10 Masakan Kicap Ringkas Kegemaran Si Bujang & Dara

Kredit: Abamjiwa al-hadi/Shutterstock

Sebagai seorang bujang yang malas memasak dan mempunyai jadual yang padat, saya sejujurnya hanya akan masak apabila saya ada mood. Tidak, ini bukan artikel untuk mengutuk golongan bujang ataupun menguatkan lagi pandangan umum yang negatif bahawa golongan bujang dan dara, khususnya yang berkerjaya malas memasak.

Sebaliknya, saya nak memberikan variasi kepada beberapa jenis masakan kegemaran (dan yang tahu buat) golongan bujang ini pada hari-hari anda berasa bosan dengan makanan luar yang sama.

 

Pilihan Si Dara & Bujang

Pilihan saya ialah masakan kicap. Ya. Untuk pengetahuan umum, kicap merupakan bahan yang cukup popular dalam kalangan bujang. Kalau boleh, segalanya nak diletakkan kicap.

Tambahan pula, dari kecil kita sudah biasa dengan makan nasi digaul kicap. Memang sedap!

 

Masakan Kegemaran Orang Bujang

Dalam banyak-banyak masakan yang ringkas dan menjimatkan, masakan kicap mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya. Masakan kicap inilah penyelamat saya apabila pulang ke rumah pada waktu larut malam. Masukkan bahan yang ada, letakkan kicap dan dah siap. Cepat sahaja.

Namun begitu, nak masak campak-campak pun mestilah ada turutannya jua. Jadi,daripada masak entah apa-apa dan masukkan kicap, saya sediakan 10 masakan berkicap yang pasti membuatkan semua anak dara dan bujang di luar sana menghembuskan nafas lega.

1. Ayam Masak Kicap

Kredit: Abu Thoha/Shutterstock

Bahan-Bahan:

  • 1 potong dada ayam, potong pada ketulan besar, perap dan goreng
  • ½ cawan kicap manis
  • ½ bawang Holland, dipotong dadu
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili padi
  • 2 tangkai daun kari

Bahan kisar:

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

 

Cara-Cara:

  1. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Goreng bahan kisar hingga wangi. Masukkan ketulan ayam.
  2. Masukkan kicap, bawang Holland dan cili merah. Perasakannya dan padamkan api.

 

2. Daging Masak Kicap

Slow Cooker Beef

Bahan-Bahan:

  • 300g daging lembu, dihiris dan digaul dengan garam & serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • 3 ulas bawang putih, dihiris
  • 1/2 inci halia, dihiris
  • 6 biji cili padi, dihiris
  • 1 batang cili merah, dihiris serong
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap masin

 

 Cara-Cara:

  1. Dalam kuali yang dipanaskan atas api sederhana besar, masukkan 2 sudu besar minyak dan hirisan daging yang diperap ke dalam dalam kuali.
  2. Biar daging menggoreng hingga empuk selama 10 minit.
  3. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, cili padi dan cili merah. Kacau hingga bawang besar menjadi layu.
  4. Kemudian, masukkan sos tiram dan kicap masin. Kacau rata.

3. Ikan Masak Kicap

Saya memang sukakan ikan dan apabila saya tahu ada resepi ikan masak kicap yang senang, tak menggunakan banyak bahan dan semestinya sedap, saya kenalah cuba.

Resepi ikan masak kicap versi Butterkicap yang disediakan oleh Cef Nik Michael Imran ini memang menepati citarasa saya. Ikan yang digoreng rangup di luar dan lembut di dalam, dipasangkan pula dengan sos kicap pedas, wah, memang padu!

Sebagai seorang bujang yang sudah mencuba resepi ini sendiri, saya syorkan kepada golongan bujang lain untuk mencubanya juga.

 

4. Udang Masak Kicap

Kredit: TY Lim/Shutterstock

Bahan-Bahan:

  • 300g udang, digaul garam dan kunyit
  • 4 ulas bawang merah, dikisar
  • 3 ulas bawang putih, dikisar
  • 1 biji cili merah, dikisar
  • 1 biji bawang besar, dihiris bulat-bulat
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 50ml air

 

Cara-Cara:

  1. Masukkan dua sudu besar minyak dan panaskan atas api sederhana besar.
  2. Masukkan udang dan goreng hingga kuning keemasan selama 4 minit. Angkat dan ketepikan.
  3. Dalam kuali yang sama, masukkan 1 sudu besar minyak dan panaskan atas api sederhana besar. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi dan garing.
  4. Masukkan kicap dan sos tiram, kacau sebentar. Masukkan air dan biar mereneh selama 3 minit.
  5. Masukkan bawang besar dan udang yang telah digoreng. Kacau sebati. Tutup api.

5. Sotong Masak Kicap

Kredit: Charlesimage/Shutterstock
Bahan-Bahan:
  • 2 ekor sotong, dibuang kulit, dicuci dan dipotong bulat-bulat
  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 inci halia, dihiris
  • 1 batang cili merah, dihiris
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu teh gula
Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan hiris sehingga naik bau.
  2. Masukkan sotong dan kacau seminit.
  3. Masukkan kicap, sos tiram garam dan gula.
  4. Kacau seketika dan tutup api.

