Anchor Moodmojee Sediakan Minuman Untuk Setiap Mood

Pernah tak anda terfikir, “Kalaulah ada minuman atau makanan yang padan dengan mood aku…’? Semestinya tak pernah kerana anda tak tahu tentang promosi terbaru daripada Anchor.

Sebelum ini, Anchor telah membawa kepada anda kempen-kempen seperti Say Cheese, PizzArt dan Anchor Travel Cakes yang bertujuan untuk menunjukkan versatiliti produk Anchor dalam pelbagai jenis makanan.

Kali ini, Anchor telah bergerak selangkah ke hadapan dengan membawa rangkaian minuman untuk anda nikmati pada bila-bila masa, walau apapun mood anda alami pada ketika itu. Yang pasti, anda akan tersenyum selepas mencuba!

 

Minum Mood Anda!

Jack Tan, Pengarah Bersekutu Perkhidmatan Makanan Anchor Food Professionals meringkaskan kempen terbaru Anchor ini sebagai usaha untuk mempopularkan trend-trend minuman berasaskan tenusu yang cukup digemari di negara-negara Barat di Malaysia dengan menggunakan bahan-bahan tempatan.

Kempen Anchor Moodmojee ini menampilkan usaha sama antara Anchor dan 15 premis makanan di seluruh Malaysia yang akan menjadikan minuman-minuman Moodmojee ini tersedia di premis tersebut pada masa terhad sepanjang bulan November 2018 hingga January 2019.

Bolehlah anda mencuba minuman tersebut!

 

Kenapa Anchor Moodmojee?

Rangkaian minuman yang dihasilkan oleh pakar pencipta minuman Anchor Food Professionals; Cef Firuz, Cef Ken dan Cef Ichiro, bertujuan untuk menaikkan mood anda. Dalam erti kata lain, minuman-minuman ini dapat menceriakan diri anda.

Dengan gabungan perisa yang kontra dan unik, setiap minuman yang disediakan pasti memberikan kesan yang positif dan berbeza pada diri anda.

 

Ciptaan Cef Firuz

Cef Firuz mendapat ilham untuk mencipta dua minuman Moodmojee beliau dengan melihat pada budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia selain daripada iklim negara ini yang bersifat tropika. Oleh itu, beliau telah menghasilkan Kayanika Fusion dan Lemon Mint Meringue.


Kayanika Fusion
merupakan minuman bersusu yang mempunyai lapisan kaya, gula melaka pulut dan kacang merah. Sekali hirup, memang rasa seperti menikmati cendol di gerai tepi jalan. Asli dan cukup tradisional!

 

Ciptaan Cef Ken

Cef Ken memilih untuk menghasilkan minuman daripada dua bahan yang cukup sebati dengan semua orang. Dalam sehari, wajib untuk anda minum sekurang-kurangnya sekali, teh dan/atau kopi, betul?

Pom Grey Twist

Beliau telah menghasilkan minuman Pom & Grey Twist dan Tangy Brew yang menggabungkan rasa sitrus dan keju ke dalam minuman yang lazimnya disediakan ringkas dengan sedikit gula dan susu.

 

Ciptaan Cef Ichiro

Cef Ichiro memilih untuk menggunakan bahan paling klasik dalam sejarah makanan iaitu coklat.

Semua orang gilakan coklat tetapi untuk pastikan minat terhadap coklat kekal konsisten, sedikit kreativiti diperlukan dan Cef Ichiro tidak menghampakan dengan minuman White Chocoffee dan Yuzu Chocolate Surprise beliau.

Yuzu Chocolate Surprise

 

Cubalah Anchor Moodmojee

Kesemua minuman ini boleh didapati di Choon Guan Coffee Shop (Selangor), Gafe Kafe (Selangor), Love Tea F&B (Johor), Living Room (Johor), Cofeology Cafe & Restaurant (Melaka), Overstepped (Kedah), La Taste (Kedah & P.Pinang), Lavish Fusion Bakery (P.Pinang), HIVE by Love Loaf (P.Pinang), Family Confectionary and Baker’s Hut (Perak), Delight Factory (Sabah), Chub’s Grill (Sabah), Chiu’s Cafe (Sabah) dan Lucky Bean (Sabah).

 

Jangan lupa untuk pos gambar minuman Anchor Moodmojee pilihan anda di Instagram dan letakkan hashtag #anchormoodmojee2018 dan #anchormoodmojee!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.