13 Kedai Snek Lembah Klang Anda Mesti Cuba

Rakyat Malaysia gemari makanan sehingga kita sanggup bertempur jam yang lama dan panjang demi mencuba makanan tersebut.

Semangat kita mencuba makanan tersebut tidak kira hujan, lecak atau banjir, kita tetap sanggup menempuhi segala halangan tersebut bukan sahaja untuk mencuba makanan malahan menyakitkan hati rakan instagram kita.

Tanpa melengahkan masa, kami menyeneraikan 15 kedai snek yang mesti anda cuba di Lembah Klang.

 

1. Chunburi Seafood, Kampung Baru

Kredit: kaki.sini.com.my

Chonburi Seafood di Kampung Baru merupakan salah satu tempat yang anda boleh dapati pelbagai jenis snek. Snek di sini bukan dalam bentuk kacang goreng namun lebih kepada kuih melayu.

Kepelbagaian jenis kuih traditional yang terdapat di sini pasti membuat anda tidak keruan. Selain itu, kami juga pasti anda akan rambang mata dan akhirnya membeli setiap kuih satu untuk mencubanya.

A: Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

 

2. Kueh Café, Shah Alam

Kredit: mrhasifrahman.blogspot.my

Kueh Café ialah satu kedai snek yang mengkhususkan sajian pelbagai kuih muih tradisional yang terletak di Shah Alam. Kuih seperti kuih lapis, kuih sri muka dan kuih talam disusun dengan cantik bagi menarik perhatian anda.

Selain daripada menjual pelbagai jenis kuih yang menarik lagi sedap, mereka turut menjual makanan berat seperti nasi hujan panas dan nasi kerabu. Bubur cha cha dan bubur pulut hitam juga dijual oleh mereka.

A: Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

 

3. Jalan Alor Yao Char Kuey, Bukit Bintang

Kredit: topsy.one

Walaupun ianya digelar Jalan Alor Yao Char Kuey, tempat di terletak di Bukit Bintang berhadapan dengan restoran Dragon View.

Penjual telah berada di tempat yang sama sejak tahun 80an dan sehingga sekarang merupakan salah satu tempat yang dicari-cari oleh rakyat Malaysia untuk menikmati Yao Char Kuey yang merupakan hidangan popular mereka.

Peminat Yao Char Kuey boleh singgah di sini dan menikmati yao char kuey yang lembut serta garing.

A: Changkat Bukit Bintang (Berhadapan Restoran Dragon View)

 

4. Ding Heong Golden Apam Balik, Pudu

Kredit: eyeni.info

Senarai seterusnya khas bagi peminat apam balik. Ding Heong Golden Apam Balik ialah satu kedai snek yang terletak dalam food truck dan terletak di Jalan Landak, Pudu.

Apa yang membezakan apam balik ini dengan apam balik yang lain terdapat di Lembah Klang? Apam Balik Ding Heong mempunyai pelbagai perasa dan antara perasa yang sangat sedap ialah apam balik dengan campuran Nutella dan kacang.

Kelainan ini menyebabkan food truck ini sering kali diserbu oleh orang ramai bagi merasa keranggupan apam baliknya.

A: Jalan Landak (Berhadapan dengan Kedai Kopi Golden Celebrated House), 55100 Pudu, KL

 

5. Kedai Makan Goreng, Petaling Jaya

Kredit: eatdrinkkl.blogspot.my

Peminat karipap, kedai snek ini adalah untuk anda. Karipap bukan sahaja ranggup tetapi dipenuhi dengan inti yang memuaskan pasti mengembirakan anda.

Adik beradik Adeline dan Fong Yong telah menjalankan gerai ini sejak tahun 70-an. Karipap yang berukuran gigitan dengan kari serta kentang kering mampu membuat hari-hari anda bahagia.

Tetapi ingat bahawa karipap bersaiz kecil ini akan hilang dengan satu gigitan maka belilah dengan kadar yang banyak agar diri anda puas.

A: Gerai No 4, Jalan 21/29 Taman Laut Petaling Jaya 55200

 

6. Uncle Chiam Pisang Goreng, Brickfields

Kredit: quachee.blogspot.my

Pisang goreng merupakan salah satu perkara yang amat sinonim dengan rakyat Malaysia kerana ia merupakan salah satu bahan makanan yang digemari oleh kita. Pisang goreng menjadi ranjutan hati ramai orang dan ia sedap dimakan semasa tengah panas.

Di Lembah Klang, antara tempat goreng pisang yang sedap ialah Goreng Pisang Uncle Chiam. Keseimbangan antara keranggupan serta kemanisan pisang terserlah di kedai snek ini.

Mereka yang berkerja atau berada di kawasan Lembah Klang, haruslah mencuba Uncle Chiam Goreng Pisang kerana anda pasti tidak akan menyesal.

A: Berhadapan YMCA, Di Depan kedai kopi Yit Sieang, Brickfields, KL

 

7. Azmi Goreng Pisang, Shah Alam

Kredit: ahmadsyahmi1312.blogspot.my

Pisang goreng seperti dikatakan sebentar tadi merupakan salah satu bahan makanan yang dikejari ramai orang, makan kami menyenaraikan lagi satu kedai snek goreng pisang yang harus anda cuba.

