Kuih Paling Sedap di Kuala Lumpur Hanya di Sini

Butterkicap kembali lagi dengan senarai tempat yang menjual kuih paling sedap untuk anda dapatkan makanan yang berkualiti dan pastinya enak!

Sebelum ini, kami telah berkongsi tentang tempat-tempat untuk anda dapatkan snek pisang goreng yang paling masyuk di Kuala Lumpur dan harapnya, senarai kami membantu anda menjimatkan masa dan minyak memburu pisang goreng.

Selain daripada pisang goreng, apa lagi yang penduduk di bandaraya Kuala Lumpur cari? Semestinya kuih Malaysia klasik yang sedap! Oleh itu, gunakanlah panduan lokasi kuih paling sedap untuk anda cuba di sekitar Kuala Lumpur.

 

Lean’s Cafe

Kuih paling sedap
Kredit: Pinterest.com

Berdasarkan nama kedai ini, anda tidak akan sangka bahawa kedai ini merupakan kedai yang khusus menjual makanan ala Cina yang halal. Ya, betul apa yang anda baca itu!

Memang mudah untuk mendapatkan hidangan makanan Cina yang halal di Kuala Lumpur tetapi kuih tradisional Cina yang halal? Memang sukar. Di Lean’s Cafe, anda diberi pilihan beraneka jenis seperti hidangan bubur manis seperti bubur cha cha dan bubur pulut hitam ke snek seperti karipap, bebola bijan, kek lobak putih dan semestinya pau kukus!

Teringin? Jangan lupa singgah Atria Shopping Gallery, Damansara Jaya untuk menikmati hidangan di Lean’s Cafe.

A: 78, Jalan SS 22/25, Ss 22, 47400 Petaling Jaya, Selangor (C36, Level C, Atria Shopping Gallery)
T: +6012-652 0996
FB: https://www.facebook.com/leansrestaurant/
Peta:

 

A’Han Nyonya Kuih

Kuih paling sedap
Kredit: Facebook.com

Lokasi kuih paling sedap seterusnya semestinyalah A’Han Nyonya Kuih. Memang tak sah kalau kedai ini tidak dimasukkan dalam senarai ini. Mana tidaknya? Semua orang tahu bahawa kedai inilah menjadi tumpuan penduduk bandar untuk hilangkan rasa mengidam mereka untuk kuih tradisional sedap.

Di sini, anda pasti akan menjadi rambang mata kerana terlalu banyak kuih yang ditawarkan untuk anda pilih. Meskipun persekitaran kedai tidak secantik kafe-kafe hipster tetapi sekali anda rasa kuih angku, pulut tai tai dan juga kuih sago di sana, anda takkan mahu keluar kedai itu langsung.

Kenapa A’Han Nyonya Kuih menjadi pilihan ramai? Hal ini demikian kerana kuih-kuih tersebut disediakan sendiri oleh Puan Lim iaitu pemilik kedai tersebut. Mana nak sama rasa air tangan dengan mesin, kan?

A: 16, Jalan 21/22, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor
T: +603-7874 4169
Peta: 


My Little Cake Shoppe, Pasar TTDI

Kuih paling sedap
Kredit: Facebook.com/MyLittleCakeShoppe

Kalau anda seseorang yang hanya sukakan kuih Melayu, anda pasti sudah lama tak merasa makan kuih tradisional yang betul-betul sedap, kan?

Anda kini boleh melempiaskan rasa kempunan kuih anda di Pasar Moden Taman Tun Dr. Ismail. Di sana, ada sebuah kedai kecil yang dibuka sejak tahun 1992 lagi yang menjual kuih tradisional Melayu.

Kedai yang diuruskan oleh ibu-anak ini terkenal dengan pilihan kuih yang sedap seperi kuih bakar pandan, kuih talam pandan dan kuih kosui. Sekali makan, memang puas dan boleh buat mata berair.

A: Level 2, TD 96A, Pasar Besar TTDI. Kuala Lumpur, Malaysia
T: +603-7727 5648
Peta:


Cute-Cute Angku Kueh

Kuih paling sedap
Kredit: naturallycurlye.com

Alamak, kuih dah habis! Di Kuala Lumpur, dengan keadaan jalan yang sikit-sikit sesak, memang mustahillah untuk anda sampai tepat pada masanya untuk dapatkan kuih angku yang anda dah lama tunggu nak makan.

Sekarang tak perlu tunggu lagi! Anda boleh buat pesanan dengan Cute-Cute Angku Kueh. Bagi yang tak tahu apa itu kuih angku, kuih itu ialah kuih yang berbentuk seperti cangkerang kura-kura dan selalunya berwarna-warni. Walaupun bentuknya seperti cangkerang tetapi kuihnya lembut sahaja.

Sekarang tak perlu berebut lagi. Cuma telefon, buat pesanan dan ambil!

A: Block P/F, 101, Lorong Kaskas, Taman Cheras, 56100 Kuala Lumpur
T: +6016-394 0737
FB: https://www.facebook.com/CuteCuteAngkuKueh/
Peta:

 

Kuih Restoran Nam Chuan, Lucky Gardens Bangsar

Lokasi kuih paling sedap yang seterusnya ialah milik Encik Lee Yeok Choi yang sudah berniaga kuih tradisional di Lucky Gardens selama 40 tahun.

Gerai beliau dibuka pada pukul 3 petang setiap hari tetapi jangan datang lewat kerana kuih beliau habis dengan cepat. Dengan pilihan kuih yang pelbagai, ramai yang berpusu-pusu beratur untuk mendapatkan kuih beliau.

A: 2-4 Lorong Ara Kiri, Lucky Garden, Kuala Lumpur
Peta:


Gerai Kuih Jalan Radin Anum 1

Kuih paling sedap
Kredit: aziekitchen.com

Bagi peminat kek ubi keledek, jangan melepas peluang untuk ke gerai kuih Jalan Radin Anum 1 untuk mendapatkan kuih ubi keledek yang gebu dan lembut.

Tiada sesiapa akan berasa sedih lagi selepas merasai kuih ubi keledek di gerai tersebut. Kenapa pula? Rasa keledek yang manis dan dimakan sekali dengan kepala parut. Memang cukup lemak dan ‘gu’ gabungannya.

A: Jalan Radin Anum 1, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur
Peta:

Imbi Nyonya Kuih, Jalan Imbi

Kuih paling sedap
Kredit: travelopy.com

Lokasi terakhir dalam senarai ini ialah gerai yang diurus oleh satu pasangan warga emas di hadapan Restoran Win Seng. Gerai mereka hanya dibuka selama 3 hari dalam seminggu dan kuih-muih mereka memang laris!

Mereka membuat kuih-muih yang dijual sendiri dan antara kuih yang boleh didapati ialah kuih talam, kuih sagu, kuih lapis dan juga kek keledek.

A: 183, Jalan Imbi, Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Peta:

Jadi, bagaimana? Adakah senarai kami cukup komprehensif? Jika anda tahu tempat lain yang menjual kuih paling sedap di Kuala Lumpur, jangan lupa untuk tangkap gambar dan berkongsi dengan kami menerusi hashtag #butterkicap di IG ataupun laman Facebook anda.

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.