Al-Kisah Kuih Raya: 1001 Ceritera Dongeng

Al-kisah kuih raya buat anda yang gemarkan cerita dan kisah-kisah mitos.

Kredit: foodplatter.info

Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum hari yang ditunggu-tunggu oleh semua kaum muslimin dan musliman di Malaysia iaitu kedatangan bulan Syawal bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, saya turut merasakan bahawa anda semua pasti tidak sabar-sabar untuk mencuba pelbagai kuih raya yang berada dalam balang di rumah anda, tetapi, sebelum itu, tahukan anda akan sejarah kuih-kuih tersebut dan bagaimana kuih-kuih ini mendapat nama yang diberi? Ikuti cerita di bawah dan hiburkanlah hati anda sementara menunggu ketupat siap dianyam.

(*AMARAN: Berikut merupakan cerita lawak yang memerlukan anda untuk banyak-banyak bersabar kerana ianya tidak menggunakan fakta tetapi hanyalah khayalan penulis semata-mata.)

 

Al-Kisah Kuih Raya 1 – Perit, Perit, Kuih Semperit

Kredit: reenkhan7067.blogspot.com

Kepada peminat Kuih Raya, anda pasti mengetahui bertapa popularnya kuih ini pada setiap tahun Hari Raya. Nama kuih semperit ini diambil daripada cerita seorang makcik pembuat kuih raya. Ceritanya bermula apabila mak cik pembuat kuih raya ini ingin membuat kuih raya bagi satu tahun di mana kebanyakkan rakyatnya berada dalam keadaan yang sempit dan perit kerana kegawatan ekonomi yang melanda dengan teruk. Oleh kerana mak cik ini kesian melihat rakyat di sekelilingnya, maka beliau telah membuat satu jenis kuih yang menggunakan bahan-bahan yang murah serta mudah didapati agar rakyat di negara tersebut dapat membelinya dan menyambut hari raya. Mak cik ini kemudian menamakan kuih ini KUIH SEMPERIT berdasarkan kepada keadaan semasa rakyat di sekeliling mak cik tersebut yang berada dalam keadaan yang sempit serta perit.

 

 

Al-Kisah Kuih Raya 2 – Bersaranglah, Kuih Sarang Semut

Kredit: dessertiniSG

Mereka yang menyukai sesuatu yang rangup, sudah tentunya anda mengetahui akan kuih raya yang bernama sarang semut. Cerita nama sarang semut bermula di sesuatu lokasi pedalaman di Malaysia. Cerita ini bermula dengan seorang kanak-kanak yang mengemari bermain dengan semut-semut di rumahnya. Kanak kecil ini berupaya untuk berkomunikasi dengan semut ini dan telah meminta semut ini untuk menunjukkan cara semut ini membuat sarangnya. Ibu kepada kanak-kanak tersebut bakal menyertai pertandingan membuat kuih raya yang kreatif dan telah buntu cara untuk membuat kuih raya yang kreatif. kanak-kanak tersebut telah membantu ibunya dengan mereka bentuk kuih dari ilham sarang semut. Oleh kerana kuih tersebut mempunyai bentuk yang unik, ibunya telah menang dan kuih sarang semut telah diberikan kepada nama kuih tersebut.

 

Al-Kisah Kuih Raya 4 -Berlapis-Lapis, Kuih Lapis

Kredit: seasaltwithfood.com

Kuih lapis merupakan salah satu kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Lapisan manis dan tawar kuih lapisan adalah sebab kuih ini sedap dimakan namun tahukan anda akan bagaimana kuih ini mendapat namanya? Kuih lapis mendapat namanya daripada seorang budak lelaki di salah satu negeri di Malaysia. Ceritanya bermula sebegini. Pada suatu hari terdapat seorang budak lelaki yang suka melihat masyarakat Malaysia. Beliau berkata bahawa semua lapisan masyarakat di malaysia memerlukan antara satu sama lain. Hasil daripada pemerhatiannya lahirnya ideanya untuk membuat kuih lapis yang mewakili masyarakat di Malaysia. Kuih lapis adalah seperti masyarakat di malaysia, ada yang manis dan ada yang tawar namun begitu mereka memerlukan antara satu sama lain bagi menghasilkan sesuatu yang enak ataupun yang baik.

