Resepi Kek Keladi Kukus Meliurkan

Credit: Gerald Lee

Hai, saya kembali lagi dengan resepi baru setelah Butterkicap memberitahu saya tentang sambutan baik para pembaca Butterkicap (ya, anda) terhadap dua resepi keluarga yang saya kongsi beberapa minggu lepas.

Terima kasih banyak atas sokongan anda. Oleh itu, saya ingin berkongsi satu lagi resepi kegemaran saya untuk minum petang.


Keistimewaan Keladi Kukus

Selalunya, ubi keladi kukus ini mudah didapati di gerai-gerai Cina dan merupakan snek yang cukup popular sebagai hidangan lewat malam atau minum petang.

Menyediakan keladi kukus ini sememangnya agak merenyahkan tetapi percayalah, hasilnya memang sangat memuaskan dan membuatkan anda serta keluarga mengidam untuk menikmatinya sepanjang masa.

Bagi yang risau jika resepi ini halal atau tidak, jangan bimbang. Resepi keladi kukus saya ini menggunakan bahan-bahan halal dan sesuai untuk dinikmati oleh golongan vegetarian. Daripada asyik menyediakan keladi goreng sebagai minum petang, apa kata anda cuba resepi keladi kukus ini untuk kelainan. Sudahlah sedap, sihat pula itu!

Bahan-Bahan:

  • 500g keladi, dikupas kulit, dan dipotong dadu
  • 150g udang kering, direndam dan kemudian dikisar dalam pemproses makanan
  • 150g cendawan shiitake, direndam dan dikisar dalam pemproses makanan
  • 100g jeruk lobak putih manis, direndam dan dicincang
  • 5 ulas bawang putih, dicincang,
  • 10 biji bawang merah, dicincang (simpan sedikit untuk digoreng rangup sebagai hiasan)

Bahan perasa:

  • 2 sudu besar garam
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 3 sudu besar serbuk stok ayam
  • 1 sudu besar serbuk lima rempah cina

Bahan hiasan:

  • 4 sudu besar bawang goreng
  • 2 sudu besar udang kering cincang, direndam
  • 2 sudu besar daun bawang, dihiris
  • 2 sudu besar cili merah, dihiris
  • 2 sudu besar biji bijan putih, dipanggang selama 5 minit

Adunan Keladi:

  • 500g tepung beras
  • 50g tepung serbaguna
  • 50g tepung ubi
  • 50g kanji gandum/ tepung tang mein
  • 6 cawan (1500ml) air

Sos Cicahan:

  • 1/2 sudu besar taucu manis
  • 75ml (1/4 cawan +1 sudu besar) air
  • 1/2 sudu besar kicap cair
  • 3/4 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu teh tepung jagung, ditambah dengan 1 sudu besar

Cara-Cara:

a) Inti Keladi

  1. Kukus keladi yang dipotong dadu selama 15 minit hingga empuk.
  2. Dalam kuali, panaskan 2 sudu besar minyak atas api sederhana. Goreng udang kering cincang hingga naik buih. Keluarkan udang kering dan letak dalam mangkuk.
  3. Buang minyak menggoreng udang kering tadi dan masukkan 4 sudu besar minyak. Atas api kecil, goreng hirisan bawang merah hingga wangi dan bertukar menjadi keemasan. Keluarkan dan ketepikan.
  4. Buang minyak menggoreng bawang tadi dan gantikan dengan 2 sudu besar minyak. Atas api sederhana besar, goreng cendawan shiitake.
  5. Masukkan bawang putih cincang,
  6. Masukkan separuh daripada bawang goreng dan separuh udang kering yang digoreng tadi.
  7. Masukkan keladi yang dikukus dan bahan perasa. Kacau rata.
  8. Angkat dan masukkan dalam adunan keladi.

b) Adunan Keladi

  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan kacau rata.
  2. Masukkan bahan keladi kukus yang disediakan tadi.
  3. Kacau hingga adunan menjadi pekat.
  4. Tuang adunan ke dalam dulang kek bulat berdiameter 10 inci.
  5. Kukus selama 45 minit.
  6. Letakkan bahan hiasan di atas.

c) Sos Cicahan

  1. Masukkan taucu, air, gula dan kedua-dua kicap dalam pengisar atau pemproses makanan.
  2. Kisar hingga halus.
  3. Masukkan bahan sos yang dikisar dalam kuali dan biar masak atas api sederhana selama 2 hingga 3 minit.
  4. Jangan biarkan hingga mendidih. Semasa membiarkan sos masak, masukkan tepung jagung dan kacau hingga sos memekat.


Makan Sekali, Nak Lagi!

Anda percaya kata-kata saya? Resepi ini sememangnya cukup dekat di hati saya kerana saya membesar menikmatinya bersama keluarga. Oleh sebab itu, saya yakin anak-anak malah pasangan anda juga akan seronok menikmatinya!

Memang cukup sayang terdapat ketandusan resepi-resepi masakan tradisional Cina vegetarian yang dikongsi bersama agar kaum lain, khususnya masyarakat Melayu dapat sama-sama menghargai keunikan rasa masakan tersebut.

Jangan Lupa Kami

Jangan lupa untuk mencuba resepi Keladi Abakus ala Hakka dan Onde-Onde Keledek Bunga Telang yang saya kongsikan.

Kalau kongsi hasil masakan anda di laman media sosial, jangan lupa letakkan hashtag #butterkicap dan tag saya di @justinescakesandkueh pada gambar anda. Tak sabarnya nak tengok!

print
Justine Lim

With love for the freshest and natural ingredients, Justine Lim aspires to recreate heritage Malaysian recipes into modern, elegant-looking delicacies. Catch more of her delicious creations on her Instagram profile, @justinescakesnkueh

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.