Resepi Rendang Ayam ala Cef Profesional

Sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi. Pasti ibu-ibu, makcik-makcik dan mula merancang menu untuk disediakan sepanjang seminggu kita menyambut perayaan ini.

Seperti biasa, hidangan wajib disediakan di atas meja makan pada 1 Syawal termasuklah ketupat, nasi impit, kuah kacang dan rendang. Namun begitu, ada satu cabaran yang anda perlu akui, memang ada apabila menyediakan hidangan yang sama setiap tahun. Sama ada anda konsisten ataupun anda cuba sesuatu yang baru.

Rendang ala Cef

Oleh itu, apa kata, pada sambutan Hari Lebaran tahun ini, anda cuba pula hidangan rendang ayam setaraf yang disediakan di hotel-hotel lima bintang. Daripada anda bayar mahal-mahal untuk makan sedikit, nah kami kongsikan resepi rendang cef profesional daripada Persatuan Kulinari Profesional Belia Malaysia (YPCA).

Bahan- Bahan:

  • 1½ kilogram ayam, dipotong ketulan kecil
  • 1 cawan kerisik, digoreng kering.
  • 1 cawan santan pekat
  • 30g gula melaka, diparut kasar
  • ½ cawan minyak masak
  • 2 ketul lengkuas (sebesar ibu jari), dititik.
  • 3 batang serai, dititk.
  • 1 helai daun kunyit, dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut, dikoyak dan dihiris.

Bahan Kisar:

  • 5 batang cili merah
  • 20 batang cili kering

Bahan Tumbuk:

  • 20 biji bawang merah
  • 5 labu bawang putih.
  • 5 biji buah keras
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 3 tangkai serai

Cara-Cara:

  1. Bersihkan ayam dan potong kepada ketulan kecil (bite-sized).
  2. Sediakan bahan tumbuk dan bahan kisar.
  3. Masukkan cili kering dan cili merah ke dalam pengisar. Masukkan 1/4 cawan air. Kisar hingga menjadi pes kasar. Ketepikan.
  4. Masukkan bahan tumbuk ke dalam batu lesung dan tumbuk hingga lumat. Jika anda mahu, konsistensi lebih halus, Masukkan bahan tumbuk ke dalam pengisar dengan 1/4 cawan air. Kisar hingga menjadi pes kasar.
  5. Bersihkan dan titik 3 batang serai (kira-kira 3 inci dari akar). Masukkan serai yang dititik dan lengkuas lalu masuk ke dalam kuali.
  6. Untuk menumis, masukkan 3 sudu besar minyak ke dalam kuali yang dipanaskan atas api sederhana besar. Tumis serai dan lengkuas yang dititik selama 5 minit hingga naik bau. Ketepikan.
  7. Kemudian, dalam kuali yang sama, masukkan pes chili dan aromatik yang dikisar tadi. Kacau rata dan tumis selama 5-10 minit hingga naik wangi dan naik minyak.
  8. Apabila pes sudah menjadi gelap, masukkan ayam.
  9. Gaul ayam rata dan kacau selama 5 minit hingga ayam menjaddi agak perang dan ayam disalut dengan pes yang ditumis. Masukkan santan pekat.
  10. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
  11. Masukkan gula melaka atau gula putih. Sesekali kacau sementara menunggu rendang mendidih.
  12. Kecilkan api dan biar mereneh tanpa menutup kuali selama 30 minit. Kacau untuk pastikan semua bahan masak secara konsisten dan tidak melekat di dasar kuali.
  13. Sementara itu, sediakan kerisik. Ketahui caranya dengan resepi kerisik Butterkicap.
  14. Selepas 30 minit, masukkan kerisik dan gaul rata.
  15. Kemudian, masukkan daun kunyit dan limau purut yang dihiris.
  16. Masukkan garam dan ubah mengikut citarasa anda.
  17. Teruskan memasak selama 10 minit hingga ayam lembut dan empuk serta kuah pekat.

Kami Beri 5 Bintang!

Adakah anda bersedia untuk jadi ‘Masterchef’ dalam kalangan ahli keluarga dan sanak saudara? Pastikan anda simpan resepi ini baik-baik dan kejutkan mereka dengan hidangan rendang istimewa anda tahun ini.

Jangan lupa letakkan #butterkicap dan #youthculinaireprofessionalassociation apabila pos gambar di laman media sosial Facebook dan Instagram. Resepi taraf cef professional ini wajib dikongsi, betul tak?

print
Youth Professional Culinaire Association

The Youth Profesional Culinaire Association (Youth PCA) is the youth arm of the Profesional Culinaire Association (PCA) and a proud member of the World Association of Chefs Societies (Worldchef). We are dedicated to grow and nurture the next generation of chefs in Malaysia by bringing together current and future culinarians to provide opportunities for learning and personal development.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.