 

6. Hati Ayam Masak Kicap

Kredit: Timolina/Shutterstock

Bahan-Bahan:

  • 3 ketul hati ayam, dibersihkan dan disapu garam dan kunyit
  • 1 biji bawang besar, dihiris bulat-bulat
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1/2 inci halia, dicincang
  • 3 biji cili padi, dihiris nipis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 biji cili merah, dihiris

 

 Cara-Cara:

  1. Gaulkan hati bersama serbuk lada hitam dan kicap masin. Perap selama 20 minit.
  2. Panaskan tiga sudu besar minyak di dalam kuali atas api sederhana besar.
  3. Tumis bawang putih dan halia hingga perang. Masukkan hati dan sedikit air. Kacau rata dan biarkan mendidih selama 5 minit.
  4. Masukkan kicap manis, sos tomato and cili padi. Boleh perasakan dengan garam dan gula, jika perlu.
  5. Akhir sekali, masukkan cili merah. Masak hingga kuah memekat. Tutupkan api dan masukkan hirisan bawan besar lalu kacau rata.

 

7. Tempe Ikan Bilis Masak Kicap

Kredit: Pinterest

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan ikan bilis, digoreng
  • 200g tempe, dihiris nipis dan digoreng rangup
  • 3 sudu besar (37.5g) cili boh
  • 5 ulas bawang merah, dikisar
  • Garam dan gula secukup rasa

 

Cara-Cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis cili boh sehingga wangi serta masak.
  2. Masukkan bawang merak dikisar. Tumis hingga wangi dan masukkan sedikit gula serta garam.
  3. Masukkan tempe dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan padamkan api untuk kekalkan kerangupannya.

 

8. Bendi Masak Kicap

Kredit: Dari Dapur Maklong

Bahan-Bahan

  • 5 batang bendi -dicuci, ditoskan dan dihiris serong
  • 2 batang cili merah, dihiris nipis
  • 3 cili padi, dihiris nipis
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap masin

 

Bahan Kisar
  • 2 ulas bawang merah, dikisar
  • 2 ulas bawang putih, dikisar
  • 1/2 sudu besar udang kering, direndam dalam air panas

Cara-Cara:

  1. Kisar udang kering, bawang merah dan bawang putih hingga halus.
  2. Masukkan 2 sudu minyak ke dalam kuali dan panaskan atas api sederhana besar.
  3.  Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan kekuningan.
  4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau rata.
  5. Masukkan bendi dan cili hiris. Kacau rata dan goreng selama 3-5 minit.

 

9. Tauhu Masak Kicap

Kredit: Amallia Eka/Shutterstock

Bahan-Bahan:

  • 2 ketul tauhu, dibelah lapan
  • 3 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 biji bawang besar, dihiris bulat
  • 1/2 inci halia, dihiris nipis
  • 3 biji cili, dihiris
  • 2 sudu sos cili bawang putih
  • 1/2 sudu sos tiram
  • 5 sudu besar kicap masin

 

Cara-Cara:
  1. Dalam kuali, masukkan 3 sudu besar minyak dan panaskan atas api sederhana besar.
  2. Masukkan hirisan bawang, halia dan cili padi hingga wangi.
  3. Masukkan sos tiram, cili bawang putih dan kicap dan kacau rata.
  4. Masukkan tauhu dan kacau selama 5 minit sebelum padamkan api.

10. Telur Mata Masak Kicap

Kredit: Blog Ibu Siti

Bahan-Bahan

  • 2 biji telur ayam besar (Gred A), dicuci
  • 3 biji cili padi, dihiris
  • 1 batang cili merah, dihiris serong
  • 1 biji bawang besar, dihiris bulat-bulat
  • 1/2 biji tomato, dipotong dadu
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 4 sudu besar kicap masin

 

Cara-Cara

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak dalam kuali atas api sederhana besar.
  2. Apabila minyak sudah cukup panas, masukkan hirisan bawang besar, cili padi, cili merah dan tomato yang dipotong dadu. Kacau selama 2-3 minit hingga naik wangi dan tomato sedikit layu.
  3. Masukkan kicap dan kacau sebelum angkat dan ketepikan.
  4. Dalam kuali yang sama, masukkan 2 sudu besar minyak dan ratakan di atas kuali.
  5. Panaskan minyak atas api sederhana besar. Tunggu selama 1 minit.
  6. Masukkan telur satu per satu dan goreng hingga telur putih masak sepenuhnya.
  7. Terbalikkan telur dengan hati-hati dan biarkan selama 2 minit dan angkat.
  8. Tuang kuah ke atas telur dan taburkan lada hitam.

 

Apa Lagi Yang Boleh Diletakkan Kicap?

Wah, memang terliurlah tengok semua resepi yang disenaraikan. Balik lambat pun tak kisah nak ke dapur kalau begini. Menurut saya, senarai saya sudah cukup lengkap dah tetapi jika ada lagi masakan berkicap yang saya lupa atau tidak teringat untuk senaraikan, tolonglah komen di bawah.

Jika tidak, kongsilah artikel ini bersama rakan-rakan bujang anda yang sama-sama sakit kepala fikir nak sediakan sesuatu yang ringkas DAN kena dengan selera mereka. Kalau nak lebih lagi resepi masakan yang sesuai untuk golongan bujang, bekerjaya dan tiada masa nak masak, tengoklah artikel masakan merah dan goreng kunyit pula!

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.