Aneka Juadah Menarik di Buffet Ramadhan Hilton

Ayam percik, bubur lambuk, kuih-muih tradisional dan bermacam lagi adalah antara makanan istimewa yang pasti membuatkan ramai terkecur air liur apabila membayangkan makanan tersebut.

Namun begitu, niat anda untuk menikmati makanan-makanan ini mungkin terbantut apabila membayangkan kesesakan yang anda akan hadapi sebelum dapat menyempurnakan hajat anda membeli makanan yang anda idam-idamkan.

Apakah kesesakan yang dimaksudkan?

Kesesakan trafik, orang ramai yang berpusu-pusu di bazar Ramadhan dan kesuntukan masa merupakan antara faktor yang membuatkan anda hilang mood untuk membeli makanan yang anda sudah idamkan.

Jangan risau kerana kami tahu satu lokasi strategik yang menawarkan pelbagai juadah, baik makanan tradisional Melayu, Cina dan juga India. Kalau nak tahu, bacalah lagi.

 

Rangkaian Hilton Meraikan Kepelbagaian

Buffet Ramadhan Hilton

Sepanjang bulan Ramadhan ini, rangkaian hotel Hilton di seluruh Lembah Klang akan menunaikan segala keinginan anda.

Seluruh rangkaian Hilton menawarkan pelbagai tema nostalgia yang membawa anda kembali ke kenangan anda berpuasa di kampung halaman anda semasa kecil. Pelbagai jenis juadah dihidangkan termasuk aneka kerabu kampung, lauk-pauk tradisional dan kuih-muih yang pasti membuatkan anda teringatkan ibu bapa di kampung.

Jika anda ingin mendapatkan semula rasa nostalgia berpuasa anda di kampung halaman, jangan lupa untuk berkunjung ke buffet Ramadhan Hilton terdekat dengan anda.

 

Juadah yang Perlu Dicuba di Buffet Ramadhan Hilton

Anda mungkin berpendapat bahawa setiap buffet Ramadhan Hilton di rangkaian masing-masing menghidangkan menu yang sama. Tanggapan anda itu salah sama sekali!

Di setiap hotel, setiap menu yang ditawarkan direka khas menurut tema yang berlainan. Namun begitu, dalam banyak-banyak sajian yang dihidangkan, anda wajib mencuba masakan briyani, tikka ikan, lemak cili api siput sedut, char kuey teow dan nasi ayam.

Kenapa kami namakan sajian-sajian ini?

Menikmati hidangan buffet kadangkala boleh membuatkan anda rambang mata dan tidak dapat memilih makanan yang anda patut cuba dulu.

Untuk memastikan anda tidak membuang masa sibuk memilih makanan dan terlepas waktu untuk menjalankan ibadah terawih, kelima-lima hidangan ini merupakan hidangan yang boleh didapati di semua buffet Ramadhan Hilton dan sememangnya terjamin sedap.

Buat Tempahan Sekarang

Hilton Petaling Jaya

Tema: Jom Makan di Paya Serai Hilton

Harga Buffet

Pembelian Awal: RM 149 (Dewasa) / RM 79 (Kanak-Kanak)

15 – 17 Mei 2018: RM 169 (Dewasa) / RM 89 (Kanak-Kanak)

18 Mei – 10 Jun 2018: RM 189 (Dewasa) / RM 99 (Kanak-Kanak)

1 1 – 14 Jun 2018: RM 169 (Dewasa) / RM 89 (Kanak-Kanak)

Pertanyaan lanjut boleh dilakukan dengan menghubungi +603 – 7955 9122 atau layari www.zestPJ.com untuk mendapat maklumat lanjut tentang buffet Ramadhan ini.

 

Doubletree by Hilton

Tema: Masakan Ibunda di Makan Kitchen Doubletree by Hilton

Harga Buffet

Pembelian Awal (hingga 15 Mei 2018): RM 128

17 – 23 Mei 2018: RM 148

24 Mei – 7 Jun 2018: RM 158

8 – 14 Jun 2018: RM 148

Pertanyaan lanjut boleh dilakukan dengan menghubungi +603 – 2172 7272 atau layari www.flavoursbydoubletreekl.com untuk mendapat maklumat lanjut tentang buffet Ramadhan ini.

 

 

Hilton Kuala Lumpur

Tema: Kenduri-Kendara di Vasco Hilton Kuala Lumpur

Harga Buffet

17 – 21 Mei 2018: RM 100 (tempahan menerusi TABLEAPP sahaja)

17 Mei – 17 Jun 2018: RM 188 (Dewasa) / RM 100 (Kanak-Kanak 6-11 Tahun)

13 Jun – 17 Jun 2018: RM 100 (tempahan menerusi TABLEAPP sahaja)

Pertanyaan lanjut boleh dilakukan dengan menghubungi +603 – 2264 2264 atau layari life.hiltonkl.com untuk mendapat maklumat lanjut tentang buffet Ramadhan ini.

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More