikan citarasa masakan di utara yang pasti memikat hati sesiapa sahaja yang mencubanya. Oleh yang demikian, penubuhan Rasa Utara dilihat mampu menjadi restoran perintis yang akan memperkenalkan masakan Utara kepada rakyat Malaysia di negeri-negeri lain.

Rasa Utara bermatlamat untuk menawarkan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan. Oleh itu, restoran ini sering kali melalui perubahan dan penambah baikan dari segi jenama dan juga strategi perniagaan supaya sejajar dengan perkembangan semasa dunia gastronomi tempatan sejak penubuhan restoran tersebut pada tahun 1984.

Kini, restoran tersebut mengetengahkan konsep ‘makan time’ yang memberikan pengalaman makan pada harga mampu milik dan suasana yang intim untuk ahli keluarga dan rakan-rakan menikmati hidangan bersama-sama. Dengan berpegang pada moto bahawa makanan merapatkan hubungan yang terjalin, Mereka berharap makanan yang disaji mampu memberikan pengalaman yang menggembirakan kepada pelanggan-pelanggannya.

 

Pilihan Menu

Menu restoran ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu, hidangan utama, minum petang dan sarapan.  Setiap menu mempunyai pelbagai variasi untuk dipilih pelanggan.

Mulakan hari anda dengan sesuatu yang enak di Rasa Utara sama ada dengan  sepinggan mi goreng telur, roti bakar atau semangkuk mi sup panas yang pasti menjadikan anda lebih positif dan gembira untuk memulakan hari anda.

Jika tidak berkesempatan, anda boleh mencuba menu hidangan utama yang terdiri daripada hidangan klasik negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia seperti kari ikan, daging masak hitam dan ayam nyonya Penang untuk makan tengah hari.

Kredit: estamysite.com

Selain itu, anda juga boleh memesan hidangan bersayur untuk menyeimbangkan lagi diet anda. Di Rasa Utara, terdapat pelbagai pilihan sayur untuk anda cuba seperti taufu goreng sos Thai, pucuk paku masak lemak dan terung goreng sambal.

Jika anda ingin pergi ke Rasa Utara untuk minum petang bersama rakan-rakan dan ahli keluarga, anda tidak akan berasa kecewa melihat pilihan menu yang disajikan. Walaupun ringkas, Rasa Utara tahu keinginan minum petang pelanggan mereka. Oleh itu, mereka hanya menawarkan tiga hidangan minum petang yang pasti popular dalam kalangan pelanggan mereka iaitu hidangan nasi lemak, kuih-muih tradisional dan juga mi siam bungkus.

Pasti anda memikirkan menu yang pelbagai seperti ini diletakkan harga yang mahal. Berita baik untuk anda! Rangkaian harga makanan di Rasa Utara adalah berpatutan dan bersesuaian dengan saiz hidangan dan rasa makanan yang disediakan dengan penuh kasih sayang untuk anda. Dengan RM 15, anda dapat menikmati hidangan lengkap yang pasti mengenyangkan perut anda.

 

Kredit: eyzamiel.com

Promosi, Promosi, Promosi!

Bermula dari 15 Ogos hingga 17 September 2017, anda berpeluang untuk mendapatkan promosi 60 Minit Merdeka Rasa Utara. Dengan setiap pembelian makanan, anda akan mendapat air percuma. Syaratnya, anda perlu datang ke mana-mana cawangan Rasa Utara di seluruh Malaysia antara pukul 1-2 pm semasa waktu makan tengah hari untuk mendapatkan promosi ini.

Anda boleh memilih apa-apa minuman daripada 33 jenis minuman yang tersenarai dalam menu Rasa Utara sepanjang promosi ini berlangsung. Jadi, apa tunggu lagi? Serbulah cawangan Rasa Utara terdekat untuk dapatkan promosi ini!

 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi restoran cawangan Mid Valley melalui cara-cara di bawah:

M: +603-22013258 / 03-22820749
A: LG 049 & 050, LGF, MId Valley Mega Mall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
FB: https://www.facebook.com/rasautara
IG: https://www.instagram.com/rasautara/
E: info@rasautara.com.my
W: rasautara.com.my

 

print
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More