Jenis Nasi Setiap Rakyat Malaysia Pasti Hidangkan di Rumah

Kredit: says.com

Jenis nasi setiap rakyat Malaysia pasti hidangkan di rumah mereka akhirnya sudah dibongkar oleh Butterkicap. Nasi ialah makanan ruji rakyat Malaysia dan tiada yang dapat menahan diri daripada menikmati sepinggan nasi jika dihidang di hadapan mereka. (Kecuali anda mempunyai citarasa atau dibesarkan sepenuhnya dengan makanan orang Barat) nasi mempunyai nilai yang sama seperti emas di Malaysia dan semestinya makanan pertama yang anda belajar masak ialah masak nasi (Itupun, ramai yang masih gagal memasak nasi yang sempurna).

Nasi merupakan sumber tenaga utama bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Oleh itu, anda sentiasa memilih nasi sebagai hidangan utama untuk sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dan makan lewat malam. Oleh sebab kami faham rasa cinta anda yang mendalam terhadap nasi, kami sediakan beberapa hidangan nasi dari seluruh negara yang lazimnya dihidang di meja makan setiap rumah Rakyat Malaysia untuk anda cuba dan cari.

1. Nasi Lemak

Nasi lemak boleh dikatakan, secara tidak rasmi, sebagai makanan kebangsaan Malaysia. Mana tidaknya, ia jenis nasi yang pelbagai guna kerana boleh dimakan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Nasi lemak klasik menjadi kegemaran ramai. Walaupun ringkas tetapi gabungan rasanya cukup memuaskan sehingga satu pinggan tidak mencukupi. Namun begitu, ada juga yang menggemari nasi lemak mereka dimakan bersama ayam goreng berempah, rendang dan sambal sotong.

 

2. Nasi Kerabu

Kredit: Geocities.ws

Kalau Nasi Lemak ialah makanan kebangsaan Malaysia, Nasi Kerabu ialah makanan rasmi negeri-negeri di pantai Timur. Nasi Kerabu yang asas ialah nasi ulam berwarna biru (dulu diwarnakan dengan bunga. Kini, diwarnakan dengan pewarna), ikan kering, ayam goreng, keropok, solok lada dan kerabu. Rasa Nasi Kerabu adalah sedikit berlainan dengan nasi-nasi yang lain kerana kombinasi rasa yang unik. Nasi Kerabu menjadi kegemaran ramai kerana sukar untuk mencari Nasi Kerabu yang betul-betul enak kerana kemahiran untuk membuat solok lada yang sedap dan mempunyai rasa kombinasi pedas cili dan kelapa berlada.

 

3. Nasi Ayam

Kredit: imgur.com

Nasi Ayam ialah makanan kegemaran semua orang kerana makanan ini menjadi makanan selesa semua bangsa kerana rasanya yang menepati citarasa semua bangsa. Nasi Ayam mempunyai pelbagai asal usul. Ada yang mendakwa bahawa nasi ayam mempunyai asal-usul Melayu dan ada yang mendakwa pula nasi ayam merupakan asal-usul Cina. Walau apapun asal usul nasi ayam ini, nasi ayam menyatukan semua bangsa dalam setiap suapan nasi, ayam, sambal pedas dan kicap.

 

4. Nasi Tomato

Kredit: syapex kitchen

Selain daripada Nasi Lemak, Nasi Tomato juga merupakan pilihan nasi untuk bersarapan. Nasi tomato dimasak dengan memasukkan puri tomato ke dalam nasi untuk perasa dan pewarna bagi nasi. Nasi Tomato bukan sahaja menjadi hidangan pada waktu makan biasa malah untuk masa-masa perayaan juga seperti sambutan hari istimewa. Nasi Tomato sedap dimakan bersama Ayam Masak Merah dan Jelatah Nenas.

 

5. Nasi Briyani

Kredit: thesmartlocal.com

Di negeri-negeri di sebelah Utara menyediakan hidangan Nasi Briyani untuk waktu-waktu istimewa seperti di kenduri-kendara, sambutan hari jadi dan perayaan istimewa.  Nasi Briyani mempunyai masakan pengaruh India dan Arab kerana menggunakan campuran rempah yang dimasak dahulu. Nasi Briyani biasanya dimasak bersama-sama daging lembu, ayam atau kambing supaya aroma dan rasa rempah tersebut diserap ke dalam daging tersebut. Nasi Briyani enak dimakan kosong atau bersama-sama kuah dal.

