8 Petua dan Pantang Perniagaan Food Truck untuk Diikuti

Petua dan Pantang Perniagaan Food Truck
Kredit: pinimg.com

Kini, perniagaan food truck semakin popular terutamanya dalam kalangan muda mudi. Di ruangan sebelum ini, kami telah berkongsi cara-cara asas untuk anda jalankan perniagaan food truck. Sekarang, kami mahu tonjolkan beberapa tips “petua dan pantang” dalam menjalankan perniagaan food truck. Jika anda seorang peniaga food truck kami harap maklumat yang kami kongsi ini dapat membantu anda.

 

Pantang #1 – Nak mulakan perniagaan, kenalah ada lesen!

Petua dan Pantang Perniagaan Food Truck
Kredit: furillendotorg.com

Ini adalah satu kemestian! Pastikan anda mengikuti semua prosedur dan lakukan semua permohonan yang diperlukan sebelum memulakan perniagaan. Walaupun anda tidak mengendalikan restoran, kertas kerja yang diperlukan untuk memulakan food truck tak kurang banyaknya! Tentunya anda mahu jalankan perniagaan secara sah di sisi undang-undang, jadi pastikan semuanya teratur. Jika anda berniaga food truck di sebuah bandar, pastikan anda tahu segala peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan food truck. Kemungkinan ianya berlainan dari bandar lain. Jika anda bercadang untuk berniaga di bandar lain, selidiklah terlebih dahulu peraturan di bandar tersebut. Secara amnya, anda memerlukan:

  • Lesen berniaga
  • Pemeriksaan dari jabatan kesihatan
  • Permit untuk menjalankan perniagaan
  • Insurans
  • Pengesahan cukai

 

Petua #2 – Hanya lakukan yang terbaik

Petua dan Pantang Perniagaan Food Truck
Kredit: assets.nylon.com

Walaupun perniagaan food truck di Malaysia merupakan satu fenomena baru, perniagaan jenis ini menjadi kian popular dan meraih perhatian ramai. Food truck kini boleh didapati merata tempat terutama di ibu kota Kuala Lumpur. Semakin banyak food truck, semakin hebat lah persaingan! Oleh itu, hanya tawarkan yang terbaik bagi pelanggan anda. Makanan yang dijual perlulah menggunakan bahan-bahan yang segar. Tak salah jika anda juga menghebah kepada pelanggan tentang bahan-bahan yang anda gunakan. Contohnya, anda boleh meletakkan papan tanda di food truck anda yang memberitahu pelanggan bahawa anda hanya menggunakan bahan-bahan organik atau bahan-bahan segar  dalam masakkan anda yang datang dari kebun anda sendiri! Sudah tentu pelanggan lebih tertarik. Pastikan juga yang anda menjual makanan yang enak dan sukar ditandingi food truck lain.

 

Pantang #3 – Jangan kedekut!

Petua dan Pantang Perniagaan Food Truck
Kredit: msicollege.com

Kebanyakan peniaga yang memulakan food truck pernah bekerja sebagai cef atau tukang masak. Mungkin ada yang kurang berpengalaman tetapi majoritinya sanggup untuk mengeluarkan wang membeli trak, perkakas, bahan mentah kerana mereka mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang masakan. Jika sanggup berbelanja sedemikian untuk food truck, jangan pula kedekut atau lokek dengan pelanggan!

Para pelanggan mengharapkan makanan yang enak menggunakan bahan-bahan berkualiti yang secukupnya. Jika anda menawarkan makanan yang tidak berkualiti, banyak lagi food truck di luar sana yang boleh menarik pelanggan anda. Jadi, jika anda terlalu kedekut dalam penggunaan bahan-bahan mentah dalam masakan anda, pelanggan tentunya akan memilih food truck lain.

 

Petua #4 – Dengarlah kata-kata pelanggan anda

Petua dan Pantang Perniagaan Food Truck
Kredit: cdn.meme.am

Jika anda pemilik food truck, anda tentunya berkesempatan untuk berbual dengan pelanggan yang datang membeli makanan anda. Ini adalah peluang terbaik anda melakukan penyelidikan tentang kehendak pelanggan. Jangan lepaskan peluang ini! Gunakan sepenuhnya untuk bertanya sendiri kepada para pelanggan tentang pendapat mereka tentang makanan di food truck anda dan cara anda boleh baiki untuk menjadikan makanan jualan anda lebih enak dan menarik. Cuba tanya soalan-soalan berikut:

  • Adakah anda menerima makanan yang dipesan tepat pada waktunya?
  • Pernah makan disini?
  • Apa makanan yang anda suka di menu tersebut?
  • Ada apa-apa cadangan tentang menu food truck kami?

Soalan-soalan seperti ini akan memberikan anda peluang untuk membina perniagaan anda di samping memenuhi kehendak pelanggan. Apa-apa pun yang anda lakukan, jangan abaikan peluang ini!

