7 Perkara yang Perlu Anda Teliti Sebelum Menceburi Perniagaan F&B

Perniagaan makanan adalah antara yang paling popular di kalangan usahawan tempatan. Selalunya, mereka yang ingin menceburi perniagaan F&B dah fikirkan apa yang mereka nak jual, kadangkala sejenis makan itu sendiri menjadi pencetus inspirasi untuk memulakan perniagaan. Orang puji resepi turun temurun kek lapis keluarga, kita teruja nak jual. Namun begitu ada beberapa perkara penting yang perlu diberi keutamaan bila kita nak menjadi usahawan makanan.


1. Research
Antara perkara yang kritikal tetapi kadangkala terabai dalam memulakan perniagaan adalah ‘research’. Sudahkah anda membuat ‘market research’, yakni ada tak pasaran untuk apa yang anda nak jual? Apakah harga jualan yang berpatutan? Siapakah pesaing? Dapatkan maklum balas untuk makanan yang anda jual, tanya mereka yang sanggup memberi pandangan yang konstruktif – janganlah tanya Maklong yang sejak kecil lagi tak pernah jemu memuji anak saudara kesayangannya tak kira apa yang kita buat.


2. Customer
Ramai usahawan makanan di dorong oleh minat yang mendalam terhadap makanan. Tetapi tidak dapat dinafikan bahawa sesebuah perniagaan yang berjaya memerlukan keuntungan kerana ia merupakan sumber pendapatan ataupun periuk nasi bagi yang mengusahakannya. Maka citarasa serta keutamaan pelanggan amat penting. Seorang usahawan tidak boleh ‘syok sendiri’ semata-mata. Sejak kebelakangan ini, dan tentunya dalam kalangan generasi muda, pengguna minat akan perniagaan yang prihatin dan bertanggungjawab. Contohnya tentang kualiti bahan-bahan yang digunakan, perihal kesihatan dan juga isu-isu berkaitan dengan kepentingan alam sekitar. ’Think about your customers and they will think about your business’.


3. Operations
Apakah sistem, aplikasi serta apa jua keperluan yang akan anda pilih untuk mengurus perniagaan anda, berdasarkan model bisnes anda? Apakah jenis sistem POS (Point Of Sales) yang paling sesuai, perisian atau software apa yang dapat membantu bergantung kepada jenis perniagaan? Jika perniagaan anda mempunyai perkhidmatan penghantaran, lain keperluannya berbanding yang tidak. Sesetengah perniagaan pula memerlukan sistem pengawalan inventori yang lengkap. Berikan masa yang cukup untuk melengkapkan proses yang berkaitan. Sebagai contoh, kemudahan mesin kad kredit mengambil masa antara 3-6 minggu untuk diluluskan oleh institusi kewangan yang menyediakannya.


4. Permit
Apakah yang diperlukan untuk perniagaan anda dari segi permit dan lesen? Kadangkala, bahagian tertentu dalam perniagaan memerlukan kelulusan yang berbeza. Papan tanda memerlukan kelulusan yang berbeza berbanding dengan sebuah dapur. Pastikan perniagaan anda tahu dan memenuhi semua peraturan serta syarat yang relevan dan berkaitan. Sebagai contoh premis atau kedai tidak boleh menggunakan logo ‘Halal’ kalau tidak diluluskan.


5. Marketing & PR
Bagaimanakah anda akan mempromosi perniagaan anda? Industri F&B amat kompetitif, terutamanya perniagaan yang menjual makanan sama ada anda sebuah ‘home baker’ ataupun pemilik restoran. Apa yang akan membolehkan perniagaan anda terserlah? Perniagaan mana pun kini umumnya memerlukan media sosial dan apakah cara terbaik untuk memanfaatkannya. Pastikan platform yang dipilih mengandungi maklumat lengkap dan tepat mengenai perniagaan anda dan kendalikannya dengan konsisten dan baik. Buat perancangan untuk menjemput orang-orang yang berpengaruh (influencers) yang berkait dengan perniagaan anda untuk mencuba makan/produk/perkhidmatan anda dan seterusnya menguar-uarkannya. Sebagai contoh ‘food blogger’.


6. Staff
Kerap kali kita dengar ungkapan ‘a company is about its people’. Dalam perniagaan yang melibatkan makanan, sebaik-baiknya cari pekerja yang dengan sendirinya memang minat tentang makan dan juga ‘customer service’. ‘Staff training’ sudah tentu amat penting dalam sesebuah perniagaan tetapi apabila kita mengambil pekerja yang cenderung terhadap perniagaan kita, sudah tentu tugas mereka (dan kita) akan jadi lebih mudah. Sebagai contoh tak payah lah ambil jenis muka monyok untuk menjadi pelayan, hilang selera pelanggan dibuatnya nanti. Bila dah dapat pekerja yang baik, pupuklah semangat berpasukan supaya mereka terus terdorong untuk setia bersama-sama anda.


7. Supply chain
Dapatkan pembekal yang baik dan jalinkan hubungan baik bersama mereka, sama ada yang membekalkan barang makanan ataupun bungkusan mahupun yang lebih berkait dengan ‘admin’. Apa yang kita tawar atau jual kepada pelanggan perlu lah konsisten dan sedikit sebanyak bergantung kepada pembekal. Kalau dah baik dengan pembekal, dalam keadaan dia kurang stok pun kita ada peluang nak dapat keutamaan.

 

 

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.