Resepi Ikan Siakap Nyonya Rugi Tak Cuba

Mudah, sedap dan senang. Itulah yang anda mahu dalam hidangan berbuka anda. Cuba resepi ikan siakap nyonya dari cef profesional YCPA ini!
Credit: allrecipes.com

Tinggal kurang dari dua minggu lagi sebelum menjelangnya hari yang cukup ditunggu-tunggu oleh umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri.

Sebelum anda bayangkan juadah hari Lebaran yang bakal mendatang, apa kata, anda penuhi baki hari-hari berpuasa anda dengan hidangan ringkas dan menyelerakan.

Kukus: Sihat dan Sedap

Kebanyakan daripada anda, apabila memilih hidangan yang ingin disediakan untuk berbuka puasa, anda cenderung untuk memilih makanan yang bergoreng. Kami faham pilihan anda sebegitu kerana masakan bergoreng adalah yang paling pantas dan mudah untuk disediakan. Dalam erti kata lain, anda tak perlu berenyah sangat di dapur.

Namun begitu, ada cara masakan lain yang sama cepat seperti menggoreng tetapi lebih menyihatkan. Tak guna anda berpuasa seharian tetapi akhirnya berbuka dengan makanan yang tidak sihat dan berminyak. Jadi, gantung kuali dan keluarkan pengukus anda kerana hari ini, anda akan sediakan resepi ikan siakap masak Nyonya daripada Persatuan Profesional Kulinari Belia Malaysia (YCPA).

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 200g ( 3 batang serai)
  • 3 biji limau purut
  • 50g (1 inci) halia
  • 150g (5 batang) cili merah
  • 100g (4 biji) bawang merah
  • 100g (6 ulas) bawang putih
  • 200g (1/2 batang) zukini kuning
  • 200g (1/2 batang) zukini hijau
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh lada sulah

Cara-Cara:

  1. Kisar serai, 3 hirisan halia, 3 batang cili merah, bawang merah dan 4 ulas bawang putih hingga hancur. Masukkan jus limau purut, Perasa dengan 1/2 sudu teh garam dan 1/2 sudu besar gula. Jika masih tawar, perasakan menurut citarasa anda.
  2. Hiris baki cili merah, zukini kuning dan hijau. Untuk menghiris zukini, hiris secara memanjang. Ketepikan. Hiris baki bawang putih.
  3. Sapu lada sulah dan garam pada ikan siakap. Biar perap selama 3 minit.
  4. Tuangkan pes sos nyonya yang disediakan di atas ikan. Masukkan ikan ke dalam pengukus selama 6 minit.
  5. Untuk lengkapkan hidangan, panaskan dua sudu minyak dalam kuali atas api sederhana besar. Masukkan hirisan bawang putih, cili merah, zukini kuning dan hijau. Goreng kilas selama 2 minit dan perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam.
  6. Letakkan sayur yang digoreng di tengah-tengah pinggan dan letakkan ikan yang dikukus di tengah.

Sedap, Sihat, Senang!

Dari sini, kami dah boleh bau masakan ikan siakap nyonya anda. Memang tak rugi mencuba, tambah-tambah lagi resepi daripada cef profesional, betul tak? Jangan lupa untuk letakkan hashtag #butterkicap dan #youthculinaireprofessionalassociation apabila anda pos gambar masakan anda di laman media sosial.

Apa? Tak nak kongsi? Rugilah! Kalau tak kongsi, macam mana orang nak tahu yang anda dah sampai tahap ‘Masterchef”? Jadi, kongsilah!

print
Youth Professional Culinaire Association
Youth Professional Culinaire Association

The Youth Profesional Culinaire Association (Youth PCA) is the youth arm of the Profesional Culinaire Association (PCA) and a proud member of the World Association of Chefs Societies (Worldchef). We are dedicated to grow and nurture the next generation of chefs in Malaysia by bringing together current and future culinarians to provide opportunities for learning and personal development.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More