Restoran Mesra Keluarga Untuk Percutian Keluarga Ideal


Adakah anda perasan anak-anak anda semakin bersemangat untuk ke sekolah minggu ini? Adakah anda perasan jua mengapa kesesakan jalan pada waktu pagi bermula begitu awal sedangkan sebelum ini tidak begitu banyak kereta yang ada di atas jalan raya pada waktu tersebut?

Kesemua simptom-simptom atau tanda-tanda menunjukkan pada satu perkara sahaja; cuti sekolah bakal kunjung tiba.

 

Peluang untuk Berhubung Semula

Cuti sekolah mungkin waktu yang digeruni sesetengah ibu bapa ataupun dinanti-nantikan kerana inilah peluang untuk ibu bapa berhubung semula dengan anak-anak setelah sekian lama tidak duduk bertanya tentang kemajuan pelajaran mahupun masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak di sekolah.

Jadi, janganlah berkeluh-kesah mengenangkan waktu cuti sekolah yang bakal menjelang kerana memikirkan belanja lebih yang anda perlu keluarkan. Sebaliknya, ambil kesempatan ini untuk kenali semula anak-anak anda dan berhubunglah dengan mereka.

Sudah Rancang Percutian?

Kebanyakan orang menganggap apabila anda merancang percutian, khususnya percutian keluarga, mestilah berbajet besar dan mengunjungi lokasi pelancongan terkenal di luar negara. Oleh itu, rata-rata akan membatalkan niat mereka untuk bercuti setelah melihat jumlah akhir perbelanjaan untuk percutian yang singkat.

Namun begitu, persoalan saya untuk anda, kenapa nak pergi jauh-jauh kalau ada lokasi menarik yang murah (baiklah, lebih berbajet) untuk anda kunjungi semasa cuti sekolah?

 

Percutian Keluarga yang Ideal

Kebanyakan keluarga menghadapi masalah yang sama ketika bercuti; menguruskan anak-anak. Ketika itulah, anak tak lalu makanlah, merajuklah, bergaduhlah khususnya semasa berada di luar. Macam-macam ragam akan timbul yang sedikit sebanyak memberi tekanan kepada anda.

Ada kalanya, apabila jeritan anak-anak tidak dapat dikawal rasa malu memang akan timbul kerana akan ada pandangan-pandangan sinis yang membuatkan anda berasa seolah-olah tidak berupaya untuk menjaga anak-anak anda.

Mereka mungkin tidak memahami keadaan anda tetapi saya faham. Oleh itu, pada cuti sekolah kali ini, daripada anda membawa anak-anak anda ke lokasi pelancongan yang popular dengan orang dewasa, apa kata bawa mereka ke tempat yang dapat menghiburkan mereka dan pada yang sama, membuatkan anda akhirnya dapat menikmati percutian anda.

 

Ayuh ke Genting Highlands!

Genting Highlands dikenali sebagai lokasi pelancongan yang popular dalam kalangan golongan berkeluarga kerana di Genting, anda boleh dapat apa sahaja untuk menghiburkan semua lapisan umur dan salah satu perkara atau kriteria yang membuatkan Genting lebih sesuai untuk anda bawa keluarga anda ke sana ialah restoran-restoran mesra keluarga yang ada di sana.

Berikut merupakan antara restoran mesra keluarga dan halal yang anda boleh kunjungi ketika berada di Genting. Yang pasti, kesemua restoran ini berasa gembira dan menantikan kedatangan anda bersama si cilik.

 

  • Madam Kwan’s
Kredit: Malaysian Flavours

Siapa yang tak tahu restoran Madam Kwan’s? Restoran ini cukup popular dalam kalangan peminat makanan Malaysia dan merupakan salah satu restoran mesra keluarga yang tersenarai dalam artikel ini.

Untuk membuatkan sesi makan anda sekeluarga lebih aman dan tenang, Madam Kwan’s telah menawarkan pilihan makanan kanak-kanak yang mampu menarik perhatian anda. Setiap set kanak-kanak disertakan  bersama jus epal, buah-buahan dan gula-gula sebagai pencuci mulut.

Apa yang anda patut cuba?

a) Set kanak-kanak nasi ayam

b) Set kanak-kanak popcorn ayam

  • Motorino

Nak makanan barat? Cubalah Motorino!

Motorino terkenal dengan sajian Itali kegemaran ramai seperti piza, pasta dan bebola daging. Kelebihan restoran Itali ini ialah piza yang disediakan adalah secara tradisional menggunakan ketuhar terbuka seperti gambar di bawah.

Seronoknya tengok cef buat piza!

Memang sesuatu yang menyeronokkan bagi kanak-kanak untuk melihat makanan mereka disediakan, betul tak?

Apa yang anda patut cuba? Set keluarga Motorino yang ditawarkan pada harga RM 98 untuk 4 orang. Memang berbaloi!


Terfikir perisa apa yang nak dipesan? Piza Sarapan dan Cherry Stone Clam memang dua perisa piza yang cukup menyelerakan dan kena dengan selera semua orang dalam semua lapisan umur.

  • Tampopo

Tiada yang lebih baik daripada semangkuk ramen panas-panas ataupun tonkatsu ayam yang digoreng rangup untuk dinikmati dalam suasana sejuk.

Di Tampopo, anda dan anak-anak anda dapat sama-sama menikmati hidangan panas-panas ini yang pasti membuatkan sesiapa sahaja duduk diam.

Jika anak-anak masih aktif, anda boleh upah mereka dengan pilihan kek yang gebu, ringan dan menyelerakan di Tampopo.

 

Buat Tempahan dan Kemas Baju

Jadi, cepat-cepat membuat tempahan agar anda dapat berkunjung ke Genting Highlands untuk sesi istirehat dan merapatkan semula hubungan kekeluargaan pada musim cuti ini.

print
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More