Azmi goreng pisang terletak di Shah Alam dan mempunyai pelbagai jenis pisang yang digunakan dari pisang tanduk ke pisang nangka.

Setiap gigitan goreng pisang di sini pasti ranggup dengan rasa yang enak. Pisang goreng yang dijual disini habis dengan laju, maka cepat beli dan makan ketika ia masih lagi panas.

A: Jalan Parang Empat 19/8 (Seksyen 19), Shah Alam, Selangor, 40300, Shah Alam, Selangor

 

8. Cendol Sulaiman, Pudu

Kredit: budakletrik.blogspot.my

Cendol Sulaiman yang terletak di Pudu ini merupakan salah satu bahan makanan yang enak dimakan. Kedai snek ini boleh didapati bersebelahan dengan restoran M.S.S Maju.

Ais cendol yang dijual di sini sangat enak dimakan ketika waktu panas yang sebegini dan ramuan yang diletakkan dalam campuran cendol ini pasti membuatkan hati anda gembira.

Selain daripada cendol, kami turut mengesyorkan anda mencuba mee rojak sotong mereka.

A: Sebelah dengan Restoran M.S.S Maju (belakang Market Hall), off Jalan Pudu, 55100 KL

 

9. Keropok Lekor, SS15, Subang Jaya

Kredit: melissathegreat.com

Peminat keropok lekor, nombor 9 adalah untuk anda. Anda mungkin pernah dengar rojak yang popular di SS15, tetapi tahukah anda bahawa mereka turut menjual keropok lekor yang garing dan sedap?.

Keropok lekor yang beraneka ragam pasti membuat anda terliur untuk membelinya. Keropok lekor dari yang nipis hingga ke tebal serta yang mempunyai banyak intinya.

Keropok lekor amat sedap dicicah dengan kuahnya yang meresap ke keropok lekor tersebut.

A:  Jalan SS 15/3B, 47500, Subang Jaya, Selangor

 

10. Rojak Buah, Atria Damansara

Kredit: eatfirstthinklater.blogspot.my

Antara rojak buah yang sedap dan terkenal ini berada di Damansara Jaya. Rojak buah di kedai ini memang amat enak dimakan begitu sahaja dan boleh dikatakan sebagai sejenis salad.

Pemilik gerai ini iaitu Encik Lim, memotong bahan-bahan yang diperlukan untuk rojak dalam bentuk yang kecil dan kemudian meletakkan kuah rojak yang amat sedap. Mereka yang gemari rojak buah boleh mencuba rojak buah yang berdekatan dengan pusat membeli belah Atria.

A: Jalan SS22/19, Damansara Jaya, Petaling Jaya, 47400 (Bersebelahan dengan pusat beli belah Atria)

 

11. Jai Hind, Masjid Jamek

Kredit: onattycan.blogspot.my

Mereka yang gemari snek india yang manis maka anda boleh mencuba jai hind yang terletak berhampiran dengan Masjid Jamek.

Aneka ragam snek india yang manis dari gulab jamun ke palgova pasti membuat anda gembira berada di kedai Punjabi ini. Kami mengesyorkan anda untuk mencuba rasmalai kerana ia merupakan salah satu bahan yang popular di sini.

Selain daripada snek india yang pelbagai, mereka turut menjual susu lembu yang enak dimana anda boleh minum dengan begitu sahaja atau dengan teh tarik.

A: 13 Jalan Melayu, Kuala Lumpur, 50100 (Berdekatan dengan Masjid Jamek)

 

12. Vadai, SS15, Subang Jaya

Kredit: venoth.blogspot.my

Jika anda berada di Subang Jaya dan mencari Vadai yang gebu dan sedap, maka cubalah Vadai SS15 Subang Jaya.

Ulad Vadai berbentuk seperti mini donat ini dibuat dengan tepung dan kemudian dicampur dengan cili halus, bawang, halia, rempah dan goreng dalam. Tidak seperti donat yang manis, Vadai agak masin dengan sedikit pedas.

Selain itu, mereka turut menjual bebola pisang goreng, muruk dan juga bawang goreng. Peminat tegar bahan gorengan dengan rempah pasti akan menyukai gerai ini.

A: Sepanjang Jalan SS15/3B (berhadapan KFC)

 

13. Restoran Yarl, Brickfields

Kredit: venoth.blogspot.my

Restoran Sri Lanka merupakan salah satu restoran  yang kurang di lembah klang. Yarl yang berusia enam tahun di Brickfields ini mengembangakan makanan Sri Lanka di Malaysia.

Dijalankan oleh Tamil Sri Lanka, makanan di Yarl adalah unik kerana ia mengkhususkan diri dalam masakan dari wilayah utara Sri Lanka iaitu masakan Jaffna Tamil.

Kami mengesyorkan anda untuk mencuba rasam yang penuh dengan rasa yang masam serta paal appam yang pasti menyebabkan hati anda gembira.

A: 50 Jalan Padang Belia, Kuala Lumpur, 50470

Dan itulah merupakan jenis-jenis kedai snek yang anda harus cuba di sekitar Lembah Klang. Ia bukan sahaja mampu membangkitkan selera anda, tetapi kedai snek sering manjadi tempat yang bersuasana seni untuk anda ber-Instagram nanti.

print
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.