Cipta Kenangan Bersama Keluarga di D’Kayangan Steamboat


Budaya makan di Malaysia adalah tentang keluarga. Bagi kita, waktu makan adalah masa pertemuan dan interaksi keluarga yang penting selepas seharian sibuk bekerja.

Malangnya,budaya makan secara sekeluarga ini semakin menghilang semenjak penggunaan telefon pintar dan kemudahan internet mudah didapati. Waktu interaksi semakin berkurangan. Mana tidaknya? Telefon masih melekat di tangan dan tiada perbualan yang dilakukan walaupun seluruh keluarga duduk bersama.

 

Hidupkan Semula Tradisi


Sudah tiba masanya, kita buang tabiat buruk tersebut dan mulakan semula tradisi mencipta kenangan ketika menikmati makanan enak besama. Sekarang, timbul pula persoalan, di mana kita nak bermula?

Tak perlu pening kepala kerana bagi kami, D’kayangan Steamboat Shah Alam ialah tempat terbaik untuk keluarga berkumpul dan menikmati waktu makan seperti sebuah keluarga sebenar!

 

Steambot Makanan Bersama Keluarga

Restoran steamboat seringkali menjadi pilihan untuk seluruh keluarga keluar makan kerana memberikan peluang untuk ahli keluarga berinteraksi dan sama-sama memasak makanan yang ingin dinikmati.

Namun begitu, tidak begitu banyak restoran yang dipercayai halal. Di mana lagi anda nak bawa anak-anak makan kalau bukan di D’Kayangan Steamboat?

Terletak berdekatan Stadium Shah Alam, D’Kayangan Steamboat merupakan restoran steamboat pilihan bagi penduduk berdekatan untuk mereka menyambut sambutan istimewa bersama keluarga dan sahabat handai ataupun sekadar menikmati makan malam.

 

Kualiti Pada Harga, Kuantiti dan Hiburan


Apabila memilih tempat untuk makan bersama keluarga, anda mementingkan tiga perkara, kuantiti, harga dan semestinya mesra kanak-kanak atau tidak.

D’ Kayangan memenuhi kesemua kehendak anda. D’kayangan menggunakan konsep bufet dan pada harga serendah RM 33 (bagi orang dewasa) serta RM 12.50 (bagi kanak-kanak 4 tahun ke atas), anda dapat menikmati pelbagai makanan tanpa had! Keluarga anda pasti rambang mata mahu memilih bahan masakan terdiri daripada 12 jenis makanan laut segar dan 24 jenis pilihan daging perapan menarik untuk dicuba.

Namun begitu, jangan membazir! Nanti anda dikenakan denda RM 10 bagi setiap 100g makanan yang dibazirkan.

Perkara paling penting tentang D’Kayangan yang pasti melegakan hati banyak ibu bapa ialah D’Kayangan menyediakan hiburan untuk si cilik anda. Badut Kiki-Lala sedia mencuri perhatian adik-adik yang sudah bosan bermain masak-masak dengan aksi belon yang comel.

 

Singgah Jangan Tak Singgah

Jangan lupa untuk singgah di D’Kayangan Steamboat untuk menjalinkan semula hubungan kekeluargaan yang semakin merenggang.

Maklumat Lanjut:

Alamat:  Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Tel: +6012 297 1091
Waktu Operasi: 5pm – 1am, Isnin hingga Ahad
Laman Web: https://m.facebook.com/Steamboat-BBQ-Buffet-DKayangan-203237499742318/

 

 

 

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.