 

6. Nasi Lemuni

Kredit: Izaham

Nasi Lemuni ialah jenis nasi unik yang sangat terkenal di Pulau Pinang dan sukar untuk ditemui di tempat lain. Nasi Lemuni dimasak bersama-sama daun Lemuni yang memberikan rasa herba dan warna kekelabuan hijau pada nasi tersebut. Seperti Nasi Ulam, Nasi Lemuni memberikan khasiat pada pemakan. Nasi ini lazimnya dimakan bersama kuah sambal tumis dan telur rebus. Keunikan Nasi Lemuni ialah nasi ini sukar untuk ditemui kini dan hanya generasi-generasi tua di Pulau Pinang sahaja yang masih tahu resepi penyediaan nasi ini.

 

7. Nasi Kacang

Kredit: Explorasa

Nasi Kacang merupakan satu lagi warisan masakan masyarakat Pulau Pinang yang semakin dilupakan. Nasi Kacang dimasak bersama kacang dal dan warna kuning nasi itu datang daripada serbuk kunyit yang dimasukkan. Nasi Kacang biasanya dikelirukan dengan Nasi Kunyit kerana warna dan teksturnya yang sama. Nasi Kacang mempunyai rasa yang menarik dan berbeza berbanding jenis nasi yang lain. Nasi tersebut berlemak dan cukup rasa sehingga tidak memerlukan  kuah tambahan lain untuk menambah perisa.

 

8. Nasi Dagang

Kredit: thestar.com.my

Nasi Dagang ialah satu lagi hidangan nasi kebanggaan kawasan Pantai Timur. Nasi Dagang merupakan hidangan yang lebih ringkas untuk disediakan berbanding Nasi Kerabu. Nasi Dagang dimakan bersama-sama kari ikan tongkol dan sedikit sayur salad. Walaupun ringkas, kombinasi rasa yang cukup kompleks.

 

9. Nasi Ulam

Kredit: Ken Hunts Food

Seringkali, terdapat salah faham bahawa nasi ulam dan nasi kerabu adalah hidangan yang sama. Hal ini demikian kerana nasi kerabu dan nasi ulam adalah berasal dari negeri-negeri di Pantai Timur dan kebanyakan orang sering kali berasa keliru dengan kedua-dua jenis nasi ini. Kekeliruan ini timbul kerana nasi kerabu dihidangkan sekali bersama ulam kerabu sebagai hidangan sampingan untuk dinikmati. Nasi ulam pula melibatkan ulam-ulam tersebut dimasak bersama dengan nasi. Selalunya nasi ulam dijadikan sebagai nasi goreng.

 

10. Nasi Minyak

Kredit: Mutiara Kitchen

Nasi minyak ialah makanan rasmi di majlis-majlis perkahwinan dan majlis istimewa untuk menyambut sesuatu perayaan. Nasi minyak ialah nasi basmati yang ditanak bersama rempah ratus dan minyak sapi. Nasi minyak enak dimakan bersama kuah-kuah berempah lain seperti ayam masak merah, daging hitam kicap dan kurma kambing. Jadi, jika anda sedang mencari makan makanan selesa, nasi minyaklah hidangan yang anda cari.

11. Nasi Goreng

Kredit: Tesco Real Food

Jika anda lapar di tengah malam dan di dalam peti sejuk anda hanya ada nasi, telur, ikan bilis dan cili, tiada lagi yang lebih mengenyangkan daripada nasi goreng. Nasi goreng adalah sesuatu hidangan yang istimewa bagi setiap Rakyat Malaysia dan pasti setiap isi rumah mempunyai resepi nasi gorengnya yang tersendiri. Nasi goreng boleh dibuat secara ringkas ataupun diletakkan pelbagai bahan, baik ayam, makanan laut ataupun daging. Semuanya bergantung pada cita rasa anda. Mahu resepi nasi goreng kampung versi Butterkicap, dapatkan di sini.

 

12. Nasi Hujan Panas

Kredit: Baca Disini

Nasi Hujan Panas ialah nasi berwarna warni yang melambangkan warna-warna pelangi selepas hujan turun pada hari yang panas. Sama seperti  nasi minyak, nasi hujan panas dihidangkan untuk menyambut perayaan dan sambutan hari istimewa. Nasi Hujan Panas disediakan dengan menggunakan beras Basmati.

 

Itu sahaja antara jenis-jenis hidangan nasi yang biasa dimakan di Malaysia dan dihidang di rumah masing-masing. Nasi-nasi ini merupakan resepi turun-temurun yang diturunkan dari satu generasi ke generasi lain. Diharap perkongsian ini memberikan sedikit kesedaran untuk anda mencari gali sejarah nasi-nasi Malaysia dan mempergiatkan usaha untuk memelihara resepi-resepi nasi ini.

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.