Ramadhan Raya Bersama Chef Wan, Emborg dan Mission

Bulan Ramadhan yang mulia sudah tiba dan umat Islam di seluruh dunia sedang menjalankan ibadah puasa bersama-sama. Di Malaysia, ketibaan bulan yang istimewa ini menandakan pesta juadah beraneka macam yang ditawarkan di bazar-bazar Ramadhan a.k.a param di seluruh negara dan juga lokasi makan yang ‘atas’ seperti promosi bufet di hotel-hotel.

Walau apapun variasi makanan yang ditawarkan di luar, pastinya tidak dapat menandingi rasa dan kualiti masakan yang disediakan di rumah, khususnya. Hal ini demikian kerana makanan yang disediakan menggunakan rangkaian produk yang menepati citarasa kita.

 

Juadah Ramadan Raya Berinovasi dan Kreatif

Tahun 2018 ini, kita telah menyaksikan banyak perubahan besar di Malaysia. Tidak perlulah kita nyatakan perubahan yang berlaku tanggal 9 Mei 2018 tempoh hari. Pokoknya, tahun ini menandakan

Selalunya, apabila anda menyediakan kuih raya, anda sentiasa menggunakan resipi-resipi klasik seperti kuih bangkit, kuih semperit dan sebagainya ataupun anda akan mencari kuih-kuih moden seperti almond London untuk disajikan kepada tetamu anda nanti.

Apa kata anda menyediakan juadah yang sedikit berinovasi yang pasti membuatkan mata tetamu anda terbuntang ketika merasa makanan anda itu. Apa yang anda perlukan cumalah produk Emborg dan Mission.

 

Chef Wan, Emborg dan Mission

Rahsia untuk menyediakan juadah makanan raya yang menyelerakan bukan sahaja bergantung pada resepi yang betul malah pada kualiti produk yang digunakan.

Dengan kempen #perfecttogether, Mission dan Emborg telah bekerjasama dengan chef kegemaran rakyat Malaysia, Dato’ Chef Wan, untuk mencipta 10 resepi mudah dan cepat yang boleh dicuba anda di rumah sepanjang bulan Ramadan dan Syawal nanti.

Antara resepi yang dihasilkan ialah Wrap Murtabak Daging Kambing, Piza Ikan Bilis Tuna Pedas dan Tart Wrap Keju Pisang dan Kelapa yang mengetengahkan produk-produk Mission serta Emborg yang bukan sahaja berkualiti, berpatutan malah mudah didapati di mana-mana sahaja.

Siapa sangka dengan sedikit mentega Emborg, roti leper Mission dan daging, anda dapat hasilkan begitu banyak hidangan?

 

Jangan Tunggu Lagi!

Jika anda ingin mencuba sendiri resepi-resepi ini, anda boleh menonton klip video memasak oleh Dato’ Chef Wan menggunakan produk Emborg dan Mission di:

a) Laman Instagram Missions: @missionfoods.my

b) Laman Instagram Emborg: @emborgasia

c) Laman Instagram Chef Wan: @_chefwan58

d) Laman Facebook Mission dan Emborg

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Access Token is invalid, please get it again