Pengalaman Nasi Kandar Sebenar di Tajuddin Hussain

Pengalaman nasi kandar anda sentiasa tidak memuaskan? Pastinya, anda tidak tahu tempat yang betul untuk mendapatkan makanan mamak yang sedap dan sihat. Tiada tempat lain untuk anda dapatkan nasi kandar yang asli, enak, kaya dengan rasa dan berlemak kecuali di Pulau Mutiara, Pulau Pinang. Namun begitu, tidak semestinya semua kedai nasi kandar yang anda kunjungi itu sedap kerana bukan semua kedai nasi kandar dibuka oleh penduduk asli Pulau Pinang. Oleh itu, anda perlu bertanya sendiri kepada penduduk Pulau Pinang tempat yang menyediakan makanan enak secara konsisten, unik dan berbeza daripada kedai-kedai nasi kandar lain.

Jawapan mereka satu sahaja;

Nasi Kandar Tajuddin Hussain

Kredit: Migrationology.com

 

Kredit: Jasduit.com

 

Tajuddin Hussain menjadi pilihan utama penduduk setempat untuk menikmati nasi kandar yang enak kerana pilihan menu yang biasa dihidang di rumah dengan menggunakan resepi-resepi warisan Pulau Pinang yang sukar untuk ditemui di restoran-restoran lain lain di Pulau Pinang. Selain itu, masakan-masakan yang ditawar di restoran ini menggunakan bahan makanan yang unik seperti burung merpati, angsa, puyuh dan ayam belanda.

Orang ramai sentiasa berpusu-pusu ke Tajuddin Hussain untuk merasai makanan tersebut kerana tempat duduk dan kuantiti makanan yang terhad membuatkan hidangan nasi kandar di restoran tersebut lebih istimewa.

Kredit: dyllarezan

Jika anda berpeluang untuk mengunjungi Pulau Pinang, anda bolehlah menyinggah ke Tajuddin Hussain dan merasai sendiri hidangan istimewa Tajuddin Hussain dan mengenali identiti sebenar Pulau Pinang menerusi hidangan angsa masak ros, kari puyuh dan dalca ayam belanda. Namun begitu, pastikan anda hubungi dahulu Hussain Tajuddin dan bertanya sama ada masih ada tempat, makanan dan yang paling penting, kedai tersebut dibuka. Caranya mudah saja, masukkan nombor telefon dan alamat di bawah:

A: 49 & 51 Lebuh Queen,
George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
T: +60 4-262 5367
print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.