 

Petua #5 – Harga mahal = Pelanggan lari

Petua dan Pantang Perniagaan Food Truck
Kredit: pinimg.com

Pelanggan mempunyai harapan tinggi terhadap food truck. Secara amnya, mereka mahukan resipi yang berlainan dan enak tanpa memerlukan mereka untuk membuat tempahan di restoran terkemuka. Jika anda dapat menawarkan hal ini pada para pelanggan, anda boleh meletakkan tanda harga pada usaha anda. Tentunya, usaha, resepi dan bahan yang digunakan perlukan ganjaran. Tetapi, berpada-padalah apabila meletakkan tanda harga pada makanan anda. Ianya mestilah berpatutan dan dapat bersaing dengan food truck lain.

Bukan semua food truck menawarkan makan ‘gourmet’. Jika food truck anda hanya menjual burger dan hotdog biasa janganlah pula letakkan tanda harga yang tinggi! Walaupun pada mulanya pelanggan mungkin tidak sedar, lama-kelamaan mereka tentunya akan membeli dari food truck lain yang menawarkan harga yang lebih berpatutan.

 

Petua #6 – Binalah persahabatan dengan peniaga-peniaga food truck lain

Petua dan Pantang Perniagaan Food Truck
Kredit: imaansheikh.com

Tidak kiralah sudah berapa lama anda telah berkecimpung dalam perniagaan food truck ini kerana anda akan sentiasa mempelajari sesuatu yang baru setiap masa. Tetapi, memandangkan  anda juga sudah berpengalaman, anda juga mempunyai ilmu yang boleh diajar kepada mereka yang baru hendak mula berniaga, terutamanya. Anda perlu anggap peniaga food truck lain sebagai pesaing tetapi mereka bukanlah musuh! Seharusnya anda dan peniaga food truck lain berganding bahu supaya perniagaan food truck ini berkembang. Persaingan perlulah sihat. Kerana semuanya mahukan keuntungan, sama-samalah belajar antara satu sama lain.

Apa kata anda ambil masa untuk mengenali peniaga food truck lain yang berniaga berhampiran anda? Mereka mungkin boleh memberi maklumat penting tentang pelanggan yang anda mungkin tidak tahu. Bak kata peniaga, dalam perniagaan takkan ada istilah ‘terlalu banyak ilmu’. Mana tahu, mungkin pesaing anda boleh menjadi rakan kongsi satu hari nanti. Dalam dunia perniagaan, semuanya boleh terjadi. Oleh itu, buka minda anda dan jangan lepaskan peluang untuk membina pertalian persahabatan yang baik.

 

Pantang #7 – Main kasar dengan pelanggan

Petua dan Pantang Perniagaan Food Truck
Kredit: img.memesuper.com

Secara logiknya tak mungkin peniaga mahu berkasar dengan pelanggan kerana sumber keuntungan dan pendapatan datangnya dari pelanggan! Semua peniaga tentunya tahu dan arif tentang hal ini. Jangan terkejut! Malangnya, bukan semua peniaga berfikiran sebegini. Malahan banyak yang menganggap bahawa pelanggan patut terhutang budi pada mereka. Kebanyakan hef atau tukang masak merasakan bahawa mereka menghasilkan makanan yang enak dan pelanggan seharusnya berterima kasih pada mereka serta membayar mereka dengan upah lumayan. Awas, ya! Ada ramai cef lain di luar sana dan persaingan juga hebat. Dalam erti kata lain, bersikap baiklah pada pelanggan jika anda mahu mereka kekal setia dengan anda.

 

Petua #8 – Berseronoklah

Petua dan Pantang Perniagaan Food Truck
Kredit: media.giphy.com

Sama ada food truck anda berada di kawasan pejabat dan menjual makanan tengah hari atau berada di acara keramaian tertentu, pelanggan mahukan sesuatu yang akan menggembirakan mereka seperti makanan yang lazat. Makanan jualan anda yang dimasak dan di siap rapi tentunya akan memberi pelanggan kepuasan. Tetapi, anda juga harus merasai nikmat menjalankan perniagaan ini sepenuhnya.

Tidak kiralah samada anda memasak, mengemas atau melayan pelanggan. Lakukannya dengan senang hati dan bergembiralah! Apabila pelanggan melihat kegembiraan yang terpancar di wajah anda mereka juga akan terpesona dan tertarik untuk membeli di food truck anda. Jika anda dan para pekerja di food truck anda merungut tentang kerja, para pelanggan akan merasainya juga. Jadi, senyumlah selalu agar pelanggan selalu berkunjung ke food truck anda.

 

 

print
Bibi Mokrat

Fresh-from-the-oven writer who actually takes pride in the quote 'Women belongs in the kitchen' because that's exactly where she wants to be - most of the time

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.