Jenama Anchor Dipercayai Chef-Chef Pastri Malaysia

Membakar kuih-muih mahupun kek mungkin kelihatan lebih mudah berbanding memasak kerana kita mempunyai persepsi bahawa menyediakan masakan bermanisan ini tidak memerlukan kemahiran memasak yang terlalu hebat kerana perlu mengikut resipi sahaja.

Adakah pandangan tersebut benar?

Mungkin, mungkin tidak. Walau apapun, pandangan anda, kami di Butterkicap percaya bahawa sekadar mengikut resipi tidak menjamin kualiti makanan yang anda sediakan tersebut, baik membakar kuih-muih atau kek mahupun memasak hidangan lauk tertentu. Aspek penting lain yang anda perlu titikberatkan juga adalah aspek bahan yang anda gunakan.

Dalam pembuatan kek, contohnya, bahan-bahan yang digunakan seperti mentega dan susu memainkan peranan dalam menentukan sama ada hasil kek anda itu seperti yang anda harapkan; berlemak, bermentega dan menyelerakan!

 

Jenama yang dipercayai

Sejak dari dahulu lagi, rakyat Malaysia berpegang pada prinsip, “jika emak guna, maksudnya bagus”. Dalam erti kata lain, kita lazimnya cenderung untuk menggunakan jenama yang sudah digunakan dalam keluarga kita dari satu generasi ke generasi lain. Antara jenama yang sudah mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia ialah Anchor.

Anchor atau lebih dikenali sebagai Fernleaf di sini, merupakan jenama yang berasal dari New Zealand dan khusus dalam pengeluaran produk-produk berasaskan tenusu. Perkara yang membuatkan produk-produk tenusu dari syarikat ini cukup berkualiti adalah kerana lembu-lembu yang diternak secara bebas di padang ragut di New Zealand. Oleh itu, memang tidak menghairankan bahawa produk di bawah nama jenama Anchor dan Fernleaf kekal menjadi pilihan utama bagi kebanyakan individu di Malaysia dan juga chef-chef pastri profesional tempatan.

Tak percaya? Dengarlah sendiri daripada mereka!

 

Dengar kata Chef

Pastinya terdapat suatu faktor ‘x’ pada produk Anchor sehingga menjadi jenama yang dipercayai oleh rakyat marhaen Malaysia dan juga chef-chef profesional. Namun begitu, untuk memastikan kebenaran pernyataan kami ini, kami menemui bukan satu tapi tiga chef profesional tempatan yang juga merupakan pemenang pertandingan cabaran pastri Anchor bagi kategori chef perhotelan.

Pada bulan Mac yang lalu, Anchor telah mengadakan pertandingan cabaran pastri yang membuka ruang kepada chef-chef profesional tempatan untuk mempamerkan kemahiran pastri mereka. Para chef akan diberi tema pastri untuk disediakan dengan menggunakan produk Anchor. Daripada puluhan yang bertanding, hanya lapan orang finalis dipilih dan tiga orang pemenang diumumkan daripada lapan orang yang bertanding.

Marilah kita melihat identiti chef-chef tersebut dan mendapatkan pandangan mereka terhadap Anchor.

 

 

Temui Chef Gan Terk Yeong

Berkhidmat sebagai chef eksekutif bahagian pastri di Sofitel Kuala Lumpur Damansara, Chef Gan merupakan bukti bahawa minat mengatasi segalanya. Mengikuti pengajian kejuruteraan di universiti, Chef Gan telah mengambil keputusan yang paling besar dalam hidupnya secara 360 darjah dan mengikuti pengajian kulinari. Setelah tamat pengajian, beliau bekerja di sebuah hotel di Langkawi dan mulakan perjalanan beliau sebagai chef pastri.

Bagi beliau, inovasi dan kreativiti memainkan peranan besar dalam kerjaya seorang chef pastri. Beliau sentiasa berusaha untuk mencipta suatu yang baru. Oleh itu memang tidak menghairankanlah beliau mengungguli pertandingan pastri Anchor dengan kek mangga daun rosemary dan kacang hazel serta kek strawberi selasih limau beliau.

“Untuk menjadi berinovasi, saya mestilah kena tahu gabungan perisa yang bersesuaian dan untuk mencapai visi saya, bahan-bahan yang digunakan juga hendaklah mampu memberikan rasa yang saya inginkan. Dengan Anchor, saya dapat berinovasi dalam masakan saya tanpa rasa risau sama ada hasil itu menjadi atau tidak.”

 

 

Temui Chef Nyon Pei Shan (Intercontinental KL)

Berasal dari Cheras, siapa sangka gadis genit ini mampu mengalahkan finalis-finalis lain dalam pertandingan pastri Anchor dan merangkul hadiah tempat kedua. Walaupun masih baru dalam dunia pastri bahagian perhotelan, chef muda berusia 23 tahun ini mempunyai bakat besar dalam penyediaan pastri sehingga disyorkan sendiri oleh ketua chef beliau untuk menyertai pertandingan tersebut.

Hasilnya, beliau dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua dalam pertandingan profesional pertama yang disertai dengan kek keju coklat putih krim mangga dan kek strawberi dengan keju cili limau beliau.

Apabila bertanya tentang keistimewaan produk Anchor, beliau hanya berkata ringkas,

“Produk Anchor mempunyai kualiti yang cukup baik sehingga membuatkan apa-apa manisan yang disediakan cukup halus, berlemak dan berkrim. Rata-rata hotel di seluruh negara menggunakan Anchor dalam masakan mereka.”

 

 

Temui Chef Tan Shong Yee (Doubletree KL)

Pertama kali bertemu Chef Tan, kami tidak menyangka bahawa pemenang tempat ketiga pertandingan pastri ini begitu muda! Chef muda berusia 21 tahun ini begitu merendah diri dengan kejayaan pertama beliau bertanding secara profesional dalam kerjaya beliau sebagai chef.

Bagi beliau, usaha dan semangat tidak mudah menyerah kalah membuatkan beliau tidak gentar untuk bertanding dengan chef-chef lain yang lebih berpengalaman. Namun begitu, usaha sahaja tidak mencukupi. Bahan-bahan yang digunakan juga mestilah berkualiti tinggi.

“Kami di Doubletree KL cukup mementingkan jenis dan mutu bahan yang digunakan. Oleh sebab itu, kami menggunakan produk Anchor berbanding produk-produk lain kerana kualiti produk Anchor membuatkan kek atau manisan yang disediakan lebih enak, gebu dan pastinya menjadi. Kalau bahan yang lebih murah atau kurang bermutu digunakan, mungkin standard makanan di Doubletree KL tidak mencapai jangkaan para tetamu kami.”

 

 

Jika mereka mempercayai jenama Anchor, kenapa anda tidak? Hasil sesuatu masakan itu menjadi atau tidak mungkin bergantung pada resipi yang digunakan tetapi keenakan sesuatu masakan tanpa diragui lagi, bergantung pada bahan-bahan yang digunakan. Untuk maklumat lanjut tentang produk-produk Anchor, anda boleh melayari laman web mereka di https://www.anchorfoodprofessionals.com/my/en.html .

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.