Beri Biru: Kecil Tapi Berkuasa!

Beri biru mungkin bukan buah tempatan tetapi ia sudah menjadi sebahagian daripada budaya pemakanan kita kerana ia merupakan satu buah yang cukup serba boleh.

Serba boleh dari apa, anda tanya? Buah beri biru enak dimakan begitu saja mahupun dijadikan jem ataupun apa saja cara kreatif anda boleh bayangkan buah beri biru ini boleh dihasilkan.

Namun begitu, buah beri biru bukan sekadar buah yang manis dan enak malah mempunyai begitu banyak khasiat yang anda mungkin tidak sedar terkandung di dalamnya.

Kebaikan, Manfaat dan Kelebihan

Walaupun kecil, buah beri biru merupakan buah yang cukup kaya dengan nilai khasiat. Antara banyak-banyak kebaikan dan manfaat buah ini, saya merasakan 3 manfaat ini sudah mencukupi untuk meyakinkan anda untuk mengamalkannya dalam pemakanan anda selepas ini!

1, Kurangkan Risiko Serangan Jantung

Biar betul! Buah sekecil beri biru dapat mengurangkan risiko penyakit yang dinamakan sebagai salah satu penyakit paling banyak dihidapi oleh masyarakat Malaysia? Ya, itulah kebenarannya.

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Circulation: Journal of the American Heart Association, didapati bahawa golongan wanita yang makan 3 saiz hidangan buah beri biru setiap minggu dapat mengurangkan kadar risiko menghidapi penyakit jantung sebanyak satu per tiga. Tak dinyatakan pula apakah kandungan buah beri yang membuatkan risiko serangan jantung dapat dikurangkan tapi begitulah hasil kajian tersebut.

Betul ataupun tidak, itu tak bermakna anda tak patut mencubanya. Beritahu kami jika ada apa-apa perubahan pada diri anda selepas makan buah beri biru seperti yang dicadangkan.

2. Rendahkan Tekanan Darah

Bagi yang ingin mencuba jalan alternatif untuk merawat tekanan darah tinggi yang dihidapi, anda boleh cuba mengamalkannya dan lihat. Buah beri biru mampu meningkatkan kadar nitrik oksida dalam darah agar dapat melebarkan saluran darah untuk meningkatkan kadar aliran darah dan mengurangkan tekanan.

3. Melambatkan Penuaan Otak

Bagi yang pelupa seperti saya, nampaknya kita ada harapan untuk tak menjadi nyanyuk selepas ini kerana antosinin, sejenis flavanoid yang memberikan ciri antioksida dalam buah beri biru boleh melambatkan penuaan otak selama 2.5 tahun!

Jadi, tak perlu lagi anda nak mengambil gambar tempat anda letakkan kereta mahupun meraba-raba beg anda mencari kunci kerana selepas ini, pasti ingatan anda lebih kuat. Hanya perlu pastikan anda mengamalkan buah beri biru saja dalam pemakanan anda.

Jadikan Buah Beri Biru Lebih Menarik!

Kalau anda sudah berkira-kira untuk mula mengamalkan buah beri biru dalam pemakanan anda, anda boleh mendapatkan buah beri dari Australia yang berkualiti dan semestinya manis di pasar raya Village Grocer terdekat anda. Anda takkan berasa kecewa dengan buah beri biru anda akan temui di sana.

Selain itu, buah beri biru Australia juga sedap untuk dijadikan sebagai jem mahupun pencuci mulut khususnya dalam kek keju. Kombinasi rasa masam-manisnya akan membuatkan kek keju anda lebih menyelerakan.

Alamak, tak ada resepi kek keju beri birulah! Jangan risau, kami ada satu resepi kek keju beri biru yang betul-betul sedap daripada Justine Lim, penggemar pencuci mulut dan pencinta masakan Baba Nyonya yang sudah banyak mengongsikan resepi kegemarannya bersama kami. Tekan pautan di bawah untuk terus ke resepi kek kejunya!

Kek Keju sedap di sini–>
http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/recipes/resepi-kek-keju-beri-biru-untuk-dikongsi-bersama-keluarga

print
Azrene Jasmine
Azrene Jasmine

Azrene Jasmine is a Penangite with a stomach of gold. Though currently she is in a love/hate relationship with the weighing scale, Azrene truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More