Etika Wajib Memberi Buah Tangan Tahun Baru Cina

Kredit: thoughtco.com

Memberi hadiah atau buah tangan semasa perayaan, lazimnya tidaklah begitu susah. Namun begitu, perayaan budaya Tahun Baru Cina terdapat etika tertentu yang anda perlu ikuti dalam memberikan buah tangan Tahun Baru Cina.

Etika ini disediakan untuk mengelakkan anda daripada membuatkan anda menyinggung perasaan rakan-rakan atau ahli keluarga semasa berkunjung ke rumah mereka. Tambahan pula, sebagai negara yang berbilang kaum, kesedaran tentang kewujudan etika ini membuatkan anda lebih sensitif dan terbuka pada perbezaan tersebut.

Tanpa membuang masa lagi, ayuh kita lihat apakah etika atau pantang yang perlu kita ikuti.

 

Etika Buah Tangan Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina adalah tentang ucapan kebahagiaan, menjana kekayaan, mendapat tuah dan hubungan erat berkekalan.

Oleh itu, pemberian buah tangan Tahun Baru Cina adalah tentang melambangkan semua ucapan positif ini dalam pelbagai aspek termasuklah perkara kecil yang selalunya dipandang enteng oleh kita.

Ayuh kita lihat beberapa etika penting untuk diikuti apabila memilih buah tangan Tahun Baru Cina di bawah.

 

Etika 1 – Warna

Kredit: vecteezy.com

Warna adalah satu aspek yang cukup penting semasa perayaan Tahun Baru Cina. Masyarakat Cina percaya bahawa warna dan tuah adalah dua perkara yang saling berkait.

Oleh itu, warna, dari pakaian, hiasan hinggalah ke warna sampul duit atau angpao perlu dititikberatkan jika mahu sambutan Tahun Baru membawa segala kebaikan dan tuah seperti yang diingini.

Oleh itu, sudah ditetapkan bahawa warna-warna membawa tuah seperti merah, kuning dan emas cukup disukai dan sering kali menjadi warna pilihan perayaan sementara warna putih, biru dan hitam dianggap sebagai warna malang kerana dikaitkan dengan kematian dan pengebumian.

Pastikan segala barangan anda, semasa berkunjung rumah terbuka mahupun apabila mencari buah tangan, hendaklah dalam warna tuah yang ditetapkan.

 

Etika 2 – Bilangan

Kredit: thebalanceeveryday.com

Selain daripada warna, terdapat etika dalam bilangan barangan yang anda ingin berikan kepada tuan rumah.

Kebanyakan daripada kita tidak pernah ambil kisah tentang bilangan buah tangan atau barang yang ingin diberi kepada tuan rumah kerana bagi kita, lagi banyak, lagi bagus. Hal ini demikian kerana bilangan yang banyak menunjukkan kita tidak kedekut.

Prinsip ini kita kena buang jauh-jauh apabila nak berikan hadiah semasa Tahun Baru Cina. Masyarakat Cina mempercayai bahawa jumlah atau bilangan wang yang diberi dalam angpao mestilah secara nombor genap (kecuali nombor empat). Jumlah terbaik untuk diberi ialah nombor 88 kerna

 

Etika 3 – Dua Lebih Baik Daripada Satu

Kredit: amazonaws.com

Sekarang, anda sudah mengetahui bilangan dan warna tuah dalam pemberian buah tangan Tahun Baru Cina. Seterusnya, anda perlu mengetahui etika memberi dan menerima buah tangan.

Terdapat dua perkara penting yang perlu diingati dalam etika ini:

  • Hadiah yang diberi atau diterima mesti diambil atau diserah dengan dua tangan. Tindakan ini merupakan tanda penghargaan dan hormat atas pemberian hadiah tersebut.
  • Seterusnya, hadiah dan angpao mestilah diberi kepada individu yang paling tua atau paling senior dalam keluarga atau kumpulan individu yang berkumpul. Tindakan ini juga merupakan satu cara untuk menunjukkan rasa hormat.
  • Wang angpao yang diberi mestilah baru kerana wang lama atau koyak merupakan satu perbuatan yang biadap. Hal ini demikian kerana apabila masuknya tahun baru, masyarakat cina melihat benda baru sebagai permulaan baru dan tidak berada di takuk lama.

 

Etika 4 – Buka Apabila Pulang

Etika terakhir yang disenaraikan dalam artikel ini adalah tentang masa sesuai untuk membuka hadiah yang diterima. Siapa yang tidak teruja apabila menerima hadiah? Anda pasti tak sabar nak buka, betul tak?

Walaupun anda tidak kisah atau minta si penerima untuk buka hadiah anda (jika balutan hadiah legap), si penerima mungkin akan menunggu sehingga anda pulang untuk membuka hadiah yang diterima. Hal ini demikian kerana ingin mengelakkan anda daripada berasa tersinggung jika si penerima tidak menyukai atau menunjukkan rasa tidak berterima kasih atas hadiah yang diberi.

Tambahan pula, musim perayaan adalah untuk mengeratkan perhubungan, bukannya untuk menimbulkan perbalahan dan persengketaan.

 

Memberi Lebih Baik Daripada Menerima

Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk memberikan hadiah dan buah tangan untuk rakan-rakan anda semasa berkunjung ke rumah mereka hujung minggu ini? Jika anda tidak pasti apakah hadiah terbaik untuk berikan kepada rakan-rakan Cina anda, dapatkan idea daripada artikel idea buah tangan Tahun Baru Cina ini.

print
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More