Hampa Rugi Tak Cuba 8 Snek Paling Ummph Kat Pulau Pinang Ni

Kredit: agirleatsworld.com

Kalau mai Pulau Pinang, hampa tau mai makan nasi kandaq ja. Kat Pulau Pinang ni, ada banyak benda makan lagi hampa boleh cuba sambil jalan-jalan naik beca keliling Padang Kota. Kalau haghitu, kami ada kongsi tulisan  dalam omputih pasai klise oghang luaq mai pulau, “From the Mouth of a Penangite: A Student’s Guide To Eat in Penang“. Sekarang, kami nak habaq benda yang hampa boleh jumpa kat Penang saja dan rugi sangat kalau hampa tak cuba. Jadi, kami tak mau ceghita panjang, jom tengok apa makanan yang syok makan kat pulau mutiara ni.

 

Snek 1 – Pasembur

Kredit: holidaysinmalaysia.org

Kami pun tak tau pasai apa kalau mai Pulau Pinang, hampa wajib ghasa pasemboq kami. Pasemboq ni macam versi salad utaghalah kira. Dalam pasemboq ni, depa letaklah timun, ubi, taukua, tauge, ketam pedas, sotong goreng dan dihidang sekali dengan kuah pedaih. Memang terangkatlah makan. Kalau kat negeri lain, pasemboq ni depa panggil rojak. Sebab tulah ada masalah sikit bila hampa yang mai dok mintak rojak. Sebab rojak kat kami maksud dia rojak buah.

Mana nak dapat?
Medan Selera Taman Brown, Jalan Perak, 10400 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

 

Snek 2 – Cendol

Kredit: blogspot.com

Bila hampa mai jalan-jalan kat Penang, banyak tempat hampa kena jalan kaki sebab loghong-loghong semua kecik haluih sampai kereta tak celuih nak lalu. Dah jalan, memang bawah panaih la. Kalau rasa penat dan dahaga, ha, ni kami nak habaq hampa boleh cuba pekena cendol semangkuk. Pasti hilang haus tu. Cendol ni ada kacang merah, santan, ais, cendol (mi warna hijau tu), pulut dan gula merah. Memang segaq mata kalau pekena cendol ni. Tapi, cendol ni susah jugak nak buat. Rasa manih dengan lemak santan tu kena cukup rasa kalau tak, memang tak jadilah.

Mana nak dapat?
Penang Road Famous Chendol, 27, Lebuh Keng Kwee,
10100 George Town, Penang.

 

Snek 3 – Rojak

Kredit: PiMaiCafe@BandarSriDamansara

Kalau tadi kat ataih, kami ada sebut pasai pasemboq dan macam mana selalu timbul salah faham bila oghang luaq dok panggil pasemboq ‘rojak’. Nilah dia sebabnya. Kalau kat Penang, rojak ialah buah yang dipotong dan diletakkan kuah rojak pedas (yang warna hitam ada kacang tu) kat ataih. Memang sedap makan petang-petang ambik angin kat Padang Kota mahupun di tepi pantai Batu Feringghi.

Mana nak dapat?
G.P. Soon Rojak (孙翊徒啰吔), Gerai 39, Gurney Drive Hawker Centre, 172, Persiaran Gurney,
10250 George Town, Penang.

 

Snek 4 – Chee Cheong Fun

Kredit: blogspot.com

Bagi peminat masakan Cina, ni dia snek yang hampa mesti mau cuba. Nama Chee Cheong Fun ni maksud dia rupa dia sama macam usus haiwan tapi depa tak guna pun usus betoi, jangan hampa dok kalut tak tentu pasai pulak. Kulit tu diperbuat daripada tepung beras dan inti dia pulak ialah daging atau makanan laut. Memang sedap makan dengan sos istimewa dia. Kalau hampa suka makanan masakan ala Cina, Chee Cheong Fun Pulau Pinang wajib hampa cuba. Bagi yang Muslim, ada kedai Chinese Muslim yang juai makanan ni. Rugi kalau tak rasa sekali!

Mana nak dapat?
Seow Fong Lye Café (小蓬莱茶室) (Gerai kat luaq), 94C, Macalister Lane, 10400 George Town, Penang.

 

Snek 5 – Apam Manis

Kredit: staticflickr.com

Ha, bagi yang dok teringin makan penkek semua tapi duit tak cukup, hampa pi cari apom manis. Bukan nak kata apa, apom manis ni lagi sedap daripada penkek-penkek mahai ni. Manis pun tak daklah sampai sakit gigi. Cukup-cukup ja rasa dia. Apom manis ni ialah makanan tradisional masyarakat India. Tapi, sebab rasa dia yang sedap dan lemak manih, semua dok pakat suka makan sebab gabungan tepung beras, gula, teloq dan santan memang cukup magis dekat lidah.

Mana nak dapat?
7, 1, Lorong Kuching, Pulau Tikus, 10350 George Town, Malaysia

 

Snek 6- Putu Mayam

Kredit: blogspot.com

Putu mayam atau putu mayung ni memang istimewa kat warga Penang. Nak tau pasai pa? Sebab sapa yang dah dok lama kat Penang ini, kami makan putu mayam setiap masa, baik masa raya, masa lapaq, masa teringin, sentiasalah. Ada yang suka makan putu ni dengan kelapa parut goi dengan gula melaka dan ada yang suka makan dengan kuah hati ataupun gulai daging.

 Mana nak dapat?
Gat Lebuh Macallum, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

 

Snek 7 – Tiram Goreng

Kredit: pressonline.com

Tiram goreng ni memang terkenal dekat Penang ni. Anthony Bourdain pun mai jauh semata-mata nak rasa snek jalanan istimewa kat Penang ni dalam rancangan “No Reservations Asia”. Apa yang istimewa pasai tiram goreng ni ialah kena ada skil untuk sediakan hidangan ni supaya cukup rasa. Tiram akan digoreng dengan tepung ubi, teloq, daun ketumbar dan bawang putih yang dicincang. Memang sedap makan dengan sos pedas ataupun dengan nasi panas. Tak sama kut rasa tiram goreng kat Penang dengan kat tempat lain. Tak percaya? Mailah Penang.

Mana nak dapat?
Sea Pearl Lagoon Café (海珠嶼海鮮), 338, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjong Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Penang.

 

Snek 8 – Sup Kambing dengan Roti Benggali

Kredit: blogspot.com

Ini dia snek paling sinonim dengan Pulau Pinang. Tak sah hampa mai turun jauh-jauh dan tak rasa hidangan ringkas ni. Oghang Penang kalau lapaq depa cari roti benggali ja. Oleh sebab oghang Penang memang raja mencicah roti dengan segala macam kuah, jadi wajiblah kami sebut hidangan ini dalam penulisan kami kali ini. Pecah ayaq liuq teringat roti benggali hangat-hangat cicah dalam sup berempah. Memang terangkat jari!

Mana nak dapat?
Restoran Sup Hameed, 48, Jalan Penang, 10000 George Town, Penang.

 

Ha, hampa setuju tak wahai oghang Penang dengan apa kami tulih kat sini. Sebenaqnya, makanan kat Penang ni dah ada kat merata-rata tempat kat Malaysia nih. Beza dia cuma pada rasa saja. Nak kata kat Penang tempat asli, tak jugak. Apapun, kita sebagai rakyat Malaysia kekal bersepakat dan bermuafakat dalam makanan dan warisan kita, ya. Haghap perkongsian kami ini bukaklah mata hampa sikit.

 

print
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More