Bijan Restaurant Bersuasana Kampung untuk Buka Puasa

Bulan Ramadan sentiasa menimbulkan rasa nostalgia dalam diri setiap rakyat Malaysia, khususnya yang berkelana ke bandar demi mencari sesuap nasi. Bulan Ramadan merupakan bulan yang dinanti-nantikan bukan sahaja kerana manfaat ibadah yang diperolehi oleh penganut agama Islam yang melakukan banyak amalan malah kepelbagaian juadah tradisional yang semestinya sangat menyelerakan.

 

 

Ramadan Bulan Ibadah dan Makanan

Bijan Restaurant Buka Puasa

Rakyat Malaysia dan makanan tidak dapat dipisahkan. Kita sukakan makanan dan kita sukakan kepelbagaian. Oleh itu, sememangnya wajib untuk setiap bulan Ramadan menjadi bulan yang mana lambakan promosi bufet boleh didapati untuk warga-warga kota yang tidak dapat pulang ke kampung dan menikmati masakan ibu bersama ahli keluarga yang lain.

Jika anda tidak berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman dan menyambut kedatangan bulan Ramadan bersama keluarga anda, bolehlah mengunjungi Bijan Restaurant di Jalan Ceylon Kuala Lumpur untuk mengalami rasa balik kampung di tengah-tengah bandar.

 

 

Konsep Di Bijan Restaurant

Bijan Restaurant Buka Puasa
Kredit: jzduncan.blogspot.my

Bagi yang tidak tahu tentang restoran ini, Bijan Restaurant merupakan sebuah restoran yang khusus dalam penyediaan makanan tradisional Melayu tetapi dengan sedikit sentuhan yang lebih moden dan mewah.

Restoran yang terletak di ceruk Jalan Ceylon ini mula beroperasi semenjak bulan September 2003 dan mendapat inspirasi konsep masakan mereka daripada gerai-gerai jalanan yang menjual makanan tradisional kegemaran ramai seperti nasi lemak, dodol, rendang dan sebagainya tetapi memberikan sedikit inovasi dan sentuhan moden agar makanan jalanan Malaysia mendapat tempat di arena kulinari antarabangsa.

Oleh sebab itulah, kebanyakan pelanggan Bijan merupakan pelancong asing dan penduduk tetap bangsa asing, khususnya dari Eropah yang ingin mencuba masakan Melayu tradisional tetapi disesuaikan menurut citarasa mereka.

Jika anda mempunyai rakan-rakan dari luar negara yang baru pertama kali mengunjungi Malaysia dan ingin mendapatkan pengalaman asli menikmati makanan kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengancam perut mahupun lidah mereka, Bijan Restaurant adalah tempat untuk anda.

 

 

“Kampung Warisan” Bijan

Pada Ramadan ini, Bijan memaparkan 4 menu khas yang berkisar konsep “Kampung Warisan”. Konsep ini sebenarnya adalah untuk mengetengahkan rasa nostalgia yang sentiasa dirasai oleh golongan yang berjauhan dari keluarga dan tinggal sebatang kara di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur kerana tanggungjawab kerja.

Untuk memberikan rasa pulang ke kampung bagi golongan ini,  bufet ‘Kampung Warisan’ Bijan  memaparkan masakan tradisional dari wilayah Utara, Pantai Timur, Tengah dan Selatan Semenanjung Malaysia. Antara sajian yang wajib dicuba ialah Laksa Kedah, Asam Pedas, Kari Kambing Jelutong, Gulai Umbut Pisang, Nasi Kerabu Bunga Telang, Gulai Ikan Tongkol, Kuih Akok, Colek Batik, Itik Panggang Berendang, Masak Lemak Cili Api, Udang Tempoyak Masak Petai, Laksa Johor, Masak Lemak Ikan Masin Nenas, Lontong dan Ayam Masak Cencaluk.

Menarik, bukan?

 

Membuat Tempahan

Dengan harga bufet sebanyak RM 110, anda dapat menikmati semua makanan di atas dan banyak lagi dari 21 Mei hingga 13 Jun 2018. Memang berbaloi!

Jika anda berminat untuk merasai sendiri pengalaman berbuka di Kampung Warisan Bijan Restaurant, anda boleh membuat tempahan menerusi laman sesawang Bijan, www.bijanrestaurant.com atau di laman Facebook Bijan sendiri.

Jangan buat tempahan lagi kerana ada satu lagi berita baik untuk kami kongsikan di sini.

Jika anda membuat tempahan menerusi laman tempahan Tableapp, anda akan mendapat tawaran istimewa sebanyak RM 100 sahaja.

Siapa kata walaupun anda tidak dapat pulang ke kampung, anda tidak dapat merasai perasaan balik kampung itu di tengah kota? Kunjungilah Bijan Restaurant Ramadan ini dan hilangkan rasa rindu anda dengan aneka juadah tradisional yang ditawarkan di sana!

print
Butterkicap Team
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Something is wrong.
Instagram token error.
Load More