 

Al-Kisah Kuih Raya 5 – Makmurlah Kuih Makmur

Kredit: foodtolove.au

Kuih makmur mempunyai cerita yang agak menarik dari segi penamaan kuih ini. Pada suatu ketika dahulu, salah sebuah kerajaan di Malaysia hidup dalam keadaan yang kurang tenteram di mana terdapat pergolakkan dalam kerajaan tersebut serta perbalahan dalam segala keputusan. Ketua kerajaan yang baharu di lantik merupakan seorang yang pandai dan telah meminta pertolongan pawang yang kuat di kerajaan tersebut. Beliau meminta pawang tersebut untuk menghasilkan sejenis bahan yang boleh memakmurkan keadaan negeri yang kian bergolak. Pawang yang pandai ini telah mencipta sejenis makanan dalam bentuk bulatan dan kemudian pawang ini telah menyuruh ketua ini untuk memberikan kepada setiap anggota yang berbalah dalam kerajaan tersebut. Tanpa melengahkan masa beliau telah membuat perkara yang disuruh oleh pawang tersebut dan secara magiknya keadaan kerajaan menjadi lebih tenteram dimana tiada lagi perbalahan serta pergolakan yang boleh menghancurkan kerajaan tersebut. Sejak itu, kuih itu telah dinamakan kuih makmur sempena kebolehan kuih tersebut memakmurkan kerajaan negeri tersebut.

 

Al-Kisah Kuih Raya 6 – Seri-Seri, Kuih Seri Muka

Kredit: simplefoodtoeat.blogspot.com

Sejarah nama kuih seri muka bermula dengan seorang gadis. Gadis ini dikelilingi oleh kakaknya yang cantik dan diminati ramai. Walaupun rupa paras gadis ini cantik seperti kakaknya namun beliau tidak mempunyai seri muka seperti kakaknya. Oleh kerana ingin menjadi kakaknya, beliau telah merantau dengan jauh agar dapat mempelajari cara-cara untuk menaikkan seri muka beliau. Beliau telah tiba di suatu perkampungan dimana mereka membuat sejenis kuih daripada pulut. Penjual kuih pulut ini telah memberikan kepada beliau kuih tersebut dan semakin banyak kuih yang dimakan beliau, beliau merasakan sesuatu yang pelik sedang berlaku. Beliau amat terkejut apabila beliau melihat cermin dan mendapati muka beliau berseri-seri seperti pantulan cahaya matahari, beliau kemudian membawa balik kuih tersebut dan menamakan kuih tersebut sebagai kuih seri muka hasil daripada meningkatkan seri muka beliau.

 

Al-Kisah Kuih Raya 7 – Siput-Siput Kuih Siput

Credit: iresipi.com

Kuih siput telah bermula di suatu kawasan pertanian di Malaysia. Seorang petani dan isterinya sedang menguli bahan-bahan untuk dijadikan kuih bagi menyambut hari raya yang bakal menjelang pada keesokan harinya. Oleh kerana mereka tinggal dalam keadaan yang daif, mereka harus menggunakan segala jenis bahan yang mereka boleh jumpa untuk dijadikan sebagai kuih raya. Semasa si isteri membuat kuih, beliau terlihat seekor siput sedang berjalan dengan lambatnya di hadapan beliau dan semasa itu beliau mendapat inspirasi untuk membuat kuih seperti bentuk siput. Apabila jiran-jiran mereka datang ke rumah untuk beraya mereka sangat terpegun dengan rupa bentuk kuih tersebut dan bertanya kepada petani dan isterinya inspirasi kuih tersebut. Sejak daripada itu, kuih siput telah menjadi rebutan ramai di Malaysia.

 

Pada mereka yang membacanya sehingga habis, terima kasih kerana melayan cerita khayalan saya sementara menunggu ketupat ibu saya siap dimasak. Ketahuilah bahawa cerita-cerita di atas hanyalah cerita dongeng yang dibuat mengikut imaginasi seorang penulis. Secara terus terangnya, artikel ini telah ditulis bagi memperkenalkan kuih traditional kepada pembaca serta dengan visualnya kerana kebanyakan daripada kita pada masa sekarang kurang pasti jenis-jenis kuih serta bentuk rupa kuih tersebut. Jadilah rakyat Malaysia yang dapat mengetahui perbezaan kuih-kuih tersebut agar kuih ini dapat hidup pada generasi yang akan datang.

Bak cakap orang muda-mudah pada masa kini, Mat Ri Ya.

 


Artikel Lain:

Rahsia Nama-Nama Kuih Raya Dibongkar!

Lagu Raya Pasal Makan? Mestilah Ada!

10 Pick-Up Line Raya untuk Hari Lebaran Ini

print
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.