Ojju-K Food: Moden Dalam Perisa Tradisional Korea

Demam korea yang melanda Malaysia bukan sekadar dalam bidang muzik, filem mahupun fesyen. Makanan korea, khususnya makanan jalanan seperti tteok-bokki (kek nasi), kimbap, bulgogi dan semestinya kimchi telah menjadi sebahagian daripada budaya makan di Malaysia.

Oleh itu, memang tidak menghairankan apabila restoran makanan korea tumbuh seperti cendawan selepas hujan di sini. Namun begitu, tidak ada begitu banyak perbezaan ketara antara restoran-restoran tersebut. Di mana-mana sahaja anda akan lihat konsep yang sama, makanan yang sama dan alunan k-pop yang sama.

Namun begitu, ada satu restoran yang memberikan kelainan yang anda mungkin cari dalam lambakan kedai makanan korea yang terdapat di pasaran.

 

Ojju-K Food Nu Sentral

Terletak di tingkat 4 di pusat beli-belah Nu Sentral, Ojju-K Food merupakan restoran makanan korea terbaru di bandaraya Kuala Lumpur.

Apabila dilihat dari aspek dekorasi dan pilihan muzik, tiada yang menarik perhatian anda untuk berkunjung restoran tersebut kerana semestinya anda sudah mempunyai restoran makanan korea kegemaran anda.

Namun begitu, bak kata pepatah Inggeris, “Don’t judge a book by its cover“, Ojju-K Food mempunyai seleksi makanan yang sememangnya menarik untuk dicuba!

 

Moden Dalam Tradisional

Kredit: Ojju-K Food Malaysia

Ojju-K Food mendapat inspirasi untuk menyediakan makanan jalanan popular di Korea dalam cara yang berbeza. Mereka mengekalkan perisa tradisional makanan korea dan persembahkan dalam bentuk yang lebih moden. Memang unik dan berbeza berbanding restoran korea yang lain.

Antara sajian yang cukup  menyerlah dalam menu Ojju-K Food ialah Ojju Rainbow Salad dan Birdy Burger. Sememangnya dua sajian wajib cuba untuk yang sukakan kelainan.

Kredit: Ojju-K Food Malaysia

 

Pilihan Tradisional

Bagi yang lebih gemarkan penyediaan yang lebih tradisional dan asli, anda boleh memilih untuk menikmati set sajian ayam keju  bersama nasi goreng keju istimewa yang sudah menjadi kegilaan ramai sejak belakangan ini.

Sejujurnya, ayam keju yang disediakan memang cukup enak dan tidak terlalu jelak seperti restoran lain yang tidak berjaya menyeimbangkan rasa keju dan pedas ayam. Namun begitu, nasi goreng keju yang kami dapat kurang menyerlah kerana dimasak bersama kerak keju yang hangit.

Jadi, pastikan anda perhatikan betul-betul semasa proses memasak supaya tak jadi seperti kami.

Jika anda tidak berselera untuk makan nasi, anda boleh memilih untuk mencuba Japchae mereka yang cukup sedap. Anda takkan rasa kembung atau berat selepas menikmati sajian ini. Sememangnya sesuai untuk golongan yang acah-acah berdiet ataupun yang nak cepat.

Kredit: Ojju-K Food Malaysia

 

Penamat yang Manis

Kalau anda masih ada ruang di dalam perut, jangan lupa untuk tamatkan pengalaman makan anda di Ojju K-Food dengan Bingsoo istimewa mereka. Terdapat beberapa pilihan untuk anda cuba tetapi Bingsoo Tutti Frutti memang pilihan pencuci mulut yang terbaik.

Saiz hidangan yang besar, buah-buahan yang segar dan banyak serta ais bersusu yang cukup halus dan berlemak memang cukup sempurna.

 

Alami Makanan Korea Sebenar

Jika anda berada di Nu Sentral, jangan lupa untuk ke tingkat 4 dan cuba sajian korea asli dengan sentuhan moden di Ojju-K Food!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.