Beramal dengan Inisiatif Sama Sama Good Food Trio Co

Sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri masih berlangsung walaupun sudah lebih tiga minggu berlalu. Namun begitu, dalam kesibukan kita meraikan hari kemenangan bagi umat Islam ini, pernahkah terlintas dalam hati kita memikirkan nasib golongan yang kurang bernasib baik dan berkemampuan?

Sejujurnya, tidak ramai yang mengingati golongan-golongan ini pada hari-hari perayaan. Bukannya kerana mereka sengaja tetapi mereka tidak mahu berasa sedih pada hari-hari istimewa ini. Walaupun begitu, ini tidak bermakna mereka tidak membuat apa-apa untuk golongan ini.

 

Inisiatif Sama-Sama Good Food Trio Co

Sambutan perayaan bukan sekadar untuk seluruh keluarga bertemu dan bergembira. Sebaliknya, hari perayaan dilihat sebagai hari yang patut diraikan oleh seluruh ahli masyarakat bersama-sama.

Oleh itu, Good Food Trio Co, yang terdiri daripada Bijan Restaurant, La Risata dan The Daily Grind telah memberi peluang kepada masyarakat Malaysia yang ingin menyumbang kembali kepada masyarakat sepanjang bulan Ramasan lalu dengan inisiatif Sama-Sama mereka.

 

Inisiatif Membasmi Kemiskinan Bandar

Bersama-sama dengan Persatuan Kebajikan Penyayang Komuniti Selangor (CARE), Kumpulan restoran Good Food Trio menjalankan inisiatif ini dengan tujuan untuk mendekati dan membantu keluarga-keluarga miskin di kawasan bandar.

Kemiskinan bandar menjadi suatu masalah yang semakin meruncing akibat urbanisasi. Kebanyakan keluarga yang dibantu menerusi inisiatif ini adalah dalam kalangan ibu tunggal yang mempunyai anak-anak dan juga golongan warga tua yang uzur.

 

Misi Inisiatif Sama-Sama

Misi inisiatif ini adalah untuk meningkatkan kadar kehidupan semua rakyat Malaysia dan meninggalkan impak positif kepada komuniti yang dibantu, khususnya, kanak-kanak.

Sehingga 22 Jun 2018, para pelanggan di mana-mana restoran di bawah Good Food Trio Co. boleh membayar dahulu bagi apa-apa hidangan yang disenaraikan dalam menu untuk kempen ini.

Kesemua makanan yang disumbang akan dihantar ke kawasan Projek Perumahan Rakyat di Petaling Jaya pada 29 Jun 2018 sebagai acara sambutan Hari Raya penduduk di sana.

Membantu Membawa Perubahan

Hati mana yang tidak berasa sayu melihat anak-anak kecil yang tidak pernah merasai makanan seperti spageti ataupun burger kelihatan begitu gembira menikmati hidangan yang lazimnya dipandang sebagai makanan ‘murah’.

Melihat keadaan hidup komuniti di kawasan Projek Perumahan Rakyat yang cukup daif menimbulkan sedikit keinsafan dan keazaman untuk membawa perubahan kepada generasi muda komuniti tersebut. Kami berasa cukup berbesar hati kerana dapat sama-sama dengan kumpulan Restoran di bawah Good Food Trio dan CARE untuk membawa sedikit perubahan kepada komuniti tersebut.

Untuk sebarang bantuan yang ingin dihulur, anda boleh ke laman Facebook CARE atau hubungi Elaine di +6016-2205025.

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.