Katering Rumah Terbuka Raya bagi yang Malas Masak

Katering rumah terbuka yang disenaraikan Butterkicap sedia menyelamatkan dilema rumah terbuka!

Kredit: Pak Idrus

“Abang, minggu depan open house rumah kita, nak masak apa, ya?”

“Ala, apa susah, panggil katering sajalah”

 

Apa yang susah? Kepada mereka yang sering kali memanggil katering bagi rumah terbuka mereka pasti mengetahui bertapa sukarnya untuk memanggil katering bagi rumah terbuka. Bukan sahaja kita tidak mengetahui jikalau makanan mereka sedap malahan ada kalanya harga yang diberikan agak mahal daripada bajet yang telah kita simpankan bagi majlis rumah terbuka.

Saya memahami masalah yang sering kali anda hadapi dan oleh sebab itu saya telah memutuskan untuk menolong anda dari segi menyenaraikan perkhidmatan katering rumah terbuka yang membuat perkhidmatan bagi rumah terbuka Hari Raya yang terdapat di sekitar lembah klang. Jadi, bagaimana kita memilih perkhidmatan katering? Jangan risau, hanya lihat senarai katering dibawah dan buatlah keputusan dengan cermat.

 

Ini Dia Senarai Katering Rumah Terbuka yang Enak…

1. D’Ara Catering Service

Credit: daracatering.com

Mereka yang menduduki di kawasan selangor, anda boleh cuba D’Ara Catering yang membuat tawaran harga dari RM25 hingga RM35. D’Ara menawarkan pelbagai jenis pilihan makanan daripada ketupat hingga ke nasi tomato. Bagi mereka yang menduduki kawasan lembah klang, D’Ara Catering akan menghantar makanan tersebut ke tempat anda tanpa caj pengangkutan. Selain itu, mereka turut menyediakan perkhidmatan kanopi serta fotografi kepada yang memerlukannya. Hubungi mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

A: Lot 1029, Jalan Cempaka, Kayu Ara Damansara, Selangor Darul Ehsan
T: +6019 336 0324 (Zairul)
F : Dara Catering
W: www.daracatering.com

2. Tasty Touch Catering

Kredit: tastytouch.com

Katering Tasty Touch menawarkan pelbagai jenis makanan terutama juadah bagi rumah terbuka bagi hari Raya. Syarikat yang sudah berjinak dengan dunia katering lebih dari 6 tahun ini akan merancang makanan berdasarkan bajet anda dan memastikan agar makanan yang dihidangkan hanyalah makanan yang enak. Antara menu untuk rumah terbuka dari syarikat ini ialah Nasi lemak, nasi ayam, ayam percik dan pelbagai lagi. Tasty Touch menawarkan harga dari RM27 hingga RM42. Untuk melihat pemilihan menu serta berhubung dengan mereka, anda boleh lihat butiran di bawah.

A: H59-G, Jalan TKS 4, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
T: 016 4096 080 / 019 3337 456
F : Tasty Touch
W: www.tastytouch.com.my

 

 

3. Katering Laziez

Kredit: Facebook/Laziez Catering

Kepada mereka yang menginginkan hidangan tradisional, maka katering Laziez merupakan katering tersebut. Syarikat katering ini telah ditubuhkan sejak tahun 2010 dengan moto “Raikan Rasa, Raikan Kehidupan”.  Katering Laziez menawarkan harga yang berbeza mengikut bajet dan juga selera anda, harga bermula dari RM17.50 (pakej A), RM23.50 (pakej B) dan RM28.50. Ketiga-tiga pakej yang berbeza ini menawarkan pelbagai jenis makanan daripada nasi tomato yang digandingakan dengan ayam masak merah bagi pakej A hinggalah ke Nasi hujan panas yang diikuti dengan daging masak hitam. Butiran mereka boleh didapat di bawah.

A: 3365 Jalan 18/31, Taman Sri Serdang ,43300 Seri Kembangan, Selangor
T: +603 8959 9490 (Pejabat) / +6019 251 9490 (Jakfar) / +6019 315 1515 (Iza)
W: Laziez Catering
F: www.laziezcatering.com

 

4. Katering Yapaf Kulaan

Credit: pakej-kahwin-lengkapkl.blogspot.my

Katering Yapaf Kulaan merupakan salah satu syarikat katering yang boleh anda hubungi jikalau anda berada di kawasan Batu Caves. Syarikat yang telah ditubuhkan sejak tahun 1996 menyediakan perkhidmatan katering, Kafe dan juga restoran. Syarikat ini telah bergiat aktif dalam menjalankan perkhidmatan katering beliau bagi jabatan dan syarikat korporat serta menyediakan pakej perkahwinan dan juga pakej bagi majlis terbuka. Harga yang telah diberikan adalah berpatutan iaitu dari RM18 hingga RM42. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut sila ikuti butiran di bawah.

A: Wisma Kulaan, No. 24, Jalan 22, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor
T: +603 6135 2207
F : Yapaf Kulaan
W: www.yapaf.com.my

 

5. ISDA Catering

Kredit: Facebook/ISDACatering

Mereka yang berada di kawasan Rawang, anda boleh cuba riki- riki ISDA Catering. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan katering bagi majlis perkahwinan dan juga bagi majlis rumah terbuka Hari Raya. Bagi mereka yang memerlukan PA sistem, ISDA Catering turut menyediakan perkhidmatan tersebut ( Yang suka berkaroke tu, bolehlah riki-riki katering ini). ISDA turut menyediakan perkhidmatan kambing golek yang disertakan dengan coleslaw atau salad. Terdapat 6 pakej bagi perkidmatan rumah terbuka Aidilfitri iaitu dari harga RM10.90 hingga RM28.90. Jika mahu tahu lebih lanjut, lewati laman sesawang mereka.

A: D11-2, Jalan Reef 1/3, Pusat Perniagaan Reef, 48000 Rawang, Selangor
T: +6017 302 8209 (Cik Ashmeeme) / +6010 435 6810 (Pn Ashidah) / +6014 366 3858 (General)
F : ISDA Catering
W: www.isdacatering.com

 

Itulah merupakan senarai katering rumah terbuka yang menyediakan perkhidmatan katering bagi majlis terbuka hari Raya aidilfitri. Teliti satu per satu dengan pilihan yang mengikut bajet anda. Ingat, lagi meriah makanan anda lagi meriah rumah terbuka anda.’

Sekejap!

Tetamu yang dijemput kesemuanya mementingkan kesihatan mereka? Jangan risau, dapatkan saja petua mengadakan rumah terbuka yang sihat.

 


Artikel Lain:

Menu Hari Raya Cemas: Cara Mengatur Majlis Hari Raya jika Tiada Katerer atau Anda Ingin Lakukannya Sendiri

6 Resepi Minuman Mudah untuk Raya dan Majlis Istimewa

10 Katering Sajian Melayu Berbaloi Anda Boleh Tempah

print
Y. Helmy
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Access Token is invalid